ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Julai 27, 2024 -Sabtu

 
  MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN MEREKA CIPTA VIDEO PENDEK KEFAHAMAN ISLAM (VIPKI) UNTUK PENUNTUT INSTITUT PENGAJIAN TINGGI (IPT) 2023

Wednesday 29/11/2023



Table

Johan : Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) - Nur Faisal Nordin, Joekryno Anak Joni, Nur Rahmatina Abd. Rahman Dan Muhammad Ariff Muhammad Khalidi


KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) --  Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menganjurkan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mereka Cipta Video Pendek Kefahaman Islam (VIPKI) untuk Penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) 2023 telah diadakan di Ballroom, Hotel Premiera Kuala Lumpur. Majlis dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty, Pengerusi IKIM dan ucapan aluan disempurnakan oleh YBrs. Dr. Mohd Zaidi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah IKIM.

Johan pertandingan telah dirangku oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) iaitu Nur Faisal Nordin, Joekryno Anak Joni, Nur Rahmatina Abd. Rahman dan Muhammad Ariff Muhammad Khalidi yang membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 15,000.00, trofi dan sijil penyertaan, manakala Naib Johan adalah dari Multimedia Universiti, iaitu Syukri Azri dan Syukri Zaki yang membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 10,000.00, trofi dan sijil penyertaan dan tempat ketiga jatuh pada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) iaitu Muhammad Syakir Ahmad Sazali, Muhammad Yusry Haigal Yusof, Muhammad Haziq Agmar Amril Nurman dan Faiz Danial Faizan yang membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 5,000.00, trofi dan sijil penyertaan. Manakala bagi saguhati turut membawa pulang wang tunai sebanyak RM 1,000.00.

Pertandingan Mereka Cipta Video Pendek Kefahaman Islam (VIPKI) untuk Penuntut IPT 2023, ini telah dilancarkan pada 10 Februari 2023.  Tempoh pertandingan adalah selama lebih kurang enam bulan dan tarikh akhir untuk menghantar penyertaan adalah pada 31 Julai 2023.

IKIM menganjurkan pertandingan ini bertujuan untuk menggalakkan penghasilan video pendek kefahaman Islam bagi membina minda Islami dan menanamkan nilai-nilai murni sejagat dalam kalangan masyarakat. Pertandingan ini juga turut mendapat penajaan daripada Permodalan Nasional Berhad, Pusat Pungutan Zakat (PPZ) dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).
 
29 November 2023
UNIT PERHUBUNGAN KORPORAT

SUMBER: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Nama: Pn. Hajah Nik Hasnah binti Ismail 
Tel:016-2195345
E-mel: nikhasnah@ikim.gov.my

Nama: Cik Nor Zuliana binti Mohd Zaman
Tel: 019-5622221
E-mel: zuliana@ikim.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.