CYBERJAYA, 1 Nov (Bernama) -- Semangat inovasi dan integriti dalam kalangan Team HASiL terus diperkasa bagi menyemarakkan sambutan Hari Inovasi dan Integriti HASiL 2023 (HII 2023) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL). Sambutan HII 2023 ini telah berlangsung di Dewan Bangsawan, Menara HASiL Cyberjaya dan turut disiarkan secara webinar menerusi aplikasi zoom.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan I dan turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Nizom Sairi, Ketua Pegawai Eksekutif HASiL, barisan Anggota Lembaga dan barisan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif HASiL.
Sambutan HII ini bertepatan dengan hasrat Malaysia MADANI yang menitikberatkan tonggak keadilan, nilai-nilai integriti dan amalan tadbir urus terbaik. Pada masa yang sama, ia turut menjadikan elemen daya cipta sebagai salah satu daripada enam teras yang memangkinkan penciptaan idea-idea kreatif dan inovatif untuk memastikan HASiL berdiri teguh sebagai pentadbir cukai langsung negara yang diyakini, disegani dan dipercayai oleh rakyat.
YB Datuk Seri Ahmad Maslan dalam ucapan perasmiannya berkata, elemen inovasi dan integriti ini penting kerana HASiL perlu menunjukkan kredibiliti dan kepercayaan yang tinggi kepada rakyat, dan pada masa yang sama turut memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada mereka. Beliau turut berkata, HASiL adalah cerminan kerajaan, sekiranya baik HASiL, maka baiklah juga sisi pandang pihak kerajaan. Sebagai antara jentera kerajaan yang utama di bawah payung MOF, HASiL perlu berani mencetus idea-idea kreatif dan inovatif bagi memastikan tahap kecekapan, ketelusan dan keberkesanan sistem penyampaian percukaian kepada rakyat meningkat yang akhirnya melonjak kutipan cukai negara.
Sementara itu, YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Nizom bin Sairi dalam ucapan alu-aluannya berkata, sambutan HII 2023 merupakan inisiatif yang amat baik untuk HASiL meneroka potensi dan kreativiti Team HASiL, dan beliau yakin keupayaan mengolah inovasi dan integriti ini mampu mengangkat HASiL dalam kelasnya yang tersendiri.
Bersempena dengan sambutan HII 2023 ini, YB Datuk Seri Ahmad Maslan telah melancarkan
lima (5) produk baharu merangkumi teknologi dan perkhidmatan profesional seperti di
Jadual 1. Beliau juga turut menyampaikan hadiah kepada Team HASiL yang telah memenangi
lima (5) pertandingan yang telah dianjurkan seperti di
Jadual 2.
Sila klik di sini untuk
Jadual 1Sila klik di sini untuk
Jadual 2
Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami melalui:
a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public.
Dikeluarkan Oleh:Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaSumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
Hasil Recovery Call Centre: 03-8751 1000
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my
--BERNAMA