SHAH ALAM, 14 Dis (Bernama) -- Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dengan sukacitanya hari ini berkenan untuk menjadi Penaung Diraja pertama bagi Invest Selangor Berhad (ISB).
Pelantikan ini seiring dengan hasrat Invest Selangor bagi meningkatkan lagi profil Negeri Selangor di peringkat antarabangsa.
YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor menyatakan, “Dengan perkenan DYTM Raja Muda Selangor untuk menjadi Penaung Diraja Invest Selangor, ini merupakan pengiktirafan agung dan dorongan tertinggi kepada Invest Selangor untuk melipatgandakan usaha bagi menarik lebih banyak pelaburan tempatan dan antarabangsa berkualiti tinggi untuk bertapak di Negeri Selangor Darul Ehsan supaya dapat menawarkan peluang pekerjaan bergaji tinggi kepada warga Selangor.
Keterlibatan DYTM Raja Muda Selangor dalam usaha promosi pelaburan ini sejajar dengan visi untuk meningkatkan ekonomi Selangor secara berkekalan dari segi sumber dan pembangunan sosial.
Ketua Pegawai Eksekutif, Invest Selangor, YBhg. Dato’ Hasan Azhari Hj. Idris, menyatakan, “Dengan Invest Selangor dinaungi oleh DYTM Raja Muda Selangor, kami yakin akan merancakkan dan mengukuhkan langkah-langkah jangka panjang serta aspirasi kami untuk mempromosikan Selangor sebagai destinasi pelaburan terbaik di Asia Tenggara.”
YBhg. Dato’ Hasan Azhari turut menambah, "Kami merasa berbangga dengan perkenan DYTM Raja Muda Selangor menerima pelantikan ini. Ini adalah tanda pengiktirafan yang tinggi terhadap usaha kami untuk terus berinovasi dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi Selangor.
Selangor menerapkan pendekatan baru dalam usaha untuk mengekalkan kedudukannya sebagai destinasi pelaburan terkemuka di rantau ini. Dengan mengambil langkah-langkah proaktif seperti strategi pelaburan yang berdaya saing, peningkatan infrastruktur, pembangunan modal insan, dan promosi pelaburan, Selangor berhasrat memastikan kelangsungan usaha dalam menarik pelabur dan mengekalkan daya saingnya di peringkat serantau. Sokongan penuh dari pelbagai pihak, terutamanya pemegang taruh, merupakan elemen penting dalam menjamin kejayaan Selangor di tengah-tengah pesaingan dengan negeri-negeri lain yang turut berkembang di Malaysia.
Mengenai Invest Selangor Invest Selangor Berhad adalah agensi kerajaan negeri yang utama, menyediakan perkhidmatan maklumat dan khidmat nasihat kepada pelabur yang berpotensi dan sedia ada, serta bantuan dalam menubuhkan operasi di Selangor,
The Golden State of Malaysia dan gerbang yang paling kompetitif ke rantau ASEAN. Sejak penubuhannya, Invest Selangor Berhad telah menarik lebih daripada 6,496 projek pembuatan di Selangor dan secara tidak langsung mewujudkan 476,886 pekerjaan dan lebih daripada RM218.3.6 bilion pelaburan pembuatan.
SUMBER: Invest Selangor
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Nur Azyyana Abu Bakar
Tel: +6012 257 4075
Emel: azyyana@investselangor.my
Nama: Maryani Binti Mat Saad
Tel: +6016 699 7901
Emel: maryani@investselangor.my
--BERNAMA