ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Januari 16, 2025 -Khamis

 
  YILI MELAPORKAN HASIL PALING TINGGI YANG MENGHAMPIRI 100 BILION YUAN DALAM TIGA SUKU PERTAMA TAHUN KEWANGAN 2023

Thursday 02/11/2023

AsiaNet 100455

Table

Yili melaporkan hasil yang paling tinggi menghampiri 100 bilion yuan dalam tiga suku pertama tahun kewangan 2023


HOHHOT, China, 2 Nov., 2023 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Pada 30 Oktober, Kumpulan Yili telah mengeluarkan keputusan kewangan mereka untuk tiga suku pertama bagi Tahun Kewangan 2023. Dalam tempoh pelaporan itu, hasil bagi syarikat itu berjumlah 97.404 bilion yuan (kira-kira USD 13.32 bilion) dan keuntungan bersih meningkat sebanyak 16.36%.

Angka rekod yang tinggi ini menunjukkan satu peningkatan yang berterusan di dalam keupayaan perniagaan teras Yili. Syarikat tenusu gergasi Asia itu terus meningkatkan penerapan hasil R&D, yang dibuktikan dengan pelancaran satu siri produk sihat yang berinovatif yang telah mendapat maklumat balas positif daripada pengguna.

Dari segi unit perniagaan, perniagaan susu cair Yili memperoleh kedudukan utama mereka di  dalam segmen itu dengan pertumbuhan yang pesat di sepanjang suku pertama hingga suku ketiga. Ia melaporkan hasil sebanyak 65.432 bilion yuan (kira-kira USD 8.93 bilion) dari Januari hingga September, satu peningkatan tahun ke tahun sebanyak 2.07%, dan kadar pertumbuhan itu mencapai 8.48% pada suku ketiga yang kukuh. Susu tepung dewasa meneruskan pertumbuhan kukuhnya, dengan mendahului segmen itu dengan bahagian pasaran mereka meningkat kepada 23.9%. Perniagaan aiskrim yang berkembang pesat juga mendahului segmen itu dari segi bahagian pasaran dan melaporkan hasil sebanyak 10.383 bilion yuan (kira-kira USD 1.42 bilion).

Pencapaian itu adalah disebabkan oleh keupayaan kukuh Yili di dalam mengubah hasil inovasi utama mereka kepada produk baharu yang paling laris. Dengan mendapat manfaat daripada peningkatan yang berorientasikan digital mereka merentasi keseluruhan rantaian nilai, syarikat itu telah melihat kemajuan yang ketara di dalam kecekapan perniagaan keseluruhan yang membentuk kelebihan daya saing baharu Yili. Sambil memacukan pembangunan yang teguh di dalam prestasi perniagaan, sistem operasi digital Yili juga menyumbang kepada industri tenusu yang lestari, dengan mewakili kejayaan di kedua-dua aspek komersial dan sosial.

Dalam segmen huluan bagi industri itu, Yili telah menerima pakai sebuah model kelestarian yang berorientasikan kitaran semula. Ia telah membina beberapa ladang pintar ekologi yang dilengkapi dengan kemudahan pintar, rendah karbon dan mesra alam. Dengan menampilkan operasi pemprosesan lengkap tanpa manusia, sistem ladang pintar itu mempelopori industri dalam meningkatkan kecekapan dan menggalakkan transformasi hijau dan lestari. Sistem itu juga sedang diperkenalkan di seluruh China sebagai sebahagian daripada usaha Yili untuk mengurangkan jejak karbon bagi keseluruhan industri tenusu.

Di peringkat pertengahan, Yili telah membina lima kilang karbon sifar bersih dan mempunyai 31 kilang yang disahkan sebagai "kilang hijau" di peringkat negeri. Di samping itu, kesemua kilang mereka di China telah melengkapkan peningkatan digital. Dengan mencakupi pemerkasaan digital dan teknologi kitar semula, Yili berjaya untuk melipatgandakan kecekapan pengeluaran dan menggerakkan pembuatan hijau.

Ke arah hiliran, Yili kekal sebagai sebuah penentu arah aliran di dalam menggalakkan penggunaan lestari dengan mengguna pakai pembungkusan yang mesra alam. Pembungkusan Lestari Alam Sekitar SATINE mereka tanpa Dakwat atau Percetakan telah memenangi Anugerah Inovasi Tenusu IDF, sebagai satu pengiktirafan terhadap penyelesaian inovatif mereka untuk mengurangkan jejak karbon.

Usaha bertahun-tahun syarikat itu di dalam bidang ESG juga telah mendapat pengiktirafan tinggi daripada pasaran modal. Dalam Penarafan MSCI ESG 2023, Yili turut menerima penarafan Gred A, yang paling tinggi di dalam kalangan semua pengeluar tenusu saham A yang tersenarai.
 
Sumber: Kumpulan Yili
 
Pautan Lampiran Imej:
 
   Imej: https://iop.asianetnews.net/view-attachment?attach-id=442984
 
   Kapsyen: Yili melaporkan hasil yang paling tinggi menghampiri 100 bilion yuan dalam tiga suku pertama tahun kewangan 2023

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.