Disember 05, 2025 -Jumaat

 
  BANK MUAMALAT MEMPERINGATI 66 TAHUN KEMERDEKAAN DENGAN PELANCARAN SIJIL SIMPANAN ISLAMIK (SSI) EDISI TERHAD

Friday 08/09/2023



Raikan Kemeriahan Hari Kebangsaan dengan Sijil Simpanan Islamik (SSi) Bank Muamalat dan berpeluang untuk memenangi hadiah berjumlah lebih daripada RM3.0 juta
 

KOTA BAHRU, Kelantan, 8 Sept (Bernama) -- Sempena sambutan Hari Kebangsaan yang ke-66 tahun, Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) hari ini dengan bangganya memperkenalkan Sijil Simpanan Islamik (SSi) edisi terhad, khusus bagi memperingati hari bersejarah ini. Sijil Simpanan Islamik (SSi) edisi terhad ini tersedia dengan hanya 6,600 unit edaran yang melambangkan 66 tahun kemerdekaan Malaysia, dan menawarkan pelanggan peluang eksklusif untuk melabur dalam instrumen simpanan patuh Syariah.
 
Inisiatif ini membuktikan komitmen Bank Muamalat dalam memperkukuh simpanan serta memastikan kewangan yang berdaya tahan buat pelanggannya. Produk Sijil Simpanan Islamik (SSi) turut menawarkan pelbagai hadiah menarik yang berjumlah lebih daripada RM3.0 juta dan memberi dua kali peluang kepada pelanggan untuk memenangi RM1 juta setiap satu pada November 2023 dan Februari 2024.
 
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Encik Khairul Kamarudin berkata, “Kami berbesar hati melancarkan Sijil Simpanan Islamik (SSi) edisi terhad ini sebagai memperingati 66 tahun kemerdekaan negara. Bukan sahaja ia berfungsi sebagai saluran simpanan yang selamat, tetapi ia juga memberi peluang kepada pelanggan kami untuk menjadi Jutawan SSi serta mencipta Kehidupan Lebih Baik, Bersama”.
 
Bank Muamalat akan turut menganjurkan promosi melalui jerayawara (Roadshow), pembukaan reruai (Booth), dan pelbagai lagi ke seluruh negara. Dengan memperkasakan pelanggan kami untuk menyimpan, melabur dan menang, Bank Muamalat kekal komited untuk meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia.
 
Sijil Simpanan Islamik (SSi) edisi terhad ini tersedia di seluruh 68 cawangan Bank Muamalat sehingga 30 September 2023. Jangan lepaskan peluang eksklusif untuk menjamin masa depan kewangan anda dalam masa yang sama menyambut Hari Kebangsaan negara kita.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.muamalat.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Bank Muamalat di talian 03-2600 5500, atau kunjungi cawangan Bank Muamalat yang berhampiran.
 

SUMBER : Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bank Muamalat
Nama : Syahida Azureen
Tel : +6012 242 3696
E-mel : syahida.azureen@muamalat.com.my 


Nama : Mohd Nazrul Hafizi
Tel : +6017 921 1384
E-mel : mohd.nazrul.hafizi@muamalat.com.my 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.