Disember 04, 2025 -Khamis

 
  LTIMINDTREE MEMANFAATKAN INTEGRASI KOD RENDAH BOOMI UNTUK MEMPERKUKUH SENTRISITI PELANGGAN

Tuesday 21/11/2023



Table
LTIMindtree Memanfaatkan Integrasi Kod Rendah Boomi Untuk Memperkukuh Sentrisiti Pelanggan (Grafik: Business Wire)
 
Perundingan teknologi global memanfaatkan kefungsian seret dan lepas untuk menyatukan sistem dan mengubah data

MUMBAI, India & CHESTERBROOK, Pa., 21 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Boomi™, peneraju ketersambungan dan automasi pintar, pada hari ini mengumumkan bahawa LTIMindtree, syarikat perundingan teknologi dan penyelesaian digital global, telah memperkasa proses membuat keputusan yang dipacu data dengan menyambungkan pelbagai seni bina IT dalam masa nyata melalui platform integrasi peneraju kategori Boomi sebagai perkhidmatan (iPaaS).

LTIMindtree ialah rakan niaga transformasi digital global kepada lebih 700 perusahaan global merentasi pelbagai industri. Membantu membayangkan semula model perniagaan, mempercepat inovasi dan memaksimumkan pertumbuhan, LTIMindtree menyediakan kepakaran domain dan teknologi yang meluas kepada pelanggan yang beroperasi di lebih daripada 30 negara.

Bagi memastikan kakitangan syarikat boleh memberikan sokongan yang berimpak kepada pelanggan, LTIMindtree perlu menyambungkan pelbagai sistem dan menyokong pelbagai corak integrasi dalam masa nyata untuk menggunakan data sepenuhnya merentasi persekitaran awan dan di premis. Selepas penilaian menyeluruh terhadap pilihan syarikat, LTIMindtree memilih Boomi untuk mengintegrasikan seni bina digital, menghapuskan geseran dalam aliran data dan memastikan akses segera kepada maklumat.

“Melalui platform Boomi, kami telah menambah baik kualiti pertukaran data merentasi sistem — melengkapkan kami dengan cerapan yang boleh diambil tindakan dan tepat pada masanya. Selain itu, platform Boomi telah memudahkan automasi aliran kerja, yang berjaya menambah baik produktiviti pembangun. Kami berharap dapat mencapai pengurangan 60% dalam masa integrasi,” kata Rajesh Kumar R, Ketua Pegawai Maklumat (CIO) LTIMindtree.

Beliau menambah, "Selain itu, iPaaS Boomi telah membenarkan kami mempunyai paparan data kami yang lebih disatukan, membolehkan kami menjadi organisasi yang benar-benar dipacu data - menambah baik pelaporan data perniagaan dan proses membuat keputusan, sambil memperkasa pasukan kami untuk menyampaikan perkhidmatan yang menggembirakan pelanggan pada setiap titik sentuh."

"Ketangkasan perniagaan dan kecekapan operasi, disokong oleh kebolehcapaian kepada data yang tepat dan boleh dipercayai, adalah kritikal untuk organisasi seperti LTIMindtree," kata Thomas Lai, Naib Presiden dan Pengurus Besar Asia Pasifik dan Jepun di Boomi. "Dengan membolehkan pasukan profesional LTIMindtree untuk bekerjasama secara berkesan dan bertindak dengan yakin berdasarkan paparan maklumat pelanggan yang disatukan, Boomi telah membantu syarikat memperoleh akses kepada cerapan yang tepat, kaya dan boleh diambil tindakan, meletakkan syarikat untuk lebih memahami keperluan pelanggan dan menyampaikan penyelesaian yang melebihi jangkaan.”

Sumber Tambahan

·  Ketahui lebih lanjut tentang platform Boomi
·  Terokai Komuniti Boomiverse
·  Ikuti Boomi dalam Twitter, LinkedIn, Facebook dan YouTube

Maklumat Tentang Boomi

Boomi bertujuan menjadikan dunia tempat yang lebih baik dengan menyambungkan semua individu kepada segalanya, di mana-mana jua. Perintis platform integrasi sebagai perkhidmatan (iPaaS) berasaskan awan dan kini menjadi syarikat peneraju kategori, perisian global sebagai perkhidmatan (SaaS), Boomi dikatakan sebagai pangkalan pelanggan terbesar dalam kalangan vendor platform integrasi dan rangkaian di seluruh dunia dengan kira-kira 800 rakan niaga – termasuk Accenture, Capgemini, Deloitte, SAP dan Snowflake. Organisasi global beralih kepada platform pemenang anugerah Boomi bagi menemui, menguruskan dan mengatur data, sambil menyambungkan aplikasi, proses dan individu untuk hasil yang lebih baik dan lebih pantas. Untuk maklumat lanjut, kunjungi boomi.com.

© 2023 Boomi, LP. Boomi, logo ‘B’ dan Boomiverse ialah tanda dagangan Boomi, LP atau anak syarikat atau syarikat gabungan masing-masing. Hak cipta terpelihara. Nama atau tanda lain mungkin merupakan tanda dagangan pemilik masing-masing.
 
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53830636/en


Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi

Hubungan Media:
Jasmine Ee
Ketua Perhubungan Media dan Penganalisis, APJ
jasmine.ee@boomi.com
 
Sumber: Boomi

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.