|
|
|
|
Disember 05, 2025 -Jumaat |
|
|
|
 |
|
|
|
|
XSOLLA DAN CURINE BEKERJASAMA UNTUK MELANCARKAN AKADEMI XSOLLA CURINE DI KUALA LUMPUR, MEMUPUK PERTUMBUHAN EKOSISTEM PERMAINAN
Friday 29/09/2023

Xsolla Curine (Grafik: Business Wire)
Inisiatif baharu ini khusus untuk memupuk dan memperkasa bakat tempatan dalam industri permainan video
KUALA LUMPUR, Malaysia, 29 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Xsolla, syarikat perdagangan permainan video global dengan set alatan dan perkhidmatan yang mantap dan berkuasa direka bentuk khusus untuk industri permainan video, mengumumkan di MYDCF yang dianjurkan oleh MDEC bahawa syarikat itu melancarkan Akademi Xsolla Curine dengan kerjasama Curine Ventures.
Akademi Xsolla Curine ini ialah inisiatif khusus untuk memupuk dan memperkasa bakat tempatan dalam industri permainan video. Matlamat akademi ini ialah untuk menyediakan pembangun permainan dengan program menyeluruh yang terunggul dalam industri, direka bentuk untuk melengkapkan diri mereka dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk kerjaya yang berjaya dalam industri. Program ini selaras dengan keperluan industri dan mematuhi standard tertinggi yang dicipta dengan kerjasama pakar global.
Akademi Xsolla Curine menawarkan pelbagai program untuk 4 dan 12 bulan, yang membolehkan para peserta menjangka kurikulum yang rapi merangkumi pelbagai aspek pembangunan permainan, termasuk pemasaran, pengurusan projek, pengaturcaraan, seni, jaminan kualiti, perniagaan, penerbitan, dan analisis, serta amalan terbaik yang disokong oleh industri yang menyediakan pembangun permainan untuk dunia yang berdaya saing. Misi ini bertujuan merapatkan jurang antara bakat dan peluang, akhirnya memupuk pertumbuhan dalam ekosistem pembangunan permainan tempatan.
Sebagai sebahagian daripada Akademi Xsolla Curine, pasukan itu juga memperkenalkan program Inkubator Permainan, yang berlangsung untuk 4 atau 12 bulan. Para peserta akan mendapat manfaat daripada bengkel tertumpu dan kuliah bernas oleh pakar industri. Program ini disediakan untuk menaikkan aktiviti pembangunan permainan di Malaysia.
Bersama langkah yang berpotensi memberikan kesan besar dan ketara ini, Kelab Pendanaan Xsolla dan Accelerator bergabung tenaga dengan Akademi Xsolla Curine. Kedua-dua pihak akan menyediakan jaringan 180+ pelabur dan penerbit serta berkongsi pengalaman masing-masing dalam melancarkan permainan indie – sebelum ini, pasukan itu membantu menghantar Fix Fox, Toy Tactics, Flame Keeper dan banyak lagi permainan lain. Kerjasama ini menggariskan komitmen pasukan untuk memupuk bakat dan inovasi permainan, membantu mewujudkan ekosistem.
Untuk terus mengikuti perkembangan inisiatif Akademi Xsolla di Malaysia dan pengumuman pada masa akan datang, sila ikuti Xsolla di media sosial dan kunjungi laman web syarikat tersebut.
"Di Xsolla, kami komited untuk mengembangkan dan memperkasa ekosistem permainan video global dengan membantu berkongsi pengetahuan yang menyumbang kepada inovasi, pertumbuhan dan kemakmuran daripada kerjaya permainan. Di Kuala Lumpur, tempat bakat tempatan yang terlalu ramai, kami mengakui terdapat jurang antara bakat tempatan dan peluang industri yang tersedia untuk mereka," kata Chris Hewish, Ketua Pegawai Eksekutif Xsolla. "Pelancaran Akademi Xsolla Curine ialah langkah yang cukup besar ke arah merapatkan jurang tersebut. Ini merupakan pelaburan dalam membangunkan asas kemahiran dan pengetahuan pembangun permainan yang bercita-cita tinggi di rantau ini. Tetapi ini juga merupakan cara kami memberikan kembali kepada komuniti yang telah bermurah hati menyokong kami. Bersama pelbagai program, bengkel yang diterajui pakar dan jaringan tidak ternilai yang ditawarkan melalui Akademi ini, kami menyediakan asas untuk komuniti permainan yang mantap di Malaysia."
Untuk maklumat lanjut tentang Akademi Xsolla Curine, sila kunjungi: xsolla.pro/xca
Maklumat Tentang Xsolla
Xsolla ialah syarikat perdagangan permainan video global dengan set alatan dan perkhidmatan yang mantap dan berkuasa direka bentuk khusus untuk industri permainan video. Sejak penubuhan Xsolla pada tahun 2005, syarikat itu telah membantu ribuan pembangun dan penerbit permainan pelbagai saiz dengan membiayai, memasarkan, melancarkan dan menjana pendapatan permainan mereka secara global dan merentasi platform berbilang. Sebagai peneraju berinovatif dalam perdagangan permainan, misi Xsolla ialah menyelesaikan kerumitan yang wujud dalam pengedaran, pemasaran dan penjanaan pendapatan global bagi membantu rakan niaga kami mencapai lebih banyak kawasan geografi, menjana lebih banyak hasil dan mewujudkan hubungan dengan pemain di seluruh dunia. Beribu pejabat dan diperbadankan di Los Angeles, California, dengan pejabat di Berlin, Seoul, Beijing, Kuala Lumpur, Tokyo dan bandar lain di seluruh dunia, Xsolla memberikan sokongan kepada tajuk permainan utama seperti Valve, Twitch, Roblox, Ubisoft, Epic Games, Take-Two, KRAFTON , Nexters, NetEase, Playstudios, Playrix, miHoYo dan banyak lagi.
Untuk maklumat tambahan dan mengetahui lebih lanjut, sila kunjungi: xsolla.com
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/20230928924162/en/ Individu untuk Dihubungi
Derrick Stembridge Pengarah Global Perhubungan Awam, Xsolla d.stembridge@xsolla.com Sumber: Xsolla
--BERNAMA
|
|
|
|
|
|