.jpg)
Puan Ng Wei Wei, Ketua Pegawai Eksekutif, UOB Malaysia menyampaikan cek untuk dana yang dikumpul oleh UOB Malaysia kepada lima penerima sumbangan. KUALA LUMPUR, Malaysia, 12 Sept (Bernama) -- Rakan sekerja dan para pelanggan UOB Malaysia telah mencipta rekod dengan kutipan dana berjumlah RM2 juta untuk pelbagai badan amal melalui
UOB Global Heartbeat Run/Walk tahunan Bank. Jumlah ini telah melebihi jumlah kutipan dana tahun lepas sebanyak RM1.2 juta, dan akan disalurkan ke arah memperbaiki kehidupan kanak-kanak kurang bernasib baik dan masyarakat rentan daripada lima penerima bantuan tempatan.
Acara
UOB Global Heartbeat Run/Walk adalah program kesukarelawanan dan pengumpulan dana utama tahunan yang diadakan secara global merentasi 18 pasaran di mana UOB beroperasi. Sejak 2009, program ini telah mengumpul hampir RM6.0 juta untuk membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat yang memerlukan, di samping menyokong usaha yang sejajar dengan bidang tumpuan Tanggungjawab Sosial Korporat Bank iaitu seni, kanak-kanak dan pendidikan.
Setiap tahun, warga kerja UOB, pelanggan dan rakan kongsi berkumpul untuk acara utama ini melalui kesukarelawanan, pengumpulan dana serta mengambil bahagian secara fizikal melalui aktiviti larian/berjalan. Pelbagai aktiviti pengumpulan dana telah dianjurkan oleh rakan sekerja UOB Malaysia sepanjang dua bulan lepas, termasuk bazar makanan dan jualan amal, yang menyumbang kepada jumlah tertinggi ini.
Puan Ng Wei Wei, Ketua Pegawai Eksekutif, UOB Malaysia, berkata, “Kami amat berbesar hati atas kutipan tertinggi RM2 juta dalam edisi ke-15 acara pengumpulan dana
UOB Global Heartbeat Run/Walk ini, yang dapat menambah baik kehidupan kanak-kanak kurang bernasib baik dan masyarakat rentan di Malaysia. Bagi kami, jumlah ini bukan sahaja tentang kutipan dana; malah juga menunjukkan sikap murah hati rakan sekerja dan pelanggan kami, dan perbezaan yang mampu dilakukan demi komuniti kami.
Acara pengumpulan dana ini dapat mengukuhkan lagi komitmen kami terhadap Tujuan Bank kami iaitu, 'Membina masa depan ASEAN'. Kami akan terus memberi tumpuan kepada bidang kanak-kanak, pendidikan dan seni, yang merupakan teras penting dalam membina masyarakat progresif.”
Dana yang dikumpul oleh UOB Malaysia akan disalurkan terutamanya ke arah membina masyarakat inklusif selain menyokong pembangunan sosial masyarakat. Lima penerima sumbangan utama – Food Aid Foundation, HOPE Worldwide Malaysia, SOLS 24/7, Special Olympics Malaysia dan World Vision Malaysia – akan menggunakan dana tersebut untuk meningkatkan usaha berterusan dalam memperbaiki kehidupan kanak-kanak kurang bernasib baik di samping meluaskan peluang mereka mencapai potensi masing-masing.
Puan Danutcha Singh, Pengarah Urusan SOLS Foundation, berkata, “Kami mengucapkan terima kasih kepada UOB Malaysia yang bermurah hati menyokong kami melalui
UOB Global Heartbeat Run/Walk 2023. Sumbangan ini amat diperlukan oleh komuniti Orang Asli di luar grid serta rumah amal di seluruh Malaysia. Dana yang dikumpul adalah pencetus yang akan menggerakkan penyelesaian elektrifikasi luar bandar, justeru membolehkan kami merapatkan jurang dan membawa perkhidmatan penting kepada golongan yang tinggal di luar grid serta bantuan kewangan jangka panjang dari segi bil elektrik para NGO. Usaha sama ini bukan hanya menerangi kampung; bahkan kita akan menyuluh harapan, pendidikan dan peluang. Terima kasih kerana bekerjasama dengan SOLS Foundation ke arah Malaysia yang lebih cerah dan inklusif.”
Edisi ke-15 acara utama tahunan ini telah diadakan di The Arc @ Rimbayu, dengan kehadiran lebih 4,000 rakan sekerja UOB Malaysia, ahli keluarga serta pelanggan mereka. Sebuah karnival juga telah dianjurkan di mana para peserta menikmati pelbagai permainan, persembahan dan aktiviti yang menyeronokkan.
Dengan pengambilalihan perniagaan perbankan pengguna Citigroup di Indonesia, Malaysia, Thailand dan Vietnam, ini adalah acara pertama buat bekas kakitangan Citi untuk menyerta dalam keluarga UOB. Selain Malaysia, acara ini turut diadakan di Singapura, China, Hong Kong, Indonesia, Thailand dan Vietnam.
UOB Heartbeat Run/Walk adalah sebahagian daripada program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)
UOB Heartbeat, yang bertujuan mewujudkan kebaikan mampan untuk masyarakat yang lebih prihatin dan terangkum melalui kedermawanan korporat, perkongsian pemegang berkepentingan dan penyertaan kakitangan. Berpandukan Nilai-nilai Kehormatan, Perusahaan, Perpaduan dan Komitmen Bank, UOB membawa bersama rakan sekerja, pelanggan dan rakan kongsi perniagaan demi melakukan perubahan positif kepada komuniti kita.
Lampiran: Penerima sumbangan UOB Global Heartbeat Run/Walk 2023Mengenai UOB Malaysia UOB Malaysia diiktiraf sebagai antara bank utama di Malaysia dengan penarafan AAA jangka panjang dari Ratings Agency of Malaysia. Ia telah memantapkan kedudukannya selama lebih tujuh dekad di negara ini dan mempunyai 55 cawangan di seluruh negara, menawarkan perkhidmatan perbankan konvensional dan Islam kepada para pelanggannya.
UOB Malaysia adalah anak syarikat UOB, sebuah bank terkemuka di Asia dengan rangkaian global sekitar 500 pejabat di 19 negara dan wilayah di Asia Pasifik, Eropah dan Amerika Utara. UOB telah mengamalkan pendekatan berpusatkan pelanggan bagi mewujudkan nilai jangka panjang supaya kekal relevan, melalui semangat keusahawanan dan melakukan segala yang diperlukan bagi pelanggannya. UOB memberi tumpuan kepada pembinaan masa depan ASEAN – untuk rakyat dan perniagaan di dalam, dan yang berhubung dengan ASEAN.
Dengan jejak serantau yang tiada tandingannya, Bank dapat menghubungkan perniagaan kepada peluang di rantau ini. Bank juga memanfaatkan data dan maklumat bagi memperkenalkan pembaharuan serta mewujudkan pengalaman dan penyelesaian perbankan yang diperibadikan demi memenuhi keperluan unik dan pilihan pelanggan yang sentiasa berubah. UOB juga komited membantu perniagaan menempa masa depan yang mampan, dengan memupuk keterangkuman sosial, mewujudkan impak alam sekitar yang positif dan mencapai kemajuan ekonomi. UOB berusaha menjadi penyedia perkhidmatan kewangan yang bertanggungjawab dan teguh dalam menyokong seni, pembangunan sosial kanak-kanak dan pendidikan, melakukan segala yang diperlukan demi komuniti dan pihak berkepentingannya.
Untuk maklumat lanjut, sila layari
www.uob.com.mySUMBER : UOB Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:Nama: Nizam Arop
Brand, Media and Communications
Tel: 603-9195 2786/ 6017-333 6329
E-mel: nizam.arop@uob.com.my
Nama: Averlyn Lim
Brand, Media and Communications
Tel: 018 2299 168
E-mel: averlyn.limsl@uob.com.my
--BERNAMA