|
|
|
|
Disember 04, 2025 -Khamis |
|
|
|
 |
|
|
|
|
PENCAPAIAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN DAN PERUNDANGAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG KESIHATAN AWAM BAGI BULAN NOVEMBER 2023
Friday 15/12/2023
KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan untuk kesejahteraan penduduk Malaysia, dan ini termasuklah mengambil tindakan penguatkuasaan undang-undang kesihatan demi kepentingan kesihatan awam.
Bagi bulan November 2023, berikut dimaklumkan hasil dan tindakan penguatkuasaan Undang-Undang Kesihatan Awam:
1. Melalui tindakan penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 bagi tujuan pencegahan dan kawalan penyakit Demam Denggi, sejumlah 3,685 tawaran kompaun bernilai RM1,842,500 telah dikeluarkan dengan purata RM500.00 setiap kompaun. Sejumlah 282 kes telah didaftar untuk tindakan mahkamah dan dalam masa yang sama sebanyak 75 kes telah disabitkan kesalahan di mahkamah dengan jumlah denda RM96,850.
2. Melalui penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004, daripada 20,976 premis yang dilawati, sejumlah 7,772 notis kesalahan dikeluarkan. Sebanyak 5,041 kompaun telah ditawarkan dengan nilai tawaran berjumlah RM1,247,850.
3. Melalui tindakan penguatkuasaan Akta Makanan 1983, sebanyak 4,751 premis makanan telah diperiksa. Jumlah premis makanan yang diberi perintah penutupan sementara di bawah Sek. 11, Akta Makanan 1983 adalah 154 premis iaitu 3.24% daripada keseluruhan premis makanan yang diperiksa. Tindakan penutupan sementara premis makanan yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalah sebagai suatu langkah menjamin kebersihan premis serta makanan yang dihidangkan.
Adalah dimaklumkan, tindakan penguatkuasaan merupakan pilihan terakhir yang diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Orang ramai serta semua pihak adalah diminta untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing agar keberkesanan pelaksanaan aktiviti kesihatan mencapai tahap optimum.
DATUK DR. MUHAMMAD RADZI BIN ABU HASSAN KETUA PENGARAH KESIHATAN 15 DISEMBER 2023
SUMBER : Kementerian Kesihatan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: Nama: Farahdila Wati binti Mohd Khamde Khuzaini Pegawai Perhubungan Awam Unit Komunikasi Korporat Kementerian Kesihatan Malaysia Tel : +603-8883 3470 Faks : +603-8888 6187
--BERNAMA
|
|
|
|
|
|