●
Jualan Akhir Tahun Traveloka menawarkan harga yang menarik, idea bernas serta destinasi menarik tempatan dan antarabangsa kepada rakyat Malaysia yang ingin melancong semasa musim perayaan atau bagi sambutan Tahun Baru dan selanjutnya.●
Lihat dan pilih pelbagai tawaran hebat dalam dan luar talian bagi penerbangan, penginapan hotel dan pelbagai aktiviti percutian.KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Rakyat Malaysia gemar jualan dan peluang melancong, dan Jualan Akhir Tahun Traveloka menawarkan peluang keemasan untuk mereka menikmati kedua-duanya.
Traveloka Malaysia menutup tirai tahun 2023 dan menyambut kedatangan Tahun Baru dengan kempen Jualan Akhir Tahun yang menjanjikan diskaun perjalanan dalam dan luar talian luar biasa melebihi RM1,800. Terdapat juga hadiah percuma percutian dalam bentuk tiket penerbangan ke Taipei, Boracay dan Pulau Pinang serta penginapan di hotel terkemuka seperti The George di George Town, Pulau Pinang, dan promosi dari jenama terkenal dunia seperti muzium lilin Madame Tussauds. Kempen ini bermula pada 29 November 2023 dan berakhir pada 3 Januari 2024.
“Percutian menyatukan keluarga, dan Traveloka mahu mengeratkan hubungan kekeluargaan dengan membolehkan mereka merancang dan melancong ke destinasi tempatan dan antarabangsa dengan mudah,” kata
Iko Putera, Ketua Pegawai Eksekutif Pengangkutan, Traveloka. “Diskaun dan ganjaran Jualan Akhir Tahun adalah peluang terbaik untuk mereka berbuat demikian, dan kami tidak sabar untuk menghantar mereka ke percutian dengan senyuman yang lebar.”
“Kami mengetengahkan Jualan Akhir Tahun untuk bukan sahaja mempromosikan pelancongan sebagai cara menarik untuk mengingati dan melihat tempat baharu, bertemu kenalan baharu dan mencungkil pengalaman baharu, tetapi sebagai salah satu cara untuk menzahirkan penghargaan kami kepada pelanggan atas sokongan mereka selama ini,” tambah beliau.
Selain promosi dalam talian, Traveloka turut menjawab kepada permintaan tinggi pelanggan dengan membuka satu tapak reruai di Pusat Beli-belah 1 Utama dari 29 November hingga 3 Disember 2023.Traveloka akan berada di tapak untuk membantu pelanggan merealisasikan aspirasi percutian mereka dan memeriahkan acara tersebut dengan menawarkan kupon eksklusif dan peluang untuk memenangi hadiah percutian percuma kepada pelanggan dalam bentuk tiket penerbangan dan penginapan hotel. Pelanggan bakal berpeluang untuk terbang dengan tiket penerbangan pergi balik ke Taipei bersama Batik Air dan STARLUX Airlines, ke Pulau Pinang bersama Batik Air, dan ke Boracay bersama Philippine Airlines. Penginapan hotel yang bakal diberikan termasuk 3H2M di Lexis Hibiscus Port Dickson atau Wings oleh Croske Resort Langkawi, dan 2H1M di The George Penang oleh The Crest Collection.
Catherine Teoh, Pengarah Urusan The George Penang oleh The Crest Collection (Ascott) berkata: “The George Penang sangat teruja untuk mengalu-alukan tetamu di hotel butik mewah 5 bintang kontemporari kami. Kami pasti tetamu akan mendapati perkhidmatan, penginapan dan persembahan yang tiada tandingannya yang menepati citarasa mereka apabila menerokai warisan kaya tak lapuk zaman, budaya dan masakan yang terkenal di George Town.”
Traveloka sentiasa komited untuk menyediakan pelanggan pengalaman perjalanan bertaraf dunia melalui rangkaian produk dan perkhidmatan yang luas. Jualan Akhir Tahun disertakan dengan tambahan diskaun dan tawaran murah, menjadikannya acara yang hebat yang tidak patut dilepaskan oleh rakyat dan penduduk Malaysia.
Jualan Akhir Tahun Traveloka disokong oleh Batik Air, Lexis Hibiscus Port Dickson, Philippine Airlines, STARLUX Airlines, The George Penang oleh the Crest Collection (Ascott), dan Wings oleh Croske Resort Langkawi.
Mengenai TravelokaTraveloka merupakan sebuah platform pelancongan terkemuka di Asia Tenggara yang menyediakan akses kepada pengguna untuk mencari dan membeli pelbagai produk pelancongan, perkhidmatan tempatan dan perkhidmatan kewangan. Portfolio produk menyeluruh Traveloka termasuk perkhidmatan tempahan pengangkutan seperti tiket penerbangan, bas, kereta api, kereta sewa, pengantara lapangan terbang. Ia juga turut menawarkan akses kepada inventori penginapan terbesar di Asia Tenggara, termasuk hotel, pangsapuri, rumah tamu, homestay, resort dan vila.
Traveloka juga merupakan pemain utama dalam kategori perkhidmatan tempatan (pada masa ini khusus untuk pasaran tertentu), menawarkan tempahan untuk pelbagai tarikan tempatan, aktiviti, klinik kesihatan dan kecantikan. Bukan itu sahaja, Traveloka juga menawarkan produk pembiayaan, pembayaran dan insurans untuk membantu pengguna Asia Tenggara memenuhi aspirasi mereka. Traveloka menyediakan perkhidmatan pelanggan 24/7 dalam bahasa tempatan serta lebih daripada 30 kaedah pembayaran tempatan yang berbeza. Aplikasi Traveloka telah dimuat turun lebih daripada 127 juta kali, menjadikannya platform pelancongan paling popular di Asia Tenggara.
Untuk maklumat lanjut, sila layari:
https://www.traveloka.com/en-my/ Sumber: Traveloka
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Traveloka Communications
E-mel: pr@traveloka.com
--BERNAMA