|
|
|
|
Disember 05, 2025 -Jumaat |
|
|
|
 |
|
|
|
|
SPNB BERJAYA PEROLEHI CCC PROJEK ASPIRE RESIDENCE, CYBERJAYA MENGIKUT JADUAL
Tuesday 26/09/2023
SHAH ALAM, 26 Sept (Bernama) -- Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) berjaya memperolehi Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) projek Aspire Residence di Cyberjaya hari ini, seperti yang dijanjikan kepada semua pembeli sebelum ini.
Projek Aspire Residence itu meliputi pembinaan 1,168 unit kediaman bagi tiga kategori mengikut saiz kediaman dengan pelbagai fasiliti antaranya kolam renang, taman permainan dan gimnasium.
Aspire Residence yang melibatkan pembinaan tiga blok 25 tingkat dilepaskan dari kategori projek sakit pada bulan Mac tahun ini selepas pembinaannya melebihi 90 peratus.
Projek berkenaan bermula pada Oktober 2016 dan sepatutnya siap pada 2019 namun tergendala akibat isu aliran tunai dan kontraktor asal menghentikan kerja di tapak.
SPNB bertungkus lumus berusaha menyiapkan projek ini bagi mengatasi kegagalan kontraktor sebelum ini.
Bermula hari ini mula menghantar notis makluman kepada semua 756 pembeli mengenai perkara ini dan akan membuat penyerahan kunci sebaik semua urusan dokumentasi dengan institusi kewangan selesai.
Menerusi penerimaan sijil CCC ini juga, penyerahan milikan kosong dan proses penyerahan kunci akan dimulakan secara berperingkat pada 27 September kepada semua pembeli yang telah memenuhi syarat bayaran. SPNB mengucapkan syukur kerana akhirnya dapat menyiapkan projek ini bagi memenuhi harapan pembeli yang telah tertangguh dan terpaksa berdepan dengan berbagai masalah akibat kelewatan itu.
SPNB turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak terbabit yang telah bertungkus lumus membantu dan mengembeleng tenaga sehingga semuanya selesai.
Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai penjualan Projek Aspire Residence Cyberjaya, layari portal rasmi SPNB di pautan www.spnb.com.my atau hubungi wakil pegawai jualan dan pemasaran SPNB di talian 012-5924070 atau 019-319 8804.
#KediamanAndaTanggungjawabKami #StrongerTogether #DemiPertiwi #UnityInDiversity #MalaysiaMADANI
MENGENAI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD
SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD (SPNB) adalah sebuah syarikat milik Menteri Kewangan (Diperbadankan) di bawah pengurusan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang ditubuhkan pada 21 Ogos 1997 untuk menyediakan rumah mampu milik berkualiti dan mampan kepada setiap keluarga di Malaysia sejajar dengan Dasar Perumahan Negara. Dikeluarkan oleh Unit Komunikasi Korporat dan Stakeholder SPNB. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi di talian 03-7849 2000 ext: 2587 atau menerusi email di pr@spnb.com.my. SUMBER : Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: Nama : En Fazli Tel : 017 2088609
--BERNAMA |
|
|
|
|
|