Disember 04, 2025 -Khamis

 
  1337 MUNCUL DARIPADA MOD STEALTH DENGAN $4J UNTUK MEMBINA EKOSISTEM PEMPENGARUH MIKRO BERPANDUKAN AI

Friday 27/10/2023



Table


(Foto: Business Wire)



Dengan pendanaan daripada pelabur tidak formal yang berkaitan dengan LVMH dan Hugging Face, 1337 bermatlamat untuk mencipta cara kita berhubung dengan AI untuk kebaikan.

NEW YORK, 27 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 1337, sebuah platform AI generatif berdedikasi untuk menghubungkan komuniti niche melalui minat yang diperibadikan secara hiper telah muncul daripada mod stealth dengan pengumuman kitar prabenih sebanyak $4 juta pada hari ini. Pelabur termasuklah Credo Ventures, GFR Fund, Treble Capital, Roosh Ventures serta individu seperti CEO Hugging Face, Clément Delangue dan pelabur impak Natalia Vodianova.

Disebut sebagai “Leet” (merujuk budaya awal permainan dan penggodaman), syarikat ini juga mendedahkan sebuah ekosistem pempengaruh mikro berpandukan AI yang dikenali sebagai‘Entiities.’ Setiap Entity mempunyai set kemahiran yang unik dan minat serta bermatlamat untuk berhubung, mendidik dan memberi inspirasi kepada komuniti niche dalam talian. Hari ini, 1337 memperkenalkan 50 Entities baharu dalam beta dan komuniti pencipta global untuk bersama mencipta Entities akan datang.

1337 merancang untuk menggunakan pendanaan baharu bagi membangunkan platform boleh skala yang akan memudahkan pengembangan ekosistem Entity ke ribuan komuniti niche pada masa akan datang sambil memperluas komuniti pencipta globalnya.

Pendanaan 1337 datang pada masa pertumbuhan mendalam dan keterujaan untuk Ekonomi Manusia Digital yang akan berkembang menjadi pasaran $125 bilion menjelang tahun 2035.seperti diramalkan oleh Gartner.

"Komuniti niche mewakili audiens orang yang besar dalam talian secara kolektif," kata pengasas bersama dan CEO 1337, Jenny Dearng. 1337 sedang membina cara baharu untuk ahli komuniti terlibat erat ini berkolaborasi dan berinteraksi dengan satu sama lain hasil daripada penambahan model bahasa besar multimodal. Kami melihat Entities yang kami cipta sebagai panduan untuk membantu memudahkan hubungan lebih hebat antara orang dan komuniti dan kemudiannya, secara langsung antara komuniti dan jenama."

Pasukan kepimpinan 1337 termasuklah Jenny Dearing, Robin Raszka, Jan Maly dan penasihat strategi utama Bailey Richardson, bekas Ketua Komuniti di Instagram yang kini mengetuai kedua-dua bahagian Pemasaran dan Komuniti di Substack.

Pengasas 1337, Robin Raszka yang sebelum ini mengasaskan Alter, sebuah syarikat permulaan AI pengguna yang beliau cipta pada tahun 2017 dengan kitar benih $3 juta dan dijual kepada Google pada tahun 2022 pada harga $100 juta. Sebelum Alter, beliau merupakan pereka produk di syarikat permulaan AI Summly yang telah diperoleh oleh Yahoo pada harga $30 juta pada tahun 2013.

"Pada masa akan datang untuk media sosial, kita akan menyaksikan perubahan terhadap pemperibadian hiper dan penciptaan bersama kandungan sintetik yang diinspirasikan oleh prinsip sumber terbuka yang mensimulasikan nadi digital Entities AI dengan jiwa manusia. Entities 1337 sedang mempelopori perubahan ini," kata pengasas 1337, Robin Raszka. "Kami sedang mencipta cara orang berhubung dengan pencipta AI dan jenama untuk kebaikan."

Dengan pendanaan baharu ini, 1337 sedang menggalakkan penciptaan komuniti dalam talian yang lebih terang untuk membantu pembinaan masa hadapan yang meraikan dan menyokong semua orang.

Hari ini, aplikasi LLM yang paling dinamik dan model difusi dijumpai dalam alam kreativiti dan ketersambungan manusia. Hakikat ini menyokong keyakinan kami bahawa gelombang AI seterusnya akan mempunyai kesan mendalam pada lanskap media sosial yang memberikan kesan kepada pencipta, pengikut dan pengiklan semuanya," kata Rakan Kongsi Am di Credo Ventures dan Pelabur, Karolina Mrozkova. "Kami sangat teruja untuk menyokong Robin, Jenny, Jan,dan seluruh pasukan 1337 dalam misi mereka untuk merevolusikan penciptaan kandungan dan ketersambungan dalam dunia media sosial dan selanjutnya."

Untuk butiran lanjut, lawati https://1337.org

Mengenai 1337

1337 ialah sebuah platform AI generatif berdedikasi untuk menghubungkan komuniti niche melalui minat yang diperibadikan secara hiper. Melalui Entities berpandukan AI mereka, 1337 memberikan cara baharu untuk mencipta bersama dengan AI yang menguasai pendekatan berinspirasikan sumber terbuka yang menggalakkan orang untuk berhubung dengan pencipta, jenama dan satu sama lain dalam gaya kolaboratif.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53666536/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Hubungan

1337@archetype.co
 
Sumber: 1337

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.