ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Julai 27, 2024 -Sabtu

 
  MARY KAY INC. MENGUMUMKAN PERKONGSIAN DENGAN GLOBAL SHEA ALLIANCE BERTUJUAN MENGGALAKKAN KELESTARIAN DAN PEMERKASAAN WANITA

Wednesday 22/11/2023



Table
 
“Perkongsian ini menandakan langkah penting dalam perjalanan kami untuk menggalakkan amalan kecantikan mampan. Melalui kerjasama dengan GSA, kami menyasar untuk memanfaatkan lagi potensi transformatif kacang shea dalam penjagaan kulit dan kosmetik." kata Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Eksekutif di Mary Kay. (Penghargaan: Mary Kay Inc.).


DALLAS, 22 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc., jenama kecantikan dan penyokong global untuk pemerkasaan wanita, teruja untuk mengumumkan keahlian syarikat tersebut dalam Global Shea Alliance (GSA), persatuan industri bukan untung yang mereka bentuk, membangunkan dan menyampaikan strategi bertujuan memacu industri kacang shea yang berdaya saing dan mampan di seluruh dunia. Perkongsian baharu ini sejajar dengan komitmen Mary Kay terhadap kelestarian dan misi syarikat untuk memperkasa wanita di seluruh dunia.

Nilai teras GSA adalah berasaskan pada menggalakkan rantaian nilai terangkum, memupuk industri prapersaingan dan dipacu oleh perniagaan dengan memastikan kelestarian dan mengekalkan kerahsiaan dalam semua transaksi dengan pemegang kepentingan.

“Kami amat teruja untuk menyertai Global Shea Alliance,” kata Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Operasi di Mary Kay. “Perkongsian ini menandakan langkah penting dalam perjalanan kami untuk menggalakkan amalan kecantikan mampan. Melalui kerjasama dengan GSA, kami menyasar untuk memanfaatkan lagi potensi transformatif kacang shea dalam penjagaan kulit dan kosmetik.”

Mamatou Djaffo, Presiden Global Shea Alliance, menyatakan semangatnya mengenai perkongsian baharu itu. “Kami mengucapkan selamat datang yang tulus ikhlas kepada Mary Kay Inc,” kata Mamatou Djaffo. “Reputasi luar biasa Mary Kay Inc. sebagai juara tanggungjawab sosial korporat dan kelestarian adalah sejajar dengan misi kami. Kami amat teruja dengan prospek untuk bekerjasama dengan Mary Kay bagi memacu perubahan positif yang besar dalam industri kosmetik. Bersama-sama, kami menyasar untuk mewujudkan standard industri baharu bagi tanggungjawab sosial dan alam sekitar, menjangkaui kecantikan untuk memperkasa individu, menggalakkan kelestarian dan memupuk masa depan yang lebih berdaya tahan untuk jutaan wanita yang bergantung pada kacang shea.”

Perkongsian menarik antara Mary Kay Inc. dan Global Shea Alliance pada masa akan datang mampu menerajui inisiatif yang bertujuan meningkatkan kesejahteraan ekonomi pemungut dan pemproses kacang shea, serta menjalankan usaha penting bagi memulihkan kawasan taman yang rosak di Afrika Barat.

Pada awal bulan ini, Mary Kay menyambut kedatangan Aaron Adu, Pengarah Urusan GSA dan Olawunmi Osholake, Timbalan Pengarah Urusan GSA, di kemudahan pembuatan syarikat, Pusat Pembuatan / R&D (R3) Richard R. Rogers di Lewisville, Texas, Amerika Syarikat untuk lawatan tapak diikuti dengan mesyuarat yang bertujuan meneroka sinergi dan peluang keterlibatan.

Maklumat Tentang Mary Kay

Dahulu. Kini. Selamanya Seorang pengasas asal yang berjaya mengatasi penghalang kemajuan profesion, Mary Kay Ash mengasaskan jenama kecantikan impiannya di Texas pada tahun 1963 dengan satu matlamat: memperkaya kehidupan wanita. Impian tersebut telah berkembang menjadi syarikat dengan jutaan ahli tenaga jualan bebas di lebih daripada 35 negara. Selama 60 tahun, peluang Mary Kay telah memperkasa wanita untuk menentukan masa depan mereka sendiri melalui pendidikan, pementoran, sokongan dan inovasi. Mary Kay berdedikasi untuk melabur dalam sains di sebalik kecantikan dan pembuatan penjagaan kulit termaju, kosmetik warna, suplemen pemakanan dan wangian. Mary Kay percaya dalam memelihara planet kita untuk generasi akan datang melindungi wanita yang terjejas akibat kanser dan penderaan rumah tangga dan menggalakkan belia untuk mengikuti impian mereka. Ketahui lebih lanjut di marykayglobal.com, temui Mary Kay dalam FacebookInstagram dan LinkedIn, atau ikuti kami dalam X (sebelum ini dikenali sebagai Twitter).

Maklumat Tentang Global Shea Alliance

GSA ialah persatuan industri bukan untung dengan 919 ahli dari 39 negara termasuk pemungut dan pemproses wanita, jenama dan peruncit, pembekal bahan, masyarakat sivil, institusi penyelidikan dan penggubal dasar. Melalui perkongsian awam-swasta, GSA menggalakkan kelestarian industri, amalan dan standard berkualiti industri, serta permintaan untuk kacang shea dalam makanan dan kosmetik. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://globalshea.com.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53861266/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Bahagian untuk Dihubungi
Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
972.687.5332 atau media@mkcorp.com

Sumber: Mary Kay Inc.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.