ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Februari 25, 2024 -Ahad

 
  KAUNTER PERKHIDMATAN HASIL LOKALITI KLANG AKAN BEROPERASI DI LOKASI BAHARU MULAI 4 DISEMBER 2023

Friday 24/11/2023



KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) ingin memaklumkan bahawa kaunter perkhidmatan HASiL meliputi Kaunter Setempat, Kaunter Duti Setem dan Kaunter Sumbangan Tunai Rahmah (STR) lokaliti Klang yang kini beroperasi di Tingkat 1, First Tower, Jalan Meru, 41050 Klang, Selangor akan beroperasi di lokasi baharu yang dikenali sebagai Pejabat Satelit Klang mulai 4 Disember 2023 (Isnin).
 
Pemindahan ini turut melibatkan pejabat Seksyen Pungutan lokaliti Klang dan pejabat Cawangan Guaman Lembah Klang bagi Subseksyen Undang-Undang (Klang). 

Maklumat berkaitan Pejabat Satelit Klang adalah seperti berikut:

ALAMAT PEJABAT SATELIT KLANG
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Pejabat Satelit Klang
Prima Klang Avenue (Blok A)
Jalan Kota / KS 1
41000 Klang
Selangor.
No. Telefon: 03-3361 4633 

Waktu operasi kaunter-kaunter perkhidmatan HASiL tersebut adalah seperti berikut:
 
(a) Kaunter Setempat : 8.00 pagi – 5.00 petang
 
(b) Kaunter Duti Setem :  8.00 pagi – 5.00 petang
*Penerimaan bayaran duti sehingga jam 12.00 tengah hari sahaja
 
(c) Kaunter STR : 8.00 pagi – 5.00 petang  
 
Para pelanggan digalakkan untuk membuat e-janji temu menerusi pautan pantas https://ejanjitemu.hasil.gov.my/appointment/index bagi urusan percukaian, Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) dan Duti Setem.
 
Para pelanggan turut disarankan untuk menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan yang telah disediakan secara dalam talian melalui gerbang perkhidmatan Portal MyTax (https://mytax.hasil.gov.my) sebagai alternatif bagi sebarang urusan percukaian HASiL.
 
Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami melalui:

a)  Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b)  HASiL Live Chat; dan
c)  Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/  

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Tarikh:  24
 November 2023

SUMBER: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
Hasil Recovery Call Centre: 03-8751 1000  
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.