Disember 05, 2025 -Jumaat

 
  UPIN & IPIN FAMILY FUN RUN 2023 - MITC, MELAKA

Wednesday 04/10/2023



Table

Upin & Ipin Family Fun Run 2023 - MITC, Melaka


KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Acara larian keluarga bertemakan watak animasi popular Malaysia iaitu Upin & Ipin kembali lagi pada tahun ini.  Upin & Ipin Family Fun Run 2023 akan dilangsungkan pada hari Sabtu, 16 Disember 2023 di MITC, Melaka bersempena dengan Karnival Upin & Ipin 2023 yang akan diadakan pada 15 hingga 17 Disember 2023 di MITC, Melaka. Acara larian bersama keluarga sejauh 5KM ini merupakan acara larian yang dinanti-nantikan buat peminat setia Upin & Ipin setiap kali ianya dianjurkan. Kali terakhir Upin & Ipin Fun Run diadakan di Melaka adalah pada tahun 2019 dan penganjuran kali ini pasti akan mengubati kerinduan.
 
Acara Upin & Ipin Family Fun Run 2023 menawarkan rekaan baju dan medal larian yang cantik serta eksklusif yang berkonsepkan watak Upin & Ipin. Peserta acara larian ini juga akan berpeluang bertemu dengan maskot Upin & Ipin ketika sesi pemanasan badan dan acara perlepasan peserta larian. Penganjur bersama iaitu JomRun akan memastikan kelancaran aturcara larian dan tahap keselamatan peserta dijaga terutama sekali bagi peserta kanak-kanak.
 
Tawaran yuran pendaftaran awal serendah RM35 sahaja bagi Upin & Ipin Family Fun Run 2023 telahpun dibuka di laman web https://www.jomrun.com/event/Upin-&-Ipin-Family-FunRun-2023 dan aplikasi JomRun. Peserta larian juga boleh mendapatkan cenderamata Upin & Ipin pada harga istimewa ketika membuat pendaftaran. Antaranya adalah botol minuman Upin & Ipin, mainan patung Upin & Ipin dan aksesori rambut Upin yang ditawarkan dengan potongan harga mencecah sehingga 40%. Selain itu, peserta larian juga sudah boleh mendapatkan awal tiket ke Karnival Upin & Ipin 2023 di MITC, Melaka dengan setiap pendaftaran acara Upin & Ipin Family Fun Run 2023 .

SUMBER: L
es Copaque Productions Sdn. Bhd.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama: Mohd Zarin Bin Abdul Karim
E-mel: zarin@lescopaque.com

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.