Disember 04, 2025 -Khamis

 
  66 ORANG ANAK YATIM, KELAINAN UPAYA DAN PELAJAR TAHFIZ DISANTUNI DALAM PROGRAM CSR HASIL KASIH PRIHATIN PERINGKAT NEGERI SARAWAK

Tuesday 07/11/2023



MIRI, 7 Nov (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) terus menzahirkan keprihatinan dan semangat kesukarelawanan membantu golongan yang memerlukan dengan menyantuni seramai 66 orang anak yatim, warga kelainan upaya dan pelajar-pelajar tahfiz melalui Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) HASiL Kasih Prihatin Peringkat Negeri Sarawak di sekitar Miri, Sarawak.

Majlis HASiL Kasih Prihatin dan penyampaian sumbangan wang tunai berjumlah RM19,500 berserta barangan keperluan telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Nizom Sairi, Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) HASiL kepada: 

i.        Kompleks Kebajikan Hamidah Yakup Miri (Rumah Anak Yatim);
 
ii.        Persatuan Ibu Bapa Kanak-Kanak Istimewa (PIBAKIS) Miri; dan
 
iii.        Pusat Maahad Tahfiz An-Naim Lutong, Miri. 

Turut hadir bersama-sama menjayakan program yang diadakan bertempat di Kompleks Kebajikan Hamidah Yakup Miri ini ialah YBrs. Tuan Haji Julaihi bin Haji Mohamad, Pengerusi PERYATIM Cawangan Miri, YBhg. Datuk Dr. Sotimin Bin Muhalip, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar), YBhg. Datuk Abu Tariq Bin Jamaluddin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan), YBhg. Dato’ Wan Ramiza Binti Wan Ghazali, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian), dan YBrs. Encik Vijayen a/l Nagalingham selaku Pengarah Negeri Sarawak.
 
YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Nizom Sairi, KPE HASiL dalam ucapannya berkata, program CSR ini adalah merupakan kesinambungan kepada aktiviti tradisi organisasi yang dilaksanakan setiap tahun dan dipercayai mampu memberikan impak yang besar terhadap kebajikan dan kesejahteraan masyarakat setempat. Pelaksanaan program seperti ini juga adalah salah satu pendekatan strategik HASiL dalam mendekatkan diri kepada masyarakat. Ia juga mencerminkan keprihatinan HASiL dalam menerapkan rasa kasih sayang untuk berkongsi rezeki bersama golongan yang memerlukan.
 
HASiL mengharapkan sumbangan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik sebagaimana pendekatan Rahmah yang diperkenalkan oleh Kerajaan. Semoga aktiviti CSR yang dijalankan seperti ini juga turut dapat memupuk semangat bekerjasama dan bantu-membantu dalam kalangan Team HASiL serta seterusnya melahirkan warga kerja yang prihatin dan penyayang. 

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami melalui:

a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);

b) HASiL Live Chat; dan
 
c)  Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public.


Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

 
Tarikh:  07 November 2023

SUMBER: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Bahagian Komunikasi |
Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
Hasil Recovery Call Centre: 03-8751 1000  
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.