Disember 04, 2025 -Khamis

 
  PEWUJUDAN HASIL CONTACT CENTRE (HCC) MULAI 01 JANUARI 2024

Friday 22/12/2023



KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) ingin memaklumkan bahawa pusat panggilan HASiL akan beroperasi sebagai HASiL Contact Centre (HCC) bagi menggantikan HASiL Care Line (HCL) dan HASiL Recovery Call Centre (HRCC) mulai 01 Januari 2024.
 
Waktu operasi perkhidmatan HCC adalah seperti berikut:
 
HariWaktu Operasi
Isnin – Jumaat9.00 pagi – 5.00 petang
 
Untuk makluman, HCC menawarkan khidmat nasihat percukaian dan e-perkhidmatan serta pemungutan cukai melalui saluran seperti yang berikut:
 
Panggilan Masuk (inbound)



 

• Menjawab pertanyaan pembayar cukai meliputi rangkaian talian di dalam atau luar negara:
 
03-8911 1000 (Dalam Negara)
603-8911 1000 (Luar Negara)
 
Panggilan Keluar (outbound)

 

• Menghubungi pembayar cukai untuk memaklumkan berkenaan tunggakan hasil, peringatan bayaran ansuran pendahuluan dan gagal patuh ansuran cukai.
 
HASiL Live Chat
 

• Saluran interaksi dua hala secara dalam talian yang boleh diakses melalui pautan berikut: https://mytax.hasil.gov.my/ 
 

Borang Maklum Balas Pelanggan
 

• Menjawab pertanyaan pembayar cukai yang dihantar melalui pautan berikut: https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public 
 
Media Sosial
 

• Menjawab pertanyaan dari ruangan komen dan private message di Facebook.
 
• Menjawab pertanyaan dari direct message di X.
 
 
Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami melalui:
a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/
 
 
Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

 
Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
Hasil Recovery Call Centre: 03-8751 1000  
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.