Disember 04, 2025 -Khamis

 
  AKAUNTAN BERTAULIAH AUSTRALIA DAN NEW ZEALAND (CA ANZ) MEMPERBAHARUI SEMULA PENGALAMAN AHLI DENGAN BOOMI

Thursday 16/11/2023



Table
Akauntan Bertauliah Australia dan New Zealand (CA ANZ) Memperbaharui Semula Pengalaman Ahli Dengan Boomi (Grafik: Business Wire) 
 
CA ANZ telah mewujudkan persekitaran API yang berlapis bagi mencipta laluan digital untuk mencapai penglibatan yang dipermudah dan tersuai dengan ahli.

SYDNEY, 16 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Boomi™, peneraju kesambungan pintar dan automasi, telah mengumumkan pada hari ini bahawa Akauntan Bertauliah Australia dan New Zealand (Chartered Accountants Australia and New Zealand, CA ANZ) sedang menggunakan Platform Boomi untuk menggiatkan semula pengalaman digital ahli, memperkemas penilaian kemahiran dan membina personalisasi pada portal ahli baharu.

CA ANZ telah beroperasi untuk mengekalkan piawaian etika yang tinggi dalam profesion perakaunan. Organisasi tersebut telah menawarkan laluan pendidikan yang ketat, pentauliahan dan pengalaman praktikal dengan bimbingan untuk lebih daripada 136,000 ahli profesional. Selepas menyedari hasrat ahlinya untuk menikmati pengalaman digital yang berkualiti, CA ANZ telah cuba mencipta persekitaran IT yang mampu menyokong peralihan organisasi kepada hab pengalaman ahli yang dipacu oleh data.

“Ahli ingin melihat nilai dan perkaitan daripada keahlian mereka. Hal ini bermakna bahawa perkhidmatan dan sokongan tersuai harus tersedia dengan sekadar beberapa klikan,” kata Kylie Fisher, CIO di CA ANZ. “Namun seni bina penyepaduan titik ke titik kami yang lepas telah gagal menyokong permintaan ahli tersebut. Boomi telah membenarkan kami untuk membina semula dan mewujudkan seni bina berlapis yang membolehkan penggunaan semula API bagi menyokong pembangunan yang lebih rancak dan penglibatan yang lebih diperibadikan."

Syarikat tersebut telah menggantikan penyepaduan titik ke titik dengan platform Boomi, yang juga merangkumi API Boomi dan keupayaan Pengurusan API. CA ANZ telah menghubungkan 15 CA ANZ 15 sistem penting perniagaan, seperti sistem pengurusan perhubungan pelanggan Salesforce (CRM), sistem pengurusan kandungan Sitecore (CMS), pengurusan kewangan NetSuite dan tasik data Snowflake, bersama sesetengah sistem acara dan pembelajaran yang lain. Kini, pasukan Fisher boleh melakukan penurunan dan pembaikan kod dengan lebih cepat dan pada kelajuan yang tidak dapat dicapai sebelum ini.

“Pengguna melayari laman web CA ANZ dengan tujuan masing-masing. Memenuhi keperluan dalam saluran yang betul dan waktu yang tepat adalah penting untuk menyampaikan pengalaman ahli yang dipertingkat. Pelajar tetap menjadi faktor tarikan yang besar, jadi kami mesti menarik perhatian mereka," tambah Fisher. “Trend makro tentang penurunan bilangan pelajar universiti yang sedang berlaku telah menjejaskan saluran perhubungan bakat perakaunan. Menambah baik pengalaman digital akan mempertingkatkan penglibatan pertama kami dan hal ini akan membina asas untuk membantu CA ANZ mengubah keadaan pasaran."

Menambah baik pengalaman ahli

Dengan persekitaran bersambung dan penggunaan Flow, penyelesaian automasi aliran kerja Boomi, CA ANZ telah memperbaharui semula portal ahlinya untuk mengoptimumkan laluan perkhidmatan. Portal baharu telah menambah baik proses pembaharuan keahlian, mempertingkatkan pengalaman carian, mengembangkan kawalan terhadap pusat keutamaan dan menyampaikan kandungan yang lebih tersuai.

“Portal ahli CA ANZ kini tersedia pada peranti mudah alih dan menjadikan ciri pembaharuan ‘di mana sahaja’ ini sebuah manfaat yang besar untuk ahli kami serta pasukan kami," kata Fisher. “Bulan Jun merupakan bulan paling sibuk untuk kami mengendalikan hal pembaharuan. Dengan adanya data ahli yang diisi secara tepat terlebih dahulu, jumlah panggilan sokongan yang diterima oleh kami telah menurun secara mendadak. Pada 30 Jun tahun ini, jumlah panggilan yang diterima telah menurun sebanyak separuh berbanding dengan jumlah panggilan pada hari yang sama ketika tahun 2022. Hal ini telah menunjukkan bahawa betapa mudahnya untuk ahli berinteraksi dengan kami sekarang."

Pemprosesan pantas

“Kami juga telah memudahkan penilaian kemahiran migrasi kami, dengan Boomi untuk membantu kami menukarkan proses tersebut kepada bentuk digital untuk menyokong pindaan peraturan migrasi di Australia. Setelah dilancarkan, terdapat peningkatan sebanyak 135 peratus untuk permohonan migrasi yang diterima, dan peningkatan sebanyak 93 peratus untuk permohonan yang diproses pada tahun kewangan lepas."

Akauntan yang ingin berhijrah ke Australia atau New Zealand wajib menjalani penilaian kemahiran yang ditawarkan melalui CA ANZ, serta memenuhi keperluan standard Jabatan Imigresen Persekutuan. Sebelum ini, proses permohonan amat menjemukan dan berdasarkan kertas yang memerlukan pemprosesan dalaman yang terperinci; peningkatan jumlah permohonan tidak dapat disokong tanpa penyelesaian pemprosesan digital yang dipertingkat.

Menurut Fisher, Syarikat Atturra, iaitu badan penasihat dan penyedia penyelesaian IT Australia telah menawarkan bantuan yang mantap dengan kemahiran Boomi selaku pakar dan kapasiti untuk menyampaikan penilaian migrasi kemahiran yang telah diubahsuai secara digital.

"Kami berasa bangga kerana dapat menggalakkan transformasi digital CA ANZ dan evolusi pengalaman ahli yang berterusan," kata Jason Frost, Pengurus Besar Eksekutif, Bahagian Data dan Penyepaduan Atturra. "Penilaian kemahiran digital syarikat dan portal ahli baru merupakan contoh utama yang menunjukkan cara automasi mengukuhkan dan mengoptimumkan pengalaman untuk hampir semua pemegang amanah." Malah kelajuannya untuk mencapai pasaran serta jumlah penggunaan semula API merupakan tanda jelas bahawa usaha CA ANZ untuk mendorong pengalaman pelanggan masih jauh daripada tamat."

Perkhidmatan yang lebih cemerlang, nilai yang lebih tinggi

Pada masa ini, CA ANZ sedang menambah baik asasnya untuk eKedai yang bakal beroperasi. Hab Data Induk, penyelesaian rekod penting Boomi akan membekalkan data pengurusan produk yang berkualiti, membentuk lapisan pengurusan produk yang kukuh. Hal ini akan membolehkan CA ANZ untuk menawarkan produk dan kandungan perkhidmatan yang diperibadikan.

Nathan Gower, Pengarah Boomi di Australia dan New Zealand telah menyatakan bahawa “menyampaikan perkhidmatan baharu ke pasaran dan membuka kunci aliran hasil akan berlaku dengan pantas sekiranya data telah dihantar ke tempat yang betul. Dengan menyatukan aset teknologinya dengan struktur dan keketatan, CA ANZ telah mencipta persekitaran yang telah bersedia dan sanggup menawarkan pengalaman tersuai kepada ahli digital. Mereka mahu CA ANZ untuk mengenali mereka dan pasukan IT sedang menambah baik data dan API untuk berbuat demikian."

Sumber Tambahan

·  Dapatkan maklum balas daripada pelanggan global kami
·  Semak lalu penyelesaian di Boomi Discover
·  Terokai  Komuniti Boomiverse
·  Ikuti Boomi di TwitterLinkedInFacebook dan YouTube

Perihal Boomi

Boomi berhasrat untuk menambah baik dunia ini dengan menghubungkan semua orang kepada segala-galanya, di mana-mana sahaja. Boomi yang merupakan perintis platform penyepaduan sebagai perkhidmatan (iPaaS) berasaskan awan dan kini sebuah syarikat perisian sebagai perkhidmatan (SaaS) global dan terkemuka dalam kategorinya, menyasarkan pangkalan pelanggan terbesar dalam kalangan vendor platform penyepaduan dan rangkaian di seluruh dunia yang merangkumi kira-kira 800 rakan kongsi  – termasuk Accenture, Capgemini, Deloitte, SAP dan Snowflake. Organisasi global beralih kepada platform Boomi yang memenangi anugerah untuk menemukan, mengurus dan mengatur data, sambil menghubungkan aplikasi, proses dan orang bagi mendapatkan hasil yang lebih baik dan lebih pantas. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari boomi.com.

© 2023 Boomi, LP. Boomi, logo ‘B’, Boomiverse dan AtomSphere ialah tanda dagangan Boomi, LP atau anak syarikat atau sekutunya. Hak cipta terpelihara. Nama atau tanda lain merupakan tanda dagangan pemilik masing-masing.
 
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53814850/en
 

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Maklumat Hubungan
Maklumat Hubungan Media:
Jasmine Ee
Ketua Perhubungan Media dan Penganalisis, APJ
jasmine.ee@boomi.com
 
Sumber: Boomi

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.