Disember 04, 2025 -Khamis

 
  HASIL PULAU PINANG AKAN BEROPERASI DI PREMIS BAHARU MULAI 18 DISEMBER 2023

Monday 11/12/2023



KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) ingin memaklumkan bahawa HASiL Pulau Pinang yang kini beroperasi di Bangunan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Wisma MTT dan Bangunan MARA akan ditutup pada 15 Disember 2023 (Jumaat) dan akan berpindah serta beroperasi di premis baharu mulai 18 Disember 2023 (Isnin).
 
Maklumat berkaitan premis baharu HASiL Pulau Pinang adalah seperti berikut: 

ALAMAT PREMIS BAHARU 

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Pulau Pinang
No. 2, Lebuh Sungai Pinang,
Seksyen 8,
11600 Bandar Jelutong,
DTL, Pulau Pinang. 

Para pelanggan adalah digalakkan untuk membuat e-janji temu menerusi pautan pantas https://ejanjitemu.hasil.gov.my/appointment/index bagi urusan percukaian, Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) dan Duti Setem.
 
Para pelanggan turut disarankan untuk menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan yang telah disediakan secara dalam talian melalui gerbang perkhidmatan Portal MyTax (https://mytax.hasil.gov.my) sebagai alternatif bagi sebarang urusan percukaian HASiL.
 
Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami melalui:

a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/
 

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia


Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
Hasil Recovery Call Centre: 03-8751 1000  
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.