Sidang Kemuncak 2023 bertujuan untuk mempamerkan pelbagai cara dimana peniaga boleh memacu dan meraih manfaat daripada kemampanan sebagai sebahagian daripada peralihan yang semakin pantas ke arah ekonomi yang rendah karbon dan inklusif
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- CIMB Group Holdings Berhad (“CIMB”) akan menganjurkan sidang kemuncak tahunan The Cooler Earth Sustainability Summit (“The Cooler Earth” atau “Sidang Kemuncak”) dari 11 hingga 21 September 2023, bertemakan Kelestarian dalam Tindakan: Peluang untuk Masa Depan yang Lebih Baik. Bagi membolehkan pembinaan kapasiti yang lebih menyeluruh, termasuk di luar rantau ASEAN, Sidang Kemuncak tersebut akan disiarkan secara hibrid untuk diakses secara percuma kepada semua lapisan masyarakat.
Sidang Kemuncak tahun ini bermatlamat untuk menghubungkan perniagaan dengan sektor- sektor awam dan swasta serta masyarakat sivil, untuk mendapat pandangan daripada pakar global dan serantau, dan memahami lebih lanjut pelbagai peluang yang muncul daripada peralihan ke arah ekonomi yang lebih hijau dan masyarakat yang lebih saksama. Pelbagai inisiatif telah dirancang untuk melibatkan perniagaan dalam memahami pelbagai cara untuk memacu dan mendapat manfaat daripada amalan perniagaan yang lestari. Antaranya, termasuk siri pembentangan utama, perbincangan panel pakar, kelas pakar serta acara rangkaian dengan akses eksklusif secara bersemuka dengan pelanggan di seluruh rantau ASEAN.
Para peserta akan memperoleh perspektif baharu dan pandangan yang bermakna tentang cara untuk mencipta nilai bersama dengan integrasi pertimbangan alam sekitar dan sosial ke dalam strategi perniagaan mereka. Selain itu, sesi tersebut juga akan menawarkan panduan praktikal kepada perniagaan dan bagaimana mereka boleh mengemudi pelbagai perniagaan, kawal selia dan perkembangan dalam perdagangan, seperti pelarasan sempadan karbon dan mengamalkan rantaian bekalan yang mampan.
Sidang Kemuncak tersebut akan menampilkan perutusan oleh Menteri oleh YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan & Industri, Malaysia, diikuti ucapan oleh pengarang pemenang Hadiah Pulitzer Jared Diamond, Profesor Geografi serta Sains Kesihatan Alam Sekitar di UCLA dan seterusnya, seruan untuk bertindak oleh Sir Robert Swan, salah seorang penjelajah yang terkemuka di dunia.
Salah satu segmen unik yang dirancang ialah sesi panel antara Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (“GLIC”). Panel ini yang bertajuk “Meluaskan Pandangan: Perspektif Peribadi daripada Pemimpin-Pemimpin GLIC” akan disertai oleh Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad, Ahmad Zulqarnain Onn, Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad, dan juga Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Dalam sesi ini, para pemimpin yang disanjungi akan berbincang dan berkongsi pandangan tentang aspirasi portfolio ESG masing-masing, peralihan ke arah ekonomi rendah karbon, dan refleksi peribadi berkenaan nilai-nilai serta pertimbangan yang mendorong komitmen mereka dalam kepimpinan kelestarian.
Dato’ Abdul Rahman Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB Group berkata, “Sidang Kemuncak Cooler Earth tahun ini akan menekankan bagaimana perniagaan dalam pelbagai skala boleh memanfaatkan peluang dalam landskap ekonomi yang berkembang pesat, sebagai sebahagian daripada peralihan yang semakin pantas ke arah ekonomi yang mampan. Penciptaan ekonomi yang lebih berdaya tahan, rendah karbon dan inklusif akan memerlukan tindakan kolaboratif dan penyelesaian inovatif daripada semua pihak dan kami berharap dapat memberi cerapan bagaimana para peniaga boleh sentiasa berada di hadapan dalam peralihan pantas dan yang tidak dapat dielakkan ini.”
“Sebagai organisasi yang didorong oleh tujuan yang beraspirasi untuk menjadi peneraju kelestarian ASEAN, kami komited untuk memainkan peranan kami untuk mempercepatkan pertumbuhan dan amalan kelestarian dalam kalangan peniaga dan komuniti,” tambahnya.
Program ini juga akan dilengkapi dengan pembelajaran bertema yang berasaskan pengalaman di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Kemboja bersama rakan kongsi CIMB dan pertubuhan bukan kerajaan (“NGO”). Acara yang dirancang di Malaysia akan dianjurkan di pelbagai lokasi yang telah mendapat manfaat daripada projek pemuliharaan strategik CIMB melalui sumbangan Akaun Simpanan EcoSave-i (“EcoSave”). Pengalaman praktikal ini akan membolehkan para peserta meneroka topik-topik seperti pelbagai jenis landskap semula jadi, teknologi pertanian terkini dan tenaga boleh diperbaharui.
CIMB kekal komited untuk memajukan agenda ESGnya, setelah menggandakan sasaran kewangan lestarinya kepada RM60 bilion menjelang 2024 di bawah rangka kerja Produk dan Perkhidmatan Berimpak Hijau, Sosial serta kelestarian (“GSSIPS”). CIMB juga komited untuk mencapai pelepasan gas rumah hijau (“GHG”) Sifar Bersih, termasuk pelepasan yang dibiayai, menjelang 2050.
Sidang Kemuncak Cooler Earth 2023 terbuka kepada semua dan penyertaan adalah percuma. Untuk butiran lanjut dan mendaftar, sila layari
https://coolerearth.cimb.com.
Tentang CIMB
CIMB merupakan sebuah kumpulan perbankan yang terkemuka di ASEAN dan penyedia perkhidmatan kewangan yang kedua terbesar di Malaysia, mengikut saiz aset. Disenaraikan di Bursa Malaysia melalui CIMB Group Holdings Berhad, CIMB mempunyai permodalan pasaran sekitar RM54.0 billion setakat 30 Jun 2023. CIMB menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan pengguna, perbankan komersial, perbankan borong, perbankan transaksi, perbankan Islam dan pengurusan aset. Berpusat di Kuala Lumpur, CIMB beroperasi di kesemua 9 negara anggota ASEAN (Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Kemboja, Brunei, Vietnam, Myanmar, dan Filipina). Di luar ASEAN, Kumpulan CIMB turut beroperasi di pasaran China, Hong Kong, India, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan UK.
CIMB memiliki salah satu rangkaian cawangan perbankan yang terluas di ASEAN dengan 601 buah cawangan dan sekitar 33,000 orang pekerja setakat 30 Jun 2023. Unit perbankan pelaburan CIMB merupakan salah sebuah bank pelaburan terbesar yang berpusat di Asia Pasifik, yang bersama dengan unit perbendaharaan & pasaran dan perbankan korporat membentuk francais perbankan borong terkemuka Kumpulan CIMB. CIMB juga memegang 92.5% saham di Bank CIMB Niaga, Indonesia dan 94.8% saham di CIMB Thai, Thailand.
SUMBER : CIMB Bank Berhad
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:Nama: Hishamuddin Omar / Anis Azharuddin
Komunikasi Korporat Kumpulan
CIMB Group Holdings Berhad
E-mel: hishamuddin.omar@cimb.com / anis.azharuddin@cimb.com
--BERNAMA