|
|
|
|
Disember 05, 2025 -Jumaat |
|
|
|
 |
|
|
|
|
SITUASI SEMASA DEMAM DENGGI DI MALAYSIA MINGGU EPIDEMIOLOGI 38 (17 SEPTEMBER - 23 SEPTEMBER 2023)
Monday 02/10/2023
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Pada Minggu Epidemiologi ke-38 tahun 2023, jumlah kes demam denggi yang dilaporkan adalah sebanyak 2,310 kes berbanding 2,380 kes pada minggu sebelumnya, iaitu penurunan sebanyak 70 kes (2.9%). Tiga (3) kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-38 tahun 2023.
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga Minggu Epidemiologi ke-38 adalah sebanyak 87,175 kes berbanding 42,084 kes bagi tempoh sama tahun 2022, iaitu peningkatan sebanyak 45,091 (107.1%). Manakala sejumlah 62 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 24 kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2022.
Bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada minggu ini adalah 61 lokaliti berbanding 72 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya. Dari 61 lokaliti yang dilaporkan, 44 lokaliti di Selangor, 11 lokaliti di WPKL & Putrajaya, tiga (3) lokaliti di Kelantan dan masing-masing satu (1) lokaliti di Pulau Pinang, Perak dan Sabah.
Bagi survelan chikungunya, tiada kes direkodkan pada Minggu Epidemiologi ke-38. Jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini adalah 169 kes. Bagi survelan zika, sebanyak 2,457 sampel darah dan 226 sampel urin telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif.
Jangkitan demam denggi terjadi setelah individu mendapat gigitan nyamuk Aedes betina yang membawa virus denggi. Gejala demam denggi seperti demam tinggi secara tiba-tiba, sakit otot/ tulang/ sendi, sakit kepala yang kuat serta sakit di belakang mata akan muncul di antara hari kelima hingga ketujuh setelah digigit nyamuk Aedes. Sekira terdapat gejala seperti yang disebutkan di atas, dapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan yang terdekat. Rawatan awal amat penting bagi mengelakkan pesakit mengalami komplikasi kegagalan organ, pendarahan renjatan atau kematian yang disebabkan oleh demam denggi. Selain itu, pesakit denggi digalakkan menggunakan bahan repelan nyamuk pada anggota badan yang terdedah agar tidak dapat menyebarkan virus denggi dari pesakit ke orang sekeliling. Mencegah lebih utama daripada merawat. Tiada Aedes, tiada denggi, chikungunya dan zika.
Sila Klik Di Sini untuk Lampiran
DATUK DR. MUHAMMAD RADZI BIN ABU HASSAN KETUA PENGARAH KESIHATAN 29 SEPTEMBER 2023
SUMBER: Kementerian Kesihatan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: Nama: Farahdila Wati binti Mohd Khamde Khuzaini Pegawai Perhubungan Awam Unit Komunikasi Korporat Tel: +603-8883 3470 Faks: +603-8888 6187
--BERNAMA
|
|
|
|
|
|