|
|
|
|
|
|
FUQING MENCAPAI KEJAYAAN YANG LUAR BIASA DARI SEGI PEMBANGUNAN EKONOMI DAN SOSIAL DENGAN SATU PENINGKATAN YANG STABIL DI DALAM KEDUDUKAN PERINGKAT KEBANGSAAN
Friday 05/01/2024
100611
Satu pemandangan bagi bandar raya Fuqing
FUQING, China, 5 Jan., 2024 /Xinhua-AsiaNet/--
Sesi ke-3 bagi Kongres Rakyat Fuqing ke-18 dan sesi ke-3 bagi Jawatankuasa Fuqing CPPCC ke-15 telah berlangsung dari 25 hingga 29 Disember, 2023.
Menurut Pusat Pertemuan Media Fuqing, pada tahun 2023, Fuqing telah mencapai kemajuan yang ketara di dalam pembangunan ekonomi dan sosial. Dengan kadar pertumbuhan sebanyak 6.5% di dalam KDNK serantau, satu peningkatan sebanyak 4.8% di dalam jumlah nilai keluaran perindustrian IEADZ (Perusahaan Industri melebihi Saiz yang Ditetapkan), dan jumlah hasil bagi belanjawan awam melebihi CNY20 bilion, Fuqing memperoleh pencapaian yang luar biasa. Potensi pembangunan di peringkat daerah tempatan telah meningkat ke tempat ke-9 di kalangan 100 daerah teratas, dengan kekuatan ekonomi berada di tempat ke-14. Dalam fasa seterusnya, Fuqing akan mematuhi prinsip teras bagi projek strategik “3820”, mempercepatkan pembinaan bagi sebuah bandar raya pesisir pantai moden dan antarabangsa, berusaha sedaya upaya untuk mempromosikan amalan bagi pemodenan gaya China di Fuqing, berusaha untuk menimba pengalaman dan menjadi sebuah model di dalam mengintegrasikan ke peringkat pembangunan baharu bagi Fujian Baharu, serta membangunkan Fuzhou menjadi sebuah bandar raya antarabangsa yang moden. Sumber: Pusat Pertemuan Media Fuqing Pautan Lampiran Imej: Pautan: https://iop.asianetnews.net/view-attachment?attach-id=443957 Kapsyen: Satu pemandangan bagi bandar raya Fuqing
--BERNAMA |
|
|
|
|
|