ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 30, 2024 -Selasa

 
  PEMENANG HADIAH JEPUN 2024 DIUMUMKAN

Monday 29/01/2024



TOKYO, 29 Jan., 2024 /Kyodo JBN/ --

Yayasan Hadiah Jepun telah mengumumkan pemenang bagi hadiah Jepun 2024 pada 23 Januari, 2024. Prof. Sir Brian J. Hoskins (United Kingdom) dan Prof. John Michael Wallace (Amerika Syarikat) adalah pemenang bersama bagi Hadiah Jepun di dalam bidang Infrastruktur Sumber, Tenaga, Alam Sekitar dan Sosial, dan Prof. Ronald M. Evans (Amerika Syarikat) telah dianugerahkan dengan Hadiah Jepun di dalam bidang Sains Perubatan dan Sains Farmaseutikal.

- Bidang bagi Infrastruktur Sumber, Tenaga, Alam Sekitar dan Sosial

Prof. Sir Brian J. Hoskins

https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M000319/202401155280/
_prw_PI4fl_MnpACdsk.jpg


Prof. John Michael Wallace

https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M000319/202401155280/
_prw_PI3fl_RS9kF6a4.jpg


- Bidang bagi Sains Perubatan dan Sains Farmaseutikal

Prof. Ronald M. Evans

https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M000319/202401155280/
_prw_PI2fl_YIMVuEE8.jpg


Untuk Hadiah Jepun pada tahun ini, Prof. Hoskins dan Prof. Wallace telah diiktiraf di atas sumbangan cemerlang mereka kepada Penubuhan sebuah  asas saintifik untuk memahami dan meramalkan kejadian cuaca yang ekstrem, dan Prof. Evans untuk Penemuan beliau bagi keluarga penerima hormon nuklear dan aplikasinya kepada pembangunan ubat-ubatan.

Untuk Hadiah Jepun 2024 itu, Yayasan berkenaan telah meminta kira-kira 15,500 ahli sains dan jurutera terkemuka dari seluruh pelosok dunia untuk mencalonkan penyelidik yang bekerja di dalam bidang berkenaan pada tahun ini. Ia menerima 130 pencalonan untuk bidang Infrastruktur Sumber, Tenaga, Alam Sekitar dan Sosial, dan 198 pencalonan bagi bidang Sains Perubatan dan Sains Farmaseutikal. Pemenang tahun ini telah dipilih daripada 328 orang calon. 

Maklumat mengenai Hadiah Jepun
Penubuhan Hadiah Jepun pada tahun 1981 telah didorong oleh hasrat kerajaan Jepun untuk mewujudkan satu anugerah yang diiktiraf di peringkat antarabangsa yang akan menyumbang kepada pembangunan saintifik dan teknologi di seluruh dunia. Dengan sokongan daripada pelbagai sumbangan, Yayasan Hadiah Jepun telah menerima pengesahan daripada Pejabat Kabinet pada tahun 1983.

Hadiah Jepun itu dianugerahkan kepada ahli sains dan jurutera dari seluruh dunia yang telah membuat pencapaian yang kreatif dan dramatik yang membantu memajukan bidang mereka dan menyumbang secara signifikan untuk merealisasikan keamanan dan kemakmuran bagi manusia sejagat. Penyelidik di dalam semua bidang sains dan teknologi layak untuk anugerah itu, dengan dua bidang dipilih setiap tahun dengan mengambil kira trend semasa di dalam pembangunan saintifik dan teknologi. Pada dasarnya, seorang individu di dalam setiap bidang diiktiraf dengan anugerah itu, dan menerima sebuah sijil, sebuah pingat, dan juga hadiah wang tunai. Setiap majlis penganugerahan dihadiri oleh Maharaja dan Maharani semasa, ketua bagi tiga cabang kerajaan dan pegawai lain yang berkaitan, dan wakil daripada pelbagai elemen masyarakat yang lain.

Sumber: Yayasan Hadiah Jepun

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.