Disember 04, 2025 -Khamis

 
  PENUTUPAN SEMENTARA PEJABAT SATELIT PASIR MAS, KELANTAN DAN HULU TERENGGANU BERIKUTAN MUSIBAH BANJIR

Tuesday 26/12/2023



KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) ingin memaklumkan bahawa Pejabat Satelit Pasir Mas, Kelantan akan ditutup sementara bermula 26 Disember 2023 (Selasa) hingga 31 Disember 2023 (Ahad) berikutan pejabat tersebut telah dinaiki air dan berlakunya tanda-tanda peningkatan paras air melibatkan kawasan-kawasan sekitarnya. Penutupan sementara ini juga dilaksanakan bagi membolehkan segala urusan pemindahan dan pembersihan dapat dilakukan sewajarnya demi menjamin keselesaan para pelanggan HASiL. Pejabat Satelit ini dijangka akan kembali beroperasi pada 1 Januari 2024 (Isnin).

HASiL juga ingin memaklumkan bahawa Pejabat Satelit Hulu Terengganu, Terengganu juga akan ditutup sementara bermula 26 Disember 2023 (Selasa) sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan. Penutupan sementara ini dilaksanakan berikutan laluan serta akses utama ke pejabat ini telah ditutup oleh pihak berkuasa negeri berikutan musibah banjir yang berlaku di kawasan-kawasan sekitarnya yang turut sama menjejaskan pergerakan para penduduk di kawasan tersebut.

Sehubungan dengan itu, bagi menjamin kelancaran urusan percukaian, para pembayar cukai adalah digalakkan untuk menggunakan e-Perkhidmatan yang telah disediakan sebagai alternatif lain selaras dengan pelaksanaan penggunaan e-Perkhidmatan secara mandatori bermula 1 Januari 2024. Sebagai rujukan tambahan kepada pembayar cukai, panduan penggunaan e-Perkhidmatan boleh diakses melalui Portal MyTax di pautan https://mytax.hasil.gov.my/ > Panduan Pengguna.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami melalui:
a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/ 

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia


Tarikh:  26 Disember 2023

SUMBER : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
Hasil Recovery Call Centre: 03-8751 1000  
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my


--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.