Disember 04, 2025 -Khamis

 
  FROST & SULLIVAN MENJALINKAN PERKONGSIAN STRATEGIK DENGAN FUSIONEX UNTUK MEMACU INOVASI DAN KECEMERLANGAN PERNIAGAAN

Monday 04/12/2023



KUALA LUMPUR, Malaysia, 4 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Frost & Sullivan mengumumkan pakatan kerjasama dengan peneraju pasaran teknologi data terkemuka, Fusionex. Kejayaan ini dicapai dengan menandatangani MoU secara rasmi yang mengesahkan komitmen kedua-dua syarikat untuk menggabungkan kekuatan dan sumber masing-masing bagi melaksanakan penyelesaian menyeluruh.

Kerjasama bersinergi ini berpunca daripada visi bersama untuk memacu perubahan masyarakat dan industri yang mendalam pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Perjalanan ke arah perkongsian penting ini telah dipermudah oleh sejarah usaha niaga yang berjaya antara Frost & Sullivan dan Fusionex. Kejayaan bersama ini telah meletakkan kedua-dua pihak secara strategik untuk memanfaatkan peluang baharu muncul, memacu inovasi dan melaksanakan penyelesaian transformatif bersama-sama.

Bersama pengalaman yang lebih enam dekad menganalisis transformasi industri dan mengenal pasti peluang pertumbuhan berinovatif, Frost & Sullivan menyediakan cerapan yang boleh diambil tindakan kepada syarikat, kerajaan dan pelabur, membolehkan ketiga-tiga entiti memaksimumkan potensi ekonomi masing-masing, menavigasi trend dan membentuk masa depan berdasarkan pertumbuhan mampan. “Kami teruja untuk bekerjasama dengan Fusionex memandangkan strategi perniagaan gabungan dan keupayaan pelaksanaan teknologi syarikat itu yang kukuh, sekali gus kerjasama ini akan menyediakan transformasi digital yang diterajui pertumbuhan kepada pelanggan kami di Malaysia,” kata Ketua Negara Frost & Sullivan Malaysia, Hazmi Yusof.

Intipati kepada perkongsian ini ialah visi untuk menyediakan penyelesaian menyeluruh yang melebihi jangkaan pelanggan. Pendekatan menyeluruh ini meluaskan keseluruhan rantaian nilai, dengan kedua-dua pihak bersama-sama memajukan sempadan kepimpinan berwibawa ke hadapan, menumpukan kepada inovasi teknologi dan strategi perniagaan.

Fusionex memainkan peranan penting dalam menerajui inovasi teknologi dan pelaksanaan yang lancar melalui penggunaan teknologi moden seperti AI, pembelajaran mesin dan blok rantai dengan berkesan. Pada masa yang sama, penekanan Frost & Sullivan terhadap pertumbuhan membolehkan syarikat itu merangka strategi perniagaan yang berkesan dan menetapkan penanda aras antarabangsa. Perkongsian ini memperkasa pelanggan dengan kelebihan tersendiri untuk mengakses rangkaian perkhidmatan menyeluruh, menjajarkan peluang perniagaan kepada kemajuan teknologi dan menerima sokongan khusus sepanjang perjalanan kedua-dua syarikat.

Tambahan pula, perkongsian ini menekankan komitmen bersama kepada AI, teknologi generasi akan datang dan amalan perniagaan mampan. Bidang ini mencerminkan sifat yang berpandangan jauh Frost & Sullivan dan Fusionex, mengetengahkan dedikasi kedua-dua syarikat dalam membantu perniagaan memanfaatkan kuasa transformatif AI, melengkapkan pelanggan untuk masa depan digital dan menerajui amalan perniagaan mampan.

“Perkongsian dengan Frost & Sullivan ini ialah bukti kepada komitmen bersama kami untuk menganjak sempadan teknologi dan inovasi serta memacu inisiatif ESG kami ke hadapan. Kami berdedikasi untuk membuka potensi pelanggan kami sepenuhnya melalui penggunaan teknologi canggih yang berkesan, memangkinkan perubahan positif dalam industri—dan dengan berbuat demikian, menetapkan standard baharu untuk peringkat global,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Fusionex Group, Dato' Seri Ivan Teh.

Maklumat Tentang Frost & Sullivan

Selama lebih enam dekad, Frost & Sullivan telah menyediakan cerapan yang boleh diambil tindakan kepada syarikat, kerajaan dan pelabur, menghasilkan aliran peluang pertumbuhan berinovatif yang membolehkan ketiga-tiga entiti memaksimumkan potensi ekonomi masing-masing, menavigasi Trend Mega yang baharu muncul dan membentuk masa depan berdasarkan pertumbuhan mampan. Hubungi kami: Mulakan perbincangan

Maklumat Tentang Fusionex

Fusionex ialah peneraju teknologi data yang sudah bertapak dan memenangi pelbagai anugerah dengan kepakaran dalam bidang Analisis, Pengurusan Data Raya, IR 4.0, Internet Benda, Pembelajaran Mesin dan Kecerdasan Buatan. Tawaran canggih syarikat tersebut tertumpu kepada membantu pelanggan membuka nilai dan memperoleh cerapan daripada data.

Dipaparkan dalam Forbes, Bloomberg, Gartner, Frost & Sullivan, IDC, Forrester, Edison dan Huffington Post, Fusionex ialah satu daripada syarikat Analisis Data Raya terbesar dan peneraju pasaran di ASEAN, membawakan teknologi canggih, berinovatif dan platform dipacu data rintisan kepada pelanggan syarikat yang stabil (termasuk Fortune 500, syarikat FTSE, konglomerat besar, serta rangkaian luas perusahaan kecil dan sederhana [PKS]) yang merentasi Amerika Syarikat, Eropah dan Asia Pasifik . Fusionex juga merupakan syarikat Pecutan Rangkaian Inovasi Global (GAIN) MDEC.

Laporan Gartner mengenai Analisis dan Risikan Perniagaan Moden (Modern Analytics and Business Intelligence) menyenarai pendek dan memuji platform teknologi data Fusionex. Di samping itu, Fusionex telah dikenal pasti sebagai Pemain Utama dalam Laporan MarketScape IDC untuk Data Raya & Analisis. Fusionex ialah satu-satunya syarikat berpangkalan di ASEAN yang dipaparkan dalam kedua-dua laporan, mengukuhkan kelayakan syarikat tersebut dalam pasaran teknologi data untuk rantau ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Fusionex, kunjungi www.fusionexgroup.com atau hubungi kami di my.info@fusionexgroup.com.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi

Hubungan Media:
Angie Lim
angie@fusionexgroup.com
 
Sumber: Fusionex

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.