KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) terus komited mengatur strategi dalam memperkasa agenda pembangunan dan pelaksanaan e-invois dengan menambah baik dokumentasi panduan dan rujukan pembayar cukai meliputi
Garis Panduan Umum e-Invois (Versi 2.0) dan Garis Panduan Spesifik e-Invois (Versi 1.0) yang telah dimuat naik dan kini boleh diakses di Portal Rasmi HASiL.
Garis Panduan Umum e-Invois (Versi 2.0) mengandungi maklumat tambahan umum yang telah dikemaskini berhubung pelaksanaan inisiatif e-Invois, manakala
Garis Panduan Spesifik e-Invois (Versi 1.0) pula menerangkan secara khusus bagi transaksi-transaksi tertentu seperti berikut:
a) Transaksi melibatkan pembeli;
b) Penyata atau bil yang disediakan secara berkala;
c) Pengeluaran (
disbursement) dan bayaran balik (
reimbursement);
d) Perkuisit dan manfaat pekerja;
e) Sebahagian perbelanjaan oleh pekerja bagi pihak majikan;
f) Pengeluaran e-Invois bil kendiri;
g) Transaksi yang melibatkan pembayaran dalam bentuk kewangan kepada ejen, pengedar atau pengagih;
h) Transaksi rentas sempadan;
i) Pengagihan keuntungan;
j) Pendapatan luar negara;
k) Kadar tukaran mata wang asing;
l) Gambaran berkaitan
Application Programming Interface (API); dan
m) Keselamatan siber.
Pembayar cukai boleh mengakses dan memuat turun garis panduan umum dan spesifik ini menerusi pautan
https://www.hasil.gov.my/e-invois/.
HASiL turut mengalu-alukan sebarang pandangan dan maklum balas berhubung pelaksanaan e-Invois yang boleh disalurkan menerusi e-mel rasmi
myinvois@hasil.gov.my.
Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami melalui:
a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi
Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
SUMBER: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Dikeluarkan Oleh: Bahagian Komunikasi
Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
Hasil Recovery Call Centre: 03-8751 1000
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my
--BERNAMA