NEW YORK, 21 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Billups, syarikat teknologi dan perkhidmatan terurus Luar Rumah (OOH) global, pada hari ini mengumumkan pengambilalihan TAC Media Sdn. Bhd., (“TAC Media”) pakar pengiklanan OOH terkemuka yang berpangkalan di Malaysia. Pengambilalihan itu akan mengintegrasikan rangkaian serantau dan cerapan TAC Media dengan jejak global dan kepintaran teknikal Billups. Hasilnya, rakan kongsi jenama dan agensi syarikat itu akan mempunyai akses langsung kepada perkhidmatan yang memenangi anugerah Billups, serta keupayaan analisis dan pengukuran OOH proprietari dan yang dipatenkan di seluruh Malaysia dan Asia Tenggara.
“Kemasukan kami ke Asia Tenggara memerlukan pasaran dan kakitangan yang betul, serta kami percaya yang kami telah menemui rakan kongsi integrasi jangka panjang yang sesuai dalam TAC Media,” kata pengasas bersama Billups, iaitu Benjamin Billups. “Angie dan pasukannya telah mencipta legasi hebat dan kisah menarik dalam pasaran Malaysia. Kami sememangnya amat teruja tentang visi mereka untuk rantau ini.”
Diasaskan pada tahun 2013 oleh veteran industri iaitu Angie Cutter, TAC Media cemerlang dalam mencipta kempen berkesan yang membantu jenama berhubung dengan demografi sasaran masing-masing melalui pelbagai saluran OOH, seperti papan iklan, pengiklanan transit, skrin digital dan banyak lagi. Dengan akses kepada lebih 6,000 papan iklan digital dan statik di seluruh Malaysia, TAC Media menawarkan rangkaian ruang pengiklanan luar terbesar di rantau ini.
"Sepanjang dekad yang lalu, kami telah mengukir peluang khusus untuk TAC Media sebagai pemain yang mengagumkan dalam ruang OOH rantau ini,” kata Cutter. “Pengambilalihan ini menandakan fasa baharu kemajuan dalam perjalanan kami dan sememangnya kami teruja dengan prospek pada masa depan, terutamanya pada masa OOH semakin mendapat momentum dan kredibiliti sebagai komponen penting dalam mana-mana strategi pemasaran yang menyeluruh."
Bersama pengambilalihan ini, Billups juga berbesar hati untuk
mengumumkan kenaikan pangkat David Krupp kepada ketua pegawai eksekutif global. Semasa memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Billups Amerika, Krupp menggandakan kakitangan dan hasil syarikat, serta berkembang ke beberapa wilayah baharu, termasuk Billups EMEA pada tahun 2021. Dalam peranan baharunya, Krupp akan mengetuai operasi global Billups, memastikan Billups kekal menerajui barisan hadapan pasaran OOH dan industri pengiklanan di seluruh dunia.
“Memandangkan kami menghampiri pencapaian ulang tahun ke-20 kami, pengembangan Billups ke Asia Tenggara menggariskan komitmen kami yang tidak berbelah bahagi terhadap pertumbuhan dan inovasi global,” kata Krupp. “Mengambil alih TAC Media akan melengkapkan pelanggan kami dengan akses kepada sumber global yang diperluas dan memperkasa kami untuk menyampaikan perkhidmatan dengan konsisten dan luar biasa di seluruh Amerika Utara, EMEA dan kini Asia Tenggara. Pengambilalihan ini ialah bukti kepada misi kami untuk mentakrifkan semula landskap OOH global dan menghubungkan jenama dengan pengguna masing-masing di seluruh dunia.”
Dengan pengambilalihan TAC Media, kini Billups memegang kehadiran global di 14 negara di seluruh Amerika Utara, Eropah dan Asia Tenggara. Secara konsisten menawarkan perkhidmatan terurus paling berkualiti tinggi dan penyelesaian teknologi pengiklanan termaju, Billups telah mengukuhkan kedudukan syarikat tersebut menerajui barisan hadapan pasaran OOH global, menetapkan standard baharu untuk inovasi dan kecemerlangan.
Untuk maklumat lebih lanjut, kunjungi
www.billups.com.
Maklumat Tentang BillupsBillups mencipta semula perancangan dan penempatan Luar Rumah untuk kesesuaian prestasi. Menggabungkan seni dan sains, Billups menerajui industri dengan penyasaran saintifik yang dipatenkan, pengukuran Luar Rumah yang tepat dan enjin pengesyoran dikuasakan AI. Billups menyokong pengiklan, agensi dan pemilik media melalui perkhidmatan dan teknologi platform yang menjadikan Luar Rumah (Out-of-Home) sebagai berautomatik dan boleh dikaitkan sebagai iklan digital paling berkesan. Kunjungi kami di
www.billups.com.
Maklumat Tentang TAC MediaTAC Media ialah agensi Luar Rumah yang komited kepada Menginovasi untuk Impak. Dengan akses kepada kumpulan terbesar aset Luar Rumah di seluruh Asia Tenggara, TAC Media menerajui laluan dengan perancangan dan pelaksanaan yang dipacu data.
Dengan perkongsian global yang meluas, TAC Media telah melaksanakan projek dalam pasaran mencabar dan berdaya saing seperti China, United Kingdom, Singapura, Indonesia, Thailand dan Mexico, menggunakan gabungan cerapan dipacu data, kandungan yang diperibadikan, berkaitan dan kandungan tepat pada masanya yang dihantar melalui saluran media paling berkaitan meskipun terdapat halangan geografi dan bahasa.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Individu untuk DihubungiAllie Mills
SalientMG
allie@salientmg.com Sumber: Billups
--BERNAMA