Disember 04, 2025 -Khamis

 
  AVISENA PINK & PULSE CARNIVAL: SAMBUTAN KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

Monday 23/10/2023



Table

Peserta larian "Avisena Run For Pink"
 

SHAH ALAM, 23 Okt (Bernama) -- Avisena Specialist Hospital telah menganjurkan karnival “Pink & Pulse Avisena” yang merupakan acara yang berinformatif untuk segenap lapisan komuniti sempena bulan kesedaran “Pink Oktober” dimana menurut perangkaan, kanser payudara mencatatkan peratusan tertinggi berbanding kanser lain dalam kalangan wanita di Malaysia. Acara ini bertujuan untuk mempromosikan gaya hidup sihat di kalangan masyarakat sekaligus meningkatkan kesedaran mengenai kanser payudara.

Tumpuan utama acara tersebut adalah Avisena Run for Pink, dengan jarak larian 5km yang melibatkan peserta dari pelbagai peringkat umur dengan mengenakan pakaian berwarna merah jambu. Larian tersebut bermula dengan upacara perasmian oleh Ketua Pegawai Eksekutif Avisena Specialist Hospital,, Dr. Razman Abd Karim, Pengarah Perubatan Avisena Specialist Hospital, Col (R) Dato' Dr Abdul Rahman dan bersama Pengarah Pembangunan Komuniti MBSA, Shahrin Ahmad.
 
Peserta memulakan larian dari perkarangan hospital Avisena sehingga ke sekitar bandar raya Shah Alam, dengan penuh semangat dalam memberi sokongan kepada kempen kesedaran kanser payudara ini. Disamping itu sesi bual bicara mengenai kanser payudara bersama Dr Sarinah Basro, Pakar Bedah Am, Payudara & Endokrin. Dalam sesi informatif ini merangkumi, pencegahan, pengesanan dan rawatan. Dr Sarinah Basro berkata “Informasi berhubung kanser payudara perlu mudah didapati supaya pemahaman mereka seiring dengan usia dalam mengenal pasti risiko kanser terhadap diri sendiri dan bertindak dengan melakukan saringan awal".
 
Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik disediakan pada karnival ini seperti saringan kesihatan percuma, penerangan mengenai saringan radiologi, demonstrasi pemakanan sihat, cabaran kecergasan dan ‘Megaheart’, iaitu replika jantung yang menggambarkan fungsi dan keadaan jantung yang sebenar. Selain itu, pengunjung juga dapat menerokai peluang kerjaya, seiring dengan rancangan pembangunan hospital Avisena pada tahun 2027.
 
Avisena Specialist Hospital komited untuk memberikan perkhidmatan kesihatan berkualiti tinggi, dan akan memulakan rancangan pembinaan bangunan tambahan bermula pada tahun 2024, dengan jumlah katil sebanyak 275 menjelang tahun 2027. Pembangunan Avisena kelak akan dilengkapi dengan kemudahan yang terkini dan akan mempunyai sebuah pusat onkologi komprehensif yang menawarkan pelbagai perkhidmatan bermula dari diagnostik, rawatan kanser dan sokongan selepas rawatan bagi tujuan untuk memberikan penjagaan holistik kepada pesakit. Selain itu, terdapat kemudahan rehabilitasi dan fisioterapi moden yang dinaik taraf dan dikendalikan oleh pasukan perubatan profesional, kelak menandakan perubahan positif dalam struktur ekonomi dan sosial di Shah Alam serta komuniti sekitarnya.
 
Karnival Pink & Pulse Avisena ini telah berjaya menarik minat lebih dari 1,000 orang pengunjung. Acara ini bukan sahaja mementingkan kesihatan dan pendidikan buat para pengunjung, tetapi ia juga telah menunjukkan komitmen hospital dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti dengan mudah diakses kepada masyarakat.

Tentang Avisena Specialist Hospital

Avisena Specialist Hospital (Hospital Pakar Avisena) adalah hospital pakar swasta yang terletak di pusat bandar Shah Alam, dilengkapi dengan 120 katil, 4 dewan bedah, Unit Jagaan Intensif (ICU) ,Unit Penjagaan Kritikal (CCU) dan Unit Penjagaan Separa Kritikal (HDU), dengan kekuatan 34 pakar residen dan 25 pakar pelawat. Hospital ini menyediakan kepakaran perubatan pelbagai bidang seperti Pembedahan Payudara & Endokrin, Kardiologi, Pembedahan Kardiotorasik, Gastroenterologi, Endokrinologi, Neurologi, Pembedahan Saraf, Nefrologi, Urologi, Pembedahan Kolorektal, Pembedahan Bariatrik, Oftalmologi, Pembedahan Mulut & Maksilofasial, Dermatologi, Ortopedik, Otorinolaringologi & Pembedahan Plastik.
 
Hospital Pakar Avisena juga telah mendapat pengiktirafan Malaysian Society Quality in Health (MSQH) dari tahun 2012 sehingga kini, dan ini mengesahkan komitmen terhadap penjagaan dan rawatan berkualiti tinggi. Hospital Pakar Avisena telah memenangi Anugerah “Global Healthcare Asia Pacific” pada tahun 2022 dan 2023, dalam kategori Perkhidmatan Pembedahan Terbaik serta Perkhidmatan ENT terbaik. Hospital ini juga telah memenangi Anugerah CXP Best Customer Experience, Anugerah Brand Laureate SME’s Brand Champion dan Anugerah Brand Laureate SME’s Best Brand.
 
Hospital Pakar Avisena akan mula dibangunkan pada tahun 2024 dan dijangka beroperasi pada 2027. Ia akan dilengkapi dengan 9 buah dewan bedah (termasuk 1 bilik bedah hybrid), 80 buah klinik pakar, 275 buah katil pesakit, 31 buah  katil rawatan kritikal dan 20 buah katil jagaan harian. Selain itu, Avisena akan memperkenalkan servis lengkap onkologi seperti diagnostik, radioterapi, kemoterapi, pembedahan kanser, dan penjagaan paliatif. Selain itu, bahagian fisioterapi dah rehabilitasi juga akan ditambah baik dengan kelengkapan berteknologi tinggi seperti Hyperbaric Chamber dan Aqua Rehab.Lebih 200 pakar perubatan dan juru terapi juga akan sedia berkhidmat selari dengan misi dan matlamat dimana segala kemudahan perubatan  lengkap akan tersedia untuk pesakit dan komuniti.

SUMBER: Avisena Specialist Hospital

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: En Shazwan
Tel: 017 327 2003
E-mel: m.shazwan@avisena.com.my 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.