Disember 04, 2025 -Khamis

 
  GENERALI MALAYSIA MELANCARKAN CAWANGAN MODEL PERTAMANYA DI SEREMBAN

Tuesday 10/10/2023



Table

Generali Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran cawangan model pertamanya yang terletak di Pusat Komersial Saujana, Seremban 2 Heights. Sebagai cawangan model pertama Generali, cawangan Seremban ini menawarkan rangkaian insurans am dan hayat di bawah satu bumbung untuk memberi pelanggan perkhidmatan yang lebih baik dan pengalaman insurans yang bersepadu.
 
Kiri – Kanan: Fabrice Benard, Ketua Pegawai Eksekutif Generali Insurance Malaysia Berhad dan Ketua Negara Entiti Generali di Malaysia, Ms. Isabelle Conner, Ketua Pegawai Pemasaran Generali Group, Ms. Rebecca Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Generali Life Insurance Malaysia Berhad


KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Generali Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran cawangan model pertamanya yang terletak di Pusat Komersial Saujana, Seremban 2 Heights.
 
Sebagai cawangan model pertama Generali, cawangan Seremban ini menyediakan pengalaman insurans bersepadu untuk perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan. Cawangan ini menawarkan rangkaian insurans am dan hayat yang komprehensif daripada perubatan dan kesihatan, kepada simpanan dan perlindungan nyawa, motor dan kediaman, perjalanan dan kemalangan diri serta insurans perniagaan dan komersial, semuanya di bawah satu bumbung. Kedua-dua cawangan-cawangan Generali insurans am dan Generali insurans hayat di Seremban juga telah berpindah ke premis baharu ini berkuat kuasa 25 September 2023.
 
Dengan penempatan semula dan pelancaran ini, Generali telah mencipta semula reka bentuk cawangan modelnya untuk menyediakan lebih banyak ruang pengalaman serta pengalaman yang tertumpu pelanggan melalui khidmat nasihat dan penyelesaian fizikal dan digital (phygital). Penampilan dan susun atur baharu yang kontemporari ini dirapikan dengan unsur-unsur kefungsian, keterangkuman dan teknologi, yang menekankan komitmen berterusan Generali terhadap kelestarian, inovasi dan tumpuan pelanggan. 

Fabrice Benard, Ketua Pegawai Eksekutif Generali Insurance Malaysia Berhad dan Ketua Negara Entiti Generali di Malaysia berkongsi bahawa ini adalah sebahagian daripada strategi penyegaran semula jenama Generali bagi menyokong transformasi cawangannya di seluruh negara dan memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat bagi pengalaman yang holistik namun diperibadikan.
 
“Setelah berkhidmat dengan penduduk tempatan di Seremban selama beberapa dekad, kami sangat berbangga dapat meneruskan perjalanan yang bermakna ini untuk menyokong bandar ini dengan pengalaman insurans yang unik lagi bersepadu, menyediakan penyelesaian insurans am dan hayat di bawah satu penanggung insurans, dan pada masa yang sama menggerakkan lagi komitmen kelestarian kami selain daripada menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan,” kata Fabrice.
 
Cawangan Seremban yang baharu ini menempatkan ruang khidmat pelanggan di tingkat bawah dengan beberapa buah bilik yang berfungsi sebagai tempat perbincangan peribadi. Pelanggan dialu-alukan untuk berjalan masuk dan mendapatkan perkhidmatan di kaunter, atau pun berbual secara peribadi dengan pegawai perkhidmatan mereka yang berdedikasi di dalam bilik perbincangan. Konsep terbuka ini juga direka bentuk bagi menyediakan persekitaran kerja yang kolaboratif untuk kakitangan dan ejen Generali bekerja bersama-sama.
 
Fabrice menambah, “Walaupun kita berada dalam zaman digital, kami percaya insurans merupakan salah satu perkhidmatan yang masih mengekalkan sentuhan mesra manusia. Oleh itu, kami bertekad memajukan strategi omnisaluran kami untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan melalui cara pilihan mereka, sama ada melalui ejen perkhidmatan, cawangan, atau pun platform digital. Pada tahun akan datang, cawangan kami di seluruh negara akan menjadikan cawangan Seremban ini sebagai model dan secara beransur-ansur berubah menjadi ruang pelbagai fungsi untuk menggalakkan penglibatan yang lebih baik dan hubungan yang berpanjangan dengan pelanggan kami. Kami juga akan terus melabur dalam titik sentuh digital kami untuk akses mudah dan lebih selesa kepada pelanggan."
 
Cawangan Seremban kini dibuka dan bersedia untuk memberikan perkhidmatan insurans kami dari Isnin hingga Jumaat, 8:45 pagi - 5:00 petang (kecuali cuti umum). Untuk maklumat lanjut, sila melayari pencari cawangan di laman rasmi Generali Malaysia.

SUMBER: Generali Insurance Malaysia Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Sheena Ho
Tel: +6012 309 1193
E-mel: sheena.ho@generali.com.my
 
Nama: Allison Lee
Tel: +6016 228 2916
E-mel: allison.lee@generali.com.my

--BERNAMA

  

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.