Persidangan Peralatan Marin Sedunia 2023 dibuka di Fuzhou, Fujian.
FUZHOU, China, 16 Okt., 2023 /Xinhua-AsiaNet/--Pada 12 Oktober, Persidangan Peralatan Marin Sedunia 2023 telah diadakan di Fuzhou, China. Acara itu, yang ditaja bersama oleh Kerajaan Rakyat bagi Wilayah Fujian, Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat bagi Republik Rakyat China, dan Kementerian Pengangkutan bagi Republik Rakyat China, adalah merupakan satu perhimpunan antarabangsa penting yang memberi tumpuan kepada bidang peralatan marin. Sebagai sebuah persidangan peringkat tinggi, bertenaga tinggi dan berprestasi tinggi, ia didedikasikan untuk menggalakkan kerjasama dan pertukaran pengetahuan di dalam industri itu di seluruh dunia.
Persidangan Peralatan Marin Sedunia 2023 itu yang bertemakan "Membawa Impian Kemanusiaan ke Ufuk Baharu", dan menganjurkan pelbagai aktiviti yang memenuhi keperluan kalangan profesional di dalam bidang tersebut, termasuk majlis perasmian dan forum utama, 6 forum tematik dan sebuah pameran mengenai pencapaian, dan beberapa acara sampingan diadakan serentak, demikian menurut Kumpulan Utama Fuzhou bagi Penyediaan Persidangan itu.
Semasa majlis perasmian dan forum utama itu, kedua-dua organisasi domestik dan antarabangsa, pakar-pakar, cendekiawan dan ketua-ketua dari perusahaan yang terkenal di dalam bidang peralatan marin menghadiri dan membuat laporan utama yang bernas. Enam seminar forum tematik itu, masing-masing yang memberi tumpuan kepada satu topik industri yang khusus, termasuk Forum Teknologi Pembinaan Kapal Asia, Forum Pembinaan dan Pembangunan Pelabuhan Air Dalam Antarabangsa, Forum Pembelajaran Bersama dan Pertukaran Tamadun Marin Dunia, Forum Ekologi Industri dan Peralatan Akuakultur Laut Dalam dan Laut Jauh, Forum Pembangunan Kapal Pedalaman Hijau dan Pintar, dan Forum Pembangunan Industri Bot Antarabangsa. Sehingga kini, lebih 300 orang tetamu penting telah dijemput untuk menghadiri forum tersebut.
Pameran mengenai pencapaian itu mempamerkan produk, teknologi dan penyelesaian yang telah menerima pengiktirafan dan anugerah yang sahih di dalam bidang peralatan marin sejak Kongres Kebangsaan bagi Parti Komunis China ke-18. Terutamanya, pencapaian Fujian di dalam membina sebuah wilayah marin yang kukuh dan pencapaian cemerlang di dalam membangunkan peralatan maritim bagi pelbagai wilayah dan medan di China turut didedahkan.
Beberapa acara sampingan diadakan serentak, dengan menampilkan Ekspo Peralatan Marin China dan Persidangan Ekologi Rantaian Industri dan Rantaian Bekalan Peralatan Marin yang dihoskan oleh Kumpulan Pembinaan Kapal Negara China, dan Persidangan Inovasi dan Pembangunan Kerjasama Ekonomi Marin yang diadakan oleh Kerajaan Rakyat bagi Wilayah Fujian.
Sumber: Kumpulan Utama Fuzhou bagi Penyediaan untuk Persidangan Peralatan Marin Sedunia 2023
Pautan Lampiran Imej:
Pautan:
https://iop.asianetnews.net/view-attachment?attach-id=442638 Kapsyen: Persidangan Peralatan Marin Sedunia 2023 dibuka di Fuzhou, Fujian.
--BERNAMA