ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Julai 27, 2024 -Sabtu

 
  SEDA MALAYSIA MENJANA PEMBANGUNAN BERSAMA INDUSTRI TENAGA LESTARI NEGARA

Tuesday 28/11/2023



Table

Tuan Zairin Ismail Pengerusi SEDA Malaysia di rancangan Selamat Pagi Malaysia


PUTRAJAYA, 28 Nov (Bernama) -- Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia komited dalam usaha membangunkan industri tenaga lestari (TL) negara, sejajar dengan peranan dan mandat yang diberikan oleh Kerajaan sejak penubuhannya pada tahun 2011.
 
Dalam temu bual bersama Selamat Pagi Malaysia pada 27 November 2023, Pengerusi SEDA Malaysia YBrs. Tuan Ahmad Zairin Ismail menyatakan bahawa sejak 12 tahun yang lalu, Pihak Berkuasa telah dan akan terus melaksanakan pelbagai programprogram TL yang diperkenalkan oleh Kerajaan. Program ini merangkumi aspek penjanaan tenaga daripada sumber tenaga boleh baharu (TBB) serta aspek kepenggunaan tenaga seperti kecekapan tenaga bagi bangunan dalam sektor industri dan komersial. Langkah ini diambil untuk memastikan industri TL terus berkembang pesat dan dapat mencapai sasaran negara untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang tahun 2050.
 
“Impak bagi program-program yang dijalankan oleh SEDA Malaysia seperti mekanisme Tarif Galakan (FiT) dan Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) dapat dilihat bukan sahaja dari segi pengurangan pelepasan karbon, tapi program-program ini turut membawa pelaburan kepada negara. Sebagai contoh, pada tahun 2023 sahaja, program NEM telah berjaya menarik pelaburan tempatan dalam projek TBB sekitar RM3 bilion.”
 
Sebagai Pengerusi yang baharu dilantik pada Mei lalu, Tuan Zairin bertekad untuk terus memperkukuh peranan Pihak Berkuasa sebagai ‘think-tank’ dalam menasihati pihak Kerajaan berkaitan pembangunan TL dan hubung kait TL dengan komponen mitigasi perubahan iklim, selari dengan Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2011 (Akta 726). Ini kerana perlaksanaan ‘Peralihan Tenaga ’ dipacu TBB berkait rapat dengan pengurangan ketara pelepasan karbon di peringkat global. 
 
Beliau juga turut menekankan pentingnya kerjasama daripada pelbagai pemegang taruh, pemain industri dan orang awam bagi menjayakan sasaran pelepasan karbon sifar bersih ‘Net-Zero’  dan 70 peratus kapasiti terpasang penjanaan tenaga dari sumber TBB menjelang 2050. Ini akan mewujudkan situasi ‘decoupling’ antara perkembangan ekonomi dan permintaan tenaga tidak lagi terbeban dengan pelepasan karbon yang tinggi.   
 
“Isu perubahan iklim ini bukan sahaja melibatkan sektor tenaga, tetapi sektor-sektor lain seperti biodiversiti dan perhutanan juga turut memainkan peranan penting. Sebagai agensi di bawah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), SEDA Malaysia bersama-sama pihak Kementerian dan agensi-agensi lain mempunyai tanggungjawab yang besar dalam menerajui agenda peralihan tenaga sekali gus mengurangkan pelepasan karbon ke udara.” 
 
"Saya yakin, dengan kerjasama yang kukuh antara semua pihak, Malaysia mampu mencapai matlamat pelepasan karbon sifar menjelang tahun 2050 dan seterusnya meningkatkan status negara sebagai negara maju," tambah Tuan Zairin. 

TENTANG SEDA MALAYSIA
Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia merupakan badan berkanun di bawah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC). SEDA Malaysia ditubuhkan pada September 2011 di bawah Akta SEDA 2011 [Akta 726] dengan tujuan utama bagi memacu agenda tenaga boleh baharu dan kecekapan tenaga di negara ini. 
 
 
SUMBER : Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia 


UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : En. Roslan Ali@Hassan
Pengarah Kanan, Komunikasi Strategik
Tel : 012-377 6983
E-mel : SC@seda.gov.my / roslan@seda.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.