ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Oktober 30, 2024 -Rabu

 
  HASIL PAHANG SANTUNI 60 ORANG PELATIH PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PPDK) KUANTAN

Wednesday 29/11/2023



KUANTAN, 29 Nov (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) melalui Pejabat Pengarah Negeri HASiL Pahang terus menzahirkan keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan dengan menyantuni seramai 60 orang pelatih pusat pemulihan dalam komuniti (PPDK) dan golongan orang kurang upaya (OKU) di sekitar Kuantan, Pahang dengan bertemakan Team HASiL Pahang Prihatin – OKU Sejahtera.
 
Melalui Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ini, Team HASiL Pahang telah berjaya mengumpulkan sejumlah RM 24,600. Penyampaian amaun sumbangan ini berserta kelengkapan dan perkakas elektrik telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Suhaili bin Sudin, Pengarah Negeri HASiL Pahang kepada tiga buah institusi seperti yang berikut:

1. Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Seri Teruntum;
2. National Autism Society Malaysia (NASOM), Kuantan; dan,
3. Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Sri Nilam Cahaya Balok.

Pada masa yang sama Team HASiL Pahang turut membaik pulih bilik pemprosesan dan penyimpanan sejuk beku yang akan digunakan oleh pelatih-pelatih PPDK ini bagi menambah nilai kepakaran dan seterusnya membantu bagi menjana pendapatan mereka.
 
YBhg. Datuk Suhaili bin Sudin dalam ucapannya turut berkata, program ini adalah merupakan salah satu daripada inisiatif HASiL yang sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri serta cakna dengan kebajikan dan kesejahteraan masyarakat setempat. Mewakili HASiL, beliau turut berharap agar sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak dapat membantu golongan kurang bernasib baik di samping menerapkan nilai kasih sayang dan kemanusiaan yang tinggi dalam kalangan Team HASiL dengan komuniti setempat.
 
Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami melalui:
a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/
 
Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia


Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
Hasil Recovery Call Centre: 03-8751 1000  
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my  

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.