|
|
|
|
Disember 04, 2025 -Khamis |
|
|
|
 |
|
|
|
|
BLACK & VEATCH MEMAJUKAN PENGELUARAN HIDROGEN HIJAU DI INDONESIA
Tuesday 14/11/2023
Augustus Global Investment mendapatkan khidmat Black & Veatch untuk menjalankan kajian - didapati penjanaan hidrogen hijau bagi projek bernilai USD 500 juta boleh dilaksanakan dari segi teknikal dan ekonomi di wilayah Aceh, Indonesia
JAKARTA, Indonesia, 14 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Black & Veatch, peneraju global dalam penyelesaian infrastruktur kritikal, telah menjalankan kajian kebolehlaksanaan untuk Augustus Global Investment (AGI) mengenai penjanaan hidrogen hijau di Indonesia.
Projek ini memberikan gambaran pengeluaran hidrogen hijau menggunakan elektrolisis dikuasakan oleh tenaga boleh baharu yang dibekalkan oleh grid kuasa.
Black & Veatch memberikan konfigurasi kilang dan analisis teknologi, serta anggaran kos mengikut aturan magnitud untuk penjanaan dan penyimpanan hidrogen. Kajian tersebut mendapati bahawa projek itu boleh dilaksanakan dari segi teknikal dan ekonomi, serta berpotensi menyumbang kepada peralihan tenaga Indonesia dengan ketara.
“Memandangkan Indonesia mempunyai sumber tenaga dan tenaga boleh baharu yang besar termasuk tenaga geoterma, terdapat potensi besar untuk projek ini menjadi pemangkin dalam mewujudkan ekonomi hidrogen jangka panjang di Indonesia sepanjang dekad yang akan datang ini,” kata Narsingh Chaudhary, Presiden, Black & Veatch , Asia Pasifik dan India.
“Black & Veatch berada di barisan hadapan rantaian nilai hidrogen hijau termasuk sedang membina satu daripada kemudahan pengeluaran dan penyimpanan hidrogen hijau perindustrian terbesar di dunia secara siap guna dan kami berbesar hati untuk membawa kepakaran global kami ke rantau ini bertujuan menyokong perkembangan projek baharu ini,” tambahnya.
Kilang pengeluaran hidrogen hijau yang dicadangkan itu akan dibina di Zon Ekonomi Khas (SEZ) Arun Lhokseumawe di wilayah Aceh, Indonesia. Kilang tersebut dijangka mengeluarkan 98.5 tan hidrogen sehari (TPD) dan mempunyai kapasiti 300 megawatt (MW).
"Augustus melihat prospek di seluruh dunia untuk pelaburan jangka panjang dalam sektor infrastruktur dan tenaga. Kami amat teruja untuk melabur di Indonesia dan menyokong peralihan negara kepada masa depan tenaga bersih," kata Fadi Krikor, Ketua Pegawai Eksekutif AGI, firma pelaburan berpangkalan di Jerman yang menumpukan kepada infrastruktur dan tenaga.
Pembangunan kilang pengeluaran hidrogen hijau dianggarkan menelan belanja sebanyak USD 500 juta.
Sebahagian daripada usaha Indonesia untuk memenuhi sasaran neutraliti karbon termasuk membangunkan tenaga boleh baharu berskala besar, dengan penumpuan kepada tenaga suria, hidro dan geoterma serta hidrogen.
Black & Veatch terlibat dalam membina kapasiti elektrolisis 245 MW, hampir dua kali ganda pengeluaran hidrogen hijau di seluruh dunia, termasuk sebagai penyedia perkhidmatan kejuruteraan, perolehan dan pembinaan (EPC) untuk kemudahan Penyimpanan Tenaga Bersih Termaju di Delta, Utah, Amerika Syarikat, yang akan menjadi antara kemudahan pengeluaran dan penyimpanan hidrogen hijau perindustrian terbesar di dunia.
Di Enlit Asia 2023, Chaudhary akan mencadangkan hala tuju untuk mencapai pelepasan sifar bersih dalam sistem tenaga masa depan Asia Tenggara.
Hubungi Black & Veatch untuk maklumat lanjut.
Nota Editor: Maklumat Tentang Black & Veatch
Black & Veatch ialah syarikat kejuruteraan, perolehan, perundingan dan pembinaan global 100 peratus milik pekerja dengan rekod prestasi lebih daripada 100 tahun dalam inovasi infrastruktur mampan. Sejak tahun 1915, kami telah membantu pelanggan kami meningkatkan kehidupan orang ramai di seluruh dunia dengan menangani kebingkasan dan keandalan aset infrastruktur kami yang paling penting. Ikuti kami di www.bv.com dan di media sosial.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Individu untuk Dihubungi
Media: EMILY CHIA | +65 6335 6623 P | +65 9875 8907 M | Chialp@bv.com E-MEL MEDIA 24 JAM | Media@bv.com
Sumber: Black & Veatch
--BERNAMA |
|
|
|
|
|