Disember 05, 2025 -Jumaat

 
  XEV MEMPERKENALKAN MODEL YOYO YANG TERKINI DI SIDANG KEMUNCAK MOBILITI IAA, DIJANGKAKAN TERSEDIA PADA Q4

Wednesday 06/09/2023




Table


(Foto: Business Wire)
 

MUNICH, Jerman, 6 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pada 4 September 2023, XEV, syarikat teknologi kenderaan tenaga baharu global, memperkenalkan produk mobiliti bandar yang dinaik taraf iaitu YOYO di Sidang Kemuncak Mobiliti IAA. Model YOYO yang baharu itu akan dilancarkan serentak di negara seperti Itali, Jerman, Perancis dan Sepanyol, dengan penghantaran dijadualkan bermula pada suku keempat tahun 2023. Harga permulaan ditetapkan pada €16,990 (tidak termasuk subsidi). Pada masa ini, XEV telah mewujudkan lebih 120 cawangan jualan di Itali, Jerman, Perancis dan Sepanyol, serta dijangkakan jumlah keseluruhan cawangan di Eropah akan melebihi 300 pada akhir tahun ini.

Sebagai kereta elektrik mini bergaya yang direka bentuk untuk memenuhi permintaan perjalanan bandar, YOYO menggabungkan teknologi, estetika dan praktikal. Reka bentuk kereta itu yang futuristik termasuk ciri-ciri seperti tingkap tanpa bingkai Antisepit, gugusan lampu LED tiga dimensi dan bumbung kaca panoramik. Dengan skrin pintar berdefinisi tinggi 10.25-inci (carplay& androidauto) dan integrasi fungsi kawalan jauh melalui APP mudah alih, membolehkan pengguna mengawal selia penghawa dingin, mengangkat tingkap, membuka kunci kereta dan memeriksa status bateri, YOYO ialah teman anda yang sesuai untuk perjalanan bandar.

Bersama julat kuasa elektrik penuh 150 km dan kelajuan tertinggi 80 km/j, YOYO menawarkan pengendalian yang tepat dan tangkas, menjadikan pilihan yang tepat untuk meneroka di bandar. Selain itu, terima kasih diucapkan untuk sistem penukaran bateri ringan unik XEV, YOYO boleh melengkapkan pertukaran bateri dalam masa 3 minit sahaja, memastikan pengguna meneruskan perjalanan mereka tanpa gangguan.

XEV telah bekerjasama dengan ENI, syarikat gergasi tenaga Eropah, untuk menggunakan dan mengendalikan rangkaian pertukaran bateri di seluruh Eropah, membolehkan pengguna mengecas di stesen minyak ENI. XEV telah berjaya mewujudkan lebih 30 stesen di lima bandar di Itali, termasuk Rom, Milan, Florence, Turin dan Bologne yang terbukti sangat popular dalam kalangan pengguna dengan memanfaatkan rangkaian ENI ini. Dengan pelancaran YOYO di Itali, Jerman, Perancis, Sepanyol dan negara lain, rangkaian pertukaran bateri XEV juga akan berkembang secara serentak, memberikan pengguna pengalaman perjalanan bandar yang lebih selesa.

Di Sidang Kemuncak Mobiliti IAA pada tahun ini, XEV secara rasminya memperkenalkan perkhidmatan Xpression yang diperibadikan, menawarkan 42 reka bentuk bilah YOYO yang berbeza untuk penyesuaian. XEV juga telah bekerjasama dengan platform seni dalam talian yang berpangkalan di New York iaitu UAAD untuk terus menyediakan pilihan reka bentuk berinovatif dan menarik untuk pengguna, menjadikan perjalanan bandar lebih kreatif dan menyeronokkan

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53548984/en

Individu untuk Dihubungi

XEV Global
Benjamin Lu
xev-PR@xev-global.com
 
Sumber: XEV

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.