TOKYO, 14 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Rakuten Fintech Vietnam Co., Ltd., anak syarikat pembangunan sistem Rakuten Card Co., Ltd. pada hari ini mengumumkan bahawa syarikat telah berpindah ke lokasi baharu di Bandar Ho Chi Minh setakat 13 November bagi membolehkan syarikat itu meningkatkan lagi bilangan kakitangan dan mengembangkan operasi perniagaan, sebagai respons kepada kerja pembangunan sistem yang semakin berkembang.
Syarikat Rakuten Card telah menubuhkan Rakuten Fintech Vietnam sebagai pusat pembangunan pada bulan Oktober 2021 dengan matlamat memacu pertumbuhan mampan, mempercepat pembangunan sistem untuk barisan perkhidmatan yang semakin berkembang dan menyokong perancangan kesinambungan perniagaan untuk sistem IT yang membentuk asas perkhidmatan Kad Rakuten. Kerajaan Vietnam telah melaksanakan langkah penting untuk menyokong pembangunan sumber manusia dalam industri IT, meningkatkan jangkaan dalam jangka panjang untuk mendapatkan dan menempatkan bakat teknologi terbaik di Vietnam. Di samping itu, perbezaan zon waktu yang minimum antara Jepun dan Vietnam adalah sesuai untuk memberikan respons pantas kepada keperluan perniagaan di Jepun.
Sejak penubuhan Rakuten Fintech Vietnam, syarikat tersebut telah mengambil bakat kejuruteraan IT tempatan untuk membangunkan perkhidmatan aplikasi menghadap pengguna, serta sistem untuk kedai gabungan dan alat automasi perniagaan bertujuan merangsang kecekapan operasi. Memandangkan operasi syarikat terus berkembang, syarikat telah berpindah ke bangunan pejabat baharu dengan tujuan mengukuhkan organisasi melalui struktur pejabat terbuka baharu yang memberikan inspirasi kepada komunikasi dan menyediakan persekitaran kerja yang optimum untuk pekerja.
Takao Shiono, Pengarah Besar Rakuten Fintech Vietnam, mengulas, "Saya amat gembira untuk berkongsi pada hari ini bahawa Rakuten Fintech Vietnam secara rasmi telah memasuki fasa baharu dalam pembangunan kami. Pasukan kami di Vietnam telah berkembang dengan pantas sejak dilancarkan pada tahun 2021, terima kasih kerana sokongan yang tidak ternilai daripada bakat teknologi tempatan dan komuniti sekeliling. Bersama lebih daripada 29 juta kad yang dikeluarkan, Syarikat Rakuten Card ialah peneraju industri di Jepun. Dari kedudukan baharu kami di Bandar Ho Chi Minh, kami tidak sabar mahu meningkatkan lagi kejayaan Syarikat Rakuten Card dan menyumbang kepada perniagaan teknologi kewangan (fintech) terkemuka Rakuten.”
Pejabat baharu itu berada di Daerah 1 Bandar Ho Chi Minh, terletak di tingkat atas bangunan 26 tingkat yang mudah diakses, serta menghadap bandar itu. Pejabat itu telah direka bentuk dengan atrium dua tingkat dan penggunaan dinding kaca secara meluas bagi mewujudkan persekitaran lapang yang memudahkan komunikasi dan memupuk rasa perpaduan. Dengan kapasiti untuk kira-kira 200 pekerja dan bilik persidangan, ruang bersembang dan gerai tersedia, pejabat baharu ini menyediakan persekitaran yang sesuai untuk rakan sekerja bekerjasama dalam projek. Selain itu, kafeteria dan kawasan jamuan ringan menawarkan tempat untuk pekerja berehat, di samping berfungsi sebagai ruang mesyuarat yang besar.
Sejak dilancarkan pada bulan Julai 2005, Syarikat Rakuten Card telah berusaha mempromosikan penggunaan silang dengan pelbagai perkhidmatan Rakuten Group dan memacu lebih banyak percambahan pembayaran tanpa tunai di dalam dan di luar Kumpulan. Hasil daripada inisiatif ini, jumlah Kad Rakuten yang dikeluarkan telah melebihi 29.54 juta (setakat akhir bulan September 2023). Pada masa yang sama, jumlah transaksi kasar beli-belah tahunan Kad Rakuten untuk 12 bulan dari Oktober 2022 hingga September 2023 sudah melepasi 20 trilion yen, memandangkan syarikat itu terus berkembang sebagai penyedia perkhidmatan terkemuka dalam industri kad kredit Jepun.
Syarikat Rakuten Card akan terus memperkukuh keupayaan organisasi dan mendapatkan bakat global yang terbaik, sambil meningkatkan perkhidmatan kad kredit dan barisan ciri untuk menjadikan perkhidmatan kewangan lebih selesa dan lebih mudah diakses oleh pelanggan.
Rakuten Fintech Vietnam Co., Ltd. Gambaran Keseluruhan Pejabat BaharuLokasi: Bandar Ho Chi Minh, Vietnam
Bilangan tingkat: 2 tingkat
Bilangan tempat duduk pejabat: Kira-kira 200
Maklumat Tentang Syarikat Rakuten Card Syarikat Rakuten Card ialah syarikat perkhidmatan teknologi kewangan (fintech) yang ditubuhkan pada bulan Julai 2005. Melalui pengembangan perkhidmatan dan ciri kad kredit, Syarikat Rakuten Card menyasarkan untuk memberikan kepuasan pelanggan yang luar biasa dengan perkhidmatan kewangan yang selesa, mudah digunakan dan peribadi. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi
https://www.rakuten-card.co.jp/Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Bahagian untuk DihubungiJabatan Komunikasi Korporat
Rakuten Group, Inc.
global-pr@mail.rakuten.com Sumber: Rakuten Group, Inc.
--BERNAMA