Disember 04, 2025 -Khamis

 
  ENAM DEKAD PENUH DENGAN DEDIKASI: MARY KAY MENGELUARKAN LAPORAN MENDALAM DALAM BIDANG KRITIKAL KELESTARIAN

Thursday 02/11/2023



Table
Mary Kay memperincikan komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk memperkaya kehidupan dan memastikan masa depan mampan bagi semua dalam laporan syarikat yang terkini. (Sumber Aset: Mary Kay Inc.) 
 
‘Laporan Khas mengenai Kelestarian 2023’ Mengetengahkan Impak Kelestarian Alam Sekitar, Sosial dan Ekonomi Jenama Kecantikan Global tersebut Menjangkau Tempoh 60 Tahun

DALLAS, 2 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc., penyokong global untuk kelestarian dan pengawasan korporat, mengeluarkan ‘Laporan Khas mengenai Kelestarian 2023’ memperincikan komitmen yang tidak berbelah bahagi jenama tersebut untuk memperkaya kehidupan wanita dan memastikan masa depan mampan bagi semua. Semasa jenama kecantikan ikonik itu memperingati ulang tahun yang ke-60, Mary Kay berbangga menjadi sebahagian daripada gabungan global bersama pemegang kepentingan utama dan sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengorak langkah dalam bidang kritikal kelestarian alam sekitar, sosial dan ekonomi.

“Kelestarian bukan sekadar ungkapan bagi menarik perhatian untuk kami – kelestarian ini dijalinkan ke dalam jati diri kami sebagai jenama,” kata Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Operasi di Mary Kay Inc. “Sambil meraikan pencapaian kami pada tahun ini, kami terus bertekad dalam misi kami ini. Kami komited untuk menjadi lebih bertanggungjawab dalam keputusan ekonomi, alam sekitar dan sosial kami, memastikan yang legasi Mary Kay bukan sahaja tentang memperkasa wanita tetapi juga melindungi rumah  kita yang dikongsi bersama.”

Dalam dunia yang semakin berkembang pesat, Mary Kay berada di barisan hadapan perubahan, memperjuangkan kebajikan wanita sambil mengiktiraf kuasa besar yang mereka pegang dalam membentuk ekonomi global kita dan memacu perubahan bermakna dalam usaha kelestarian. Laporan 2023 mengetengahkan inisiatif yang dipacu oleh wanita di seluruh dunia:

Kelestarian Alam Sekitar

· Sumber Asas dan Berharga: Air
· Kuasa Wanita dalam Pemuliharaan
· Peranan Wanita di Pusat Pemulihan Lautan

Kelestarian Sosial

· Mengalihkan Wajah Sains Di Seluruh Dunia
· Merealisasikan Potensi Usahawan Wanita Sepenuhnya
· Merah Jambu dan Berkuasa
· Mengetuai Kemajuan dalam Penyelidikan Kanser Wanita

Kelestarian Ekonomi

· Kepelbagaian dan Keterangkuman: Pemacu Utama Inovasi Produk
· Memperkasa Jutaan Usahawan Wanita Di Seluruh Dunia
· Merintis Penyelidikan Kesaksamaan Jantina dalam Algoritma dan Kecerdasan Buatan
 
Laporan itu mengikuti Laporan Impak Kelestarian & Sosial 2020-2022 Mary Kay yang merangkumi tiga tonggak kelestarian – ekonomi, alam sekitar dan sosial. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang strategi kelestarian global Mary Kay, klik di sini.

Maklumat Tentang Mary Kay

Dahulu. Kini. Selamanya Seorang pengasas asal yang berjaya mengatasi penghalang kemajuan profesion, Mary Kay Ash mengasaskan jenama kecantikan impiannya di Texas pada tahun 1963 dengan satu matlamat: memperkaya kehidupan wanita. Impian tersebut telah berkembang menjadi syarikat dengan jutaan ahli tenaga jualan bebas di lebih daripada 35 negara. Selama 60 tahun, peluang Mary Kay telah memperkasa wanita untuk menentukan masa depan mereka sendiri melalui pendidikan, pementoran, sokongan dan inovasi. Mary Kay berdedikasi untuk melabur dalam sains di sebalik kecantikan dan pembuatan penjagaan kulit termaju, kosmetik warna, suplemen pemakanan dan wangian. Mary Kay percaya dalam memelihara planet kita untuk generasi akan datang, melindungi wanita yang terjejas akibat kanser dan penderaan rumah tangga dan menggalakkan belia untuk mengikuti impian mereka. Ketahui lebih lanjut di marykayglobal.com, temui Mary Kay dalam FacebookInstagram dan LinkedIn, atau ikuti kami dalam Twitter.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

 
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53711947/en
 

Bahagian untuk Dihubungi
Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
972.687.5332 atau media@mkcorp.com
 
Sumber: Mary Kay Inc. 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.