Disember 04, 2025 -Khamis

 
  TOSHIBA MELANCARKAN MOSFET SALIRAN UMUM SALURAN N 30V YANG SESUAI UNTUK PERANTI DENGAN USB DAN UNTUK MELINDUNGI PEK BATERI

Wednesday 08/11/2023



Table
Toshiba: SSM10N961L, MOSFET saliran umum saluran N dalam pakej baharu yang kecil dan nipis (Grafik: Business Wire)
 
KAWASAKI, Jepun, 8 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation ("Toshiba") telah melancarkan “SSM10N961L,” MOSFET saliran umum saluran N 30V, dalam rintangan rendah, sesuai untuk peranti dengan USB dan untuk melindungi pek bateri. Penghantaran bermula hari ini.

Sehingga kini, barisan MOSFET saliran umum saluran N Toshiba hanya tertumpu pada produk 12V, terutamanya untuk melindungi pek bateri ion litium telefon pintar. Pelancaran produk 30V akan mewujudkan julat pemilihan aplikasi yang lebih luas dan memerlukan voltan melebihi 12V, seperti pensuisan muatan untuk talian kuasa elektrik peranti pengecasan USB dan perlindungan pek bateri ion litium PC dan tablet.

Mewujudkan suis dua hala dengan sumber saliran rendah dalam rintangan (RDS(ON)) memerlukan dua MOSFET, iaitu sama ada MOSFET 3.3×3.3mm atau MOSFET 2×2mm, dengan RDS(ON)rendah. Produk baharu Toshiba menggunakan pakej TCSPAG-341​501 yang baharu, kecil, nipis (3.37mm​×1.47mm (typ.), t=0.11mm (typ.)) dan dilengkapi dengan ciri sumber-sumber rendah dalam rintangan (RSS(ON)) dengan 9.9mΩ (typ.) dalam konfigurasi saliran umum pakej tunggal

Penghantaran Kuasa USB (USB PD) yang menyokong bekalan kuasa yang bermula daripada julat sebanyak 15W (5V / 3A) hingga julat maksimum sebanyak 240W (48V / 5A) telah dibangunkan untuk peranti yang memerlukan bekalan kuasa tinggi. USB PD menetapkan fungsi pertukaran peranan untuk bertukar di antara bekalan kuasa dan sisi penerimaan serta memerlukan peranti pengecasan USB untuk menyokong bekalan kuasa dua hala supaya kedua-dua sisi dapat membekalkan dan menerima kuasa. Produk baharu tersebut merupakan MOSFET saliran umum saluran N yang menyokong bekalan kuasa dua hala dan mempunyai kawasan pemasangan yang kecil.

Menggabungkan produk tersebut dengan IC pemacu dalam Siri TCK42xG Toshiba akan membentuk litar pensuisan muatan dengan fungsi pencegahan aliran balik atau litar pemultipleks kuasa yang boleh menukar operasi antara Buat Sebelum Pecah ( Make-Before-Break , MBB) dan Pecah Sebelum Buat (Break-Before-Make, BBM). Pada hari ini, Toshiba telah melancarkan reka bentuk rujukan untuk litar pemultipleks kuasa (menggunakan MOSFET saliran umum) berdasarkan kombinasi produk ini. Penggunaan reka bentuk rujukan akan membantu mengurangkan masa reka bentuk produk dan pembangunan.

Toshiba akan terus mengembangkan barisan produk dan menambah baik ciri produk, untuk meningkatkan kefleksibelan reka bentuk.

Aplikasi

·  Telefon pintar
·  PC Komputer Riba
·  Tablet, dll.

Ciri

·  Kadaran voltan sumber-sumber tinggi: VSSS=30V
·  Rintangan rendah: RSS(ON)=9.9mΩ (typ.) (VGS=10V)
·  Struktur sambungan saliran umum untuk pengaliran arus dua hala
·  Pakej TCSPAG-341501 jenis kecil dan nipis: 3.37mm×1.47mm (typ.), t=0.11mm (typ.)
 
Spesifikasi Utama

Nota:
[1] Peranti dipasang pada Cu Pad, 25mm×27.5mm, t=1.6mm: 18µm, 407mm2, papan epoksi kaca FR4
[2] Peranti dipasang pada CU Pad, 25mm×27.5mm, t=1.6mm: 70µm, 687.5mm2, papan epoksi kaca FR4

Ikuti pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk baharu.
SSM10N961L

Ikuti pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai MOSFET Toshiba.
MOSFETs

Ikuti pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai cadangan penyelesaian penggunaan produk baharu Toshiba.
Aplikasi
Jam Tangan Pintar
Kamera Aksi
Peranti Tablet

Untuk menyemak ketersediaan produk baharu di pengedar dalam talian, kunjungi:
SSM10N961L
Beli Dalam Talian

* Nama syarikat, nama produk dan nama perkhidmatan mungkin merupakan tanda dagangan syarikat masing-masing.
* Maklumat dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat hubungan, adalah yang terkini pada tarikh pengumuman tetapi tertakluk kepada perubahan tanpa notis diberikan terdahulu.

Maklumat Tentang Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation, pembekal terkemuka bagi penyelesaian semikonduktor dan storan termaju, memanfaatkan lebih setengah abad pengalaman dan inovasi untuk menawarkan kepada pelanggan dan rakan perniagaan semikonduktor diskret, sistem LSI dan produk HDD yang luar biasa.
Tenaga kerja syarikat seramai 21,500 di seluruh dunia berkongsi keazaman untuk memaksimumkan nilai produk dan menggalakkan kerjasama erat dengan pelanggan dalam penciptaan nilai bersama dan pasaran baharu. Bersama jualan tahunan yang menghampiri 800 bilion yen (AS$6.1 bilion), Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation berharap dapat membina dan menyumbang kepada masa depan yang lebih baik untuk orang ramai di mana-mana sahaja.
Ketahui lebih lanjut di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53738996/en


Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Maklumat hubungan

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Pemasaran & Jualan Peranti Isyarat Kecil.
Tel: +81-44-548-2215
Hubungi Kami

Pertanyaan Media:
Chiaki Nagasawa
Jabatan Pemasaran Digital
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
 
Sumber: Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.