|
|
|
|
|
|
ACARA PELANCARAN PRODUK BAHARU GLOBAL & STRATEGI GLOBAL ZBOM 2024 TELAH BERJAYA DIADAKAN
Thursday 09/11/2023
AsiaNet 100471
Pelancaran rasmi bagi KEDIAMAN ZBOM+ Pelan Pembangunan Global BANGKOK, 9 Nov., 2023 /Xinhua-AsiaNet/-- Usaha mengejar di dalam Pasaran Antarabangsa dan Menunjukkan Kekuatan China Pada 6 November, 2023, ZBOM, sebuah jenama terkemuka di dalam industri kelengkapan rumah tersuai China, telah mengadakan Acara Pelancaran Produk Baharu Global dan Strategi Global 2024 di Bangkok, Thailand, dengan memulakan sepenuhnya perjalanan baharu bagi jenama ZBOM untuk memasuki pasaran global. Tema bagi acara itu ialah “KEDIAMAN YANG LEBIH BAIK, KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK”. Pemimpin-pemimpin yang berkaitan daripada Kedutaan China di Thailand, arkitek profesional dan profesor bagi Politecnico di Milano, pemimpin ZBOM, wakil dari agensi ZBOM di Thailand, dan wakil bagi rakan-rakan strategik antarabangsa telah dijemput untuk menghadiri acara tersebut, bagi membincangkan strategi pembangunan global ZBOM dan berkomunikasi tentang cara-cara bagi jenama-jenama China untuk berkembang ke luar negara. Produk-produk global baharu ZBOM 2024 -- "ISOLA COMACINA II" dan "Masterpiece" telah dikeluarkan. ZBOM juga berganding tenaga dengan wakil bagi rakan-rakan strategik daripada kalangan IUR untuk melancarkan "KEDIAMAN ZBOM+ Pelan Pembangunan Global" pada acara itu, untuk secara rasmi mengadakan permulaan yang menarik bagi perjalanan jenama ZBOM ke luar negara. Zhang Xiaoxiao, Kaunselor bagi Pejabat Ekonomi dan Komersial bagi Kedutaan Republik Rakyat China di Kerajaan Thailand, berkata dalam ucapan beliau bahawa, "Perusahaan China secara aktif berkembang ke luar negara dan mengambil bahagian di dalam kerjasama ekonomi global, yang bukan sahaja mencerminkan kebangkitan ekonomi China, tetapi juga memberi sumbangan yang penting kepada kemakmuran dan pembangunan ekonomi global." Selain itu, beliau memperakui mengenai susun atur strategik global ZBOM dan mempunyai jangkaan yang tinggi terhadap jenama-jenama China yang berkembang ke luar negara dengan kualiti yang tinggi. Daripada "Kediaman ZBOM" kepada "Jenama ZBOM", daripada "Eksport Produk" kepada "Jenama Berkembang ke Luar Negara", sebagai sebuah wakil jenama kelengkapan rumah global, ZBOM mengikuti peredaran masa dan sentiasa melakukan inovasi di dalam membangunkan model-model. Xu Bangshun, pengasas dan presiden bagi ZBOM, menyatakan bahawa pembangunan selanjutnya bagi pasaran runcit antarabangsa dan perniagaan projek kejuruteraan luar negara telah menjadi dua cabang penyorong yang memacukan strategi global ZBOM. Di masa depan, ZBOM akan melabur lebih banyak sumber untuk melaksanakan susun atur sistematik di negara-negara dan wilayah yang utama, dengan mengekalkan pengembangan perniagaan global dan mewujudkan sebuah kediaman yang lebih baik dan sebuah kehidupan yang lebih baik bagi pengguna global berdasarkan kepada penyelesaian kediaman sehenti terkemuka, produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi ZBOM. Sumber: ZBOM Pautan Lampiran Imej: Pautan: https://iop.asianetnews.net/view-attachment?attach-id=443113 Kapsyen: ZBOM Pautan: https://iop.asianetnews.net/view-attachment?attach-id=443118 Kapsyen: Pelancaran rasmi bagi KEDIAMAN ZBOM+ Pelan Pembangunan Global |
--BERNAMA
|
|
|
|
|
|