SHENZHEN, China, 16 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hytera Communications (SZSE: 002583), peneraju penyedia teknologi dan penyelesaian komunikasi profesional global, menyertai Ujian Palam MCX (MCX Plugtests) ke-8 anjuran ETSI di Universiti Malaga (UMA), Sepanyol dari 9 hingga 13 Oktober. Hytera membawa penyelesaian lengkap MCX AS (pelayan aplikasi), MCX Client dan 5G UE (kelengkapan pengguna) dan menyertai pengesahan saling kendali pelbagai pelaksanaan dalam senario berbeza berdasarkan Perkhidmatan Kritikal Misi 3GPP.
Mengikut garis panduan ETSI untuk saling kendali, Rancangan Ujian bagi Ujian Palam MCX (MCX Plugtests) telah dibangunkan bertujuan membantu pengendali dan pelanggan industri dalam menempatkan produk kritikal misi baharu dengan lebih cekap. Keupayaan Tekan untuk Cakap Kritikal Misi (Mission Critical Push to Talk - MCPTT), Data Kritikal Misi (Mission Critical Data - MCData) dan Video Kritikal Misi (Mission Critical Video - MCVideo) – secara kolektif dikenali sebagai perkhidmatan MCX atau MCS – diuji semasa Ujian Palam ini. Ujian Palam tahun ini diperluas untuk memasukkan pengujian MCS ke atas rangkaian 5G, di samping ujian sebelum ini ke atas rangkaian 4G.
Semasa Ujian Palam Malaga (Malaga Plugtests), Hytera mengesahkan saling kendali
penyelesaian MCS dengan 14 vendor lain. Dalam senario ujian rangkaian 5G, Hytera menyertai dengan
Peranti Tahan Lasak 5G PNC560 XSecure, menjadikan syarikat itu sebagai vendor tunggal yang membawa penyelesaian lengkap MCX AS, MCX Client dan 5G UE.
Ujian Palam tahun ini menyaksikan peningkatan ketara dalam bilangan vendor dan pemerhati. Acara selama seminggu itu berjaya menghimpunkan kira-kira 40 vendor dan hampir 200 peserta berdaftar, termasuk 20 wakil dari kerajaan Eropah dan Amerika, pengendali dan badan kecemasan. Sepanjang tempoh minggu itu, individu menilai lebih daripada 360 senario ujian MCX (Kritikal Misi) dan FRMCS (Sistem Komunikasi Mudah Alih Kereta Api Masa Depan) yang berbeza di kemudahan Universiti Malaga.
Sejak penyertaan syarikat dalam Ujian Palam MCX (MCX Plugtests) yang pertama pada tahun 2017, Hytera terus melabur dalam penyelesaian menyeluruh MCS dan menjadi satu daripada beberapa vendor yang menyediakan penyelesaian MCS holistik, termasuk infrastruktur LTE, sistem pengurusan rangkaian, sistem pengawalan divisualkan, MCS AS, MCS Client dan peranti MCS.
Maklumat Tentang Hytera
Hytera Communications Corporation Limited (SZSE: 002583) ialah peneraju penyedia teknologi dan penyelesaian komunikasi profesional global. Hytera menyediakan ketersambungan yang lebih pantas, selamat dan serba boleh untuk pengguna perniagaan dan misi kritikal dengan keupayaan suara, video dan data kami. Hytera membuatkan dunia menjadi lebih cekap dan selamat dengan membolehkan pelanggan syarikat tersebut mencapai lebih banyak dalam operasi harian dan respons kecemasan.
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: