KELANA JAYA, 23 Okt (Bernama) -- Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) telah melantik Kellee Kam Chee Khiong sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif yang baharu berkuatkuasa 16 Oktober 2023.
Kellee Kam ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alliance Bank Malaysia Berhad dan telah dilantik ke jawatan itu pada 1 September 2022. Sebelum itu, pada Oktober 2016, beliau dilantik sebagai Pengarah Bebas di Bank of America Malaysia Berhad ("BAMB") dan menjawat jawatan sebagai Pengerusi BAMB pada Jun 2021.
Dengan pengalaman lebih dari 24 tahun dalam sektor perbankan, Kellee Kam pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Kumpulan RHB Capital Berhad di antara tahun 2011 sehingga 2015. Dalam kapasiti ini, beliau menerajui bahagian operasi kumpulan perbankan dalam sektor Perniagaan Perbankan, Perbankan Pelaburan, Perbankan Islam, Pengurusan Aset, dan Insurans. Sebelum menerajui peranan tersebut, beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan RHB Capital Berhad yang bertanggungjawab terhadap Kewangan dan Perakaunan Kumpulan, Sistem Maklumat Pengurusan (MIS), Kewangan Korporat, Penggabungan dan Perusahaan (M&A), Hubungan Pelabur, dan Strategi bagi Kumpulan RHB Capital serta anak syarikatnya.
Kellee Kam memegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang daripada Universiti Manchester Metropolitan, United Kingdom, Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Richmond, The American International University di London, dan Sarjana Seni dalam Dunia Perniagaan Asia Tenggara dari Universiti of London, United Kingdom.
Kehadiran Kellee Kam di CGC diharap akan menyumbang kepada kemajuan Lembaga Pengarah, Pengurusan dan kakitangan CGC.
Mengenai CGCCredit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) telah ditubuhkan pada 5 Julai 1972. Ianya 78.65% dimiliki oleh Bank Negara Malaysia dan 21.35% oleh bank-bank komersial di Malaysia. CGC ditubuhkan untuk membantu Perusahaan Kecil dan Serderhana (PKS) yang tidak mempunyai cagaran atau rekod yang tidak mencukupi untuk mendapatkan kemudahan kredit dari institusi kewangan dengan menyediakan perlindungan jaminan ke atas kemudahan tersebut. CGC telah memanfaatkan lebih daripada 529,500 jaminan dan pembiayaan kepada PKS bernilai lebih dari RM94.6 bilion sejak penubuhannya.
Pada Februari 2018, CGC memperkenalkan imSME, sebuah platfom rujukan pembiayaan/pinjaman PKS atas talian yang pertama di Malaysia. imSME berfungsi sebagai saluran alternatif bagi PKS untuk mendapatkan produk pembiayaan, menjimatkan masa dan kerumitan melalui proses yang memakan masa. Sejak penubuhannya hingga September 2023, portal imSME telah menerima lebih 2.51 juta kunjungan dengan lebih 75,449 PKS berdaftar.
Untuk maklumat lanjut, sila layari
www.cgc.com.my dan
https://imsme.com.my/.
SUMBER: Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC)UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Jabatan Komunikasi Korporat dan Perhubungan Pihak Berkepentingan CGC
Nama: Mohana Arumugam
Ketua Jabatan, Komunikasi Korporat & Perhubungan Pihak Berkepentingan
E-mel: mohana.arumugam@cgc.com.my
Nama: Nik Nur’Alin Amirah Binti Nik Mohd Zailani
Ketua, PR & Media Liaison
E-mel: niknuralinamirah.nmz@cgc.com.my
--BERNAMA