ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Januari 16, 2025 -Khamis

 
  ​FUZHOU, CHINA DIANUGERAHKAN DENGAN ANUGERAH GLOBAL PERTAMA UNTUK PEMBANGUNAN LESTARI DI BANDAR RAYA

Tuesday 31/10/2023

AsiaNet 100448

Table

Poster promosi yang memenangi anugerah


FUZHOU, China, 31 Okt., 2023 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada petang 28 Oktober, majlis perasmian bagi Pemerhatian China bagi Hari Bandar raya Sedunia 2023 telah menyaksikan pengumuman pemenang bagi Anugerah Global pertama untuk Pembangunan Lestari di Bandar raya (Anugerah Shanghai). Fuzhou, sebuah bandar raya di tenggara China, telah diberikan penghormatan bersama dengan Brisbane Australia, George Town di Malaysia, Kampala Uganda dan Salvador di Brazil dengan pengiktirafan berprestij ini.

Baru-baru ini, poster promosi yang memenangi anugerah itu telah dipamerkan pada skrin tetingkap ORIENTAL.PARIS di Perancis, serta di skrin luar di lima buah bandar raya China: Beijing, Shanghai, Guangzhou, Shenzhen dan Fuzhou, demikian menurut Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa Perbandaran CPC Fuzhou. Berita yang menggembirakan ini telah dikongsi dengan semua orang di dalam negara dan di luar negara.

Fuzhou telah mencapai kemajuan yang luar biasa di dalam pelbagai bidang, termasuk memberikan keutamaan kepada strategi pembangunan lestari di dalam ekonomi hijau dan digital, melaksanakan projek-projek pengurusan sistem air bandar yang berinovatif, dan membina sebuah "City of Parks" yang mesra alam, rendah karbon dan lestari dari segi ekologi.

Dengan kualiti udara yang cemerlang sebanyak 97.5% AQI yang baik dan sihat pada sepanjang tahun, lebih 1,400 taman tersebar di seluruh bandar raya itu, dan sebuah kawasan ruang hijau taman per kapita seluas 14.83 meter persegi, Fuzhou komited kepada satu asas hijau dan ekologi untuk pembangunan terkemuka. Bandar raya ini amat memberikan kepentingan kepada melindungi persekitaran ekologi, menggalakkan penjimatan tenaga dan langkah-langkah pengurangan karbon, menyokong untuk sebuah gaya hidup hijau, dan memacukan peralihan ke arah satu pendekatan hijau dan rendah karbon kepada pembangunan.

Tambahan pula, Fuzhou sedang giat mempromosikan perindustrian digital dan pendigitalan perindustrian, dengan satu tumpuan yang kukuh kepada membangunkan ekonomi digital dan mewujudkan jenama "Digital Fuzhou" yang terkenal. Pada tahun 2022, skala bagi ekonomi digital Fuzhou telah melepasi USD 85.7 bilion, yang menyumbang lebih daripada 50% daripada KDNK mereka. Pertumbuhan mantap ini di dalam ekonomi digital telah menyemarakkan pembangunan bandar Fuzhou dengan tenaga yang diperbaharui dan momentum yang ketara.

Melangkah ke hadapan, Fuzhou kekal komited kepada pembangunan lestari kerana ia membina diri mereka untuk menjadi sebuah bandar raya antarabangsa yang serba moden. Bandar raya itu akan sentiasa mencari pendekatan yang berinovatif untuk memupuk satu pembangunan bandar raya yang sesuai untuk didiami, berdaya tahan dan pintar, seterusnya meningkatkan kesejahteraan penduduk mereka.

Sumber: Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa Perbandaran CPC Fuzhou
 
Pautan Lampiran Imej:

Pautan: https://iop.asianetnews.net/view-attachment?attach-id=442949

Kapsyen:  Poster promosi yang memenangi anugerah

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.