ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 30, 2024 -Selasa

 
  ​PELUANG BAHARU UNTUK SEBUAH MASA DEPAN YANG DIKONGSI BERSAMA -- MINGGU PERTUKARAN KEBUDAYAAN PERINDUSTRIAN CHINA-PERANCIS DILANCARKAN DI E-BANDAR BEIJING

Wednesday 31/01/2024

AsiaNet 0200006

Table

Minggu Pertukaran Kebudayaan Perindustrian China-Perancis dilancarkan di E-bandar Beijing


BEIJING, 31 Jan., 2024 /Xinhua-AsiaNet/--

Sebagai sebahagian daripada satu siri acara yang menandakan ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan diplomatik itu, pihak China dan Perancis telah melancarkan minggu pertukaran kebudayaan perindustrian China-Perancis di Kawasan Pembangunan Ekonomi-Teknologi Beijing (BDA), yang juga dikenali sebagai E-bandar Beijing.

Jean-Pierre Raffarin, wakil khas bagi kerajaan Perancis untuk hal ehwal China, telah mengutus satu ucapan tahniah kepada penganjur acara melalui pautan video. Sambil menyifatkan acara itu sebagai satu topik penting yang berkaitan dengan perkongsian strategik Perancis-China, beliau berkata bahawa tahun 2024 adalah satu tahun kritikal dan persahabatan Perancis-China merupakan satu komponen penting di dalam tadbir urus global, oleh itu kedua-dua belah pihak harus berpadu tenaga untuk mengekalkan kerjasama pada asas saling hormat menghormati dan inisiatif bersama.

Zhang Qiang, Setiausaha bagi Jawatankuasa Kerja BDA, berkata bahawa E-bandar Beijing telah mencapai banyak kejayaan di dalam persahabatan China-Perancis. Diasaskan pada tahun 1992, E-bandar Beijing mengalu-alukan usaha sama China-Perancis yang pertama - Beijing Zhongcai Printing Co., Ltd. (BZP) - pada tahun 1993, dengan menyediakan laluan bagi sesuatu aktiviti untuk kemasukan modal dan perniagaan Perancis di E-bandar Beijing. Tahun 1995 telah menyaksikan penggubalan Peraturan bagi Kawasan Pembangunan Ekonomi-Teknologi Beijing dan penubuhan hubungan dengan syarikat penjagaan kesihatan Perancis Sanofi. Pada tahun 1997, Schneider Electric telah menubuhkan kemudahan mereka yang pertama di Beijing di E-bandar Beijing, yang kini telah menjadi kilang terbesar bagi syarikat itu di dunia. Sejak itu, banyak syarikat Perancis, termasuk Hi-tech Gases (Beijing) Co., Ltd., Air Liquide, Bernard Controls, Sidel, dan Faurecia, telah memperluaskan kehadiran mereka ke E-bandar Beijing sebagai sebahagian daripada strategi pengembangan mereka di peringkat global. E-bandar Beijing menyediakan kawasan yang subur untuk perniagaan yang hebat bagi berkembang maju, dengan menghimpunkan lebih daripada 90,000 perusahaan dari 62 buah negara dan wilayah. Perusahaan yang dibiayai oleh pihak asing telah menyaksikan dan mendorong pembangunan E-bandar Beijing, di mana perusahaan yang dibiayai oleh Perancis telah memainkan satu peranan yang penting.

Pada acara pelancaran itu, sembilan perusahaan yang dibiayai oleh Perancis, termasuk Schneider Electric dan Sanofi, telah dianugerahkan dengan pingat Rakan Pembangunan E-bandar Beijing. Sebanyak 16 orang eksekutif bagi perusahaan yang dibiayai oleh pihak asing yang beroperasi di E-bandar Beijing menerima pingat “Residen Kehormat”, termasuk Jean-Pierre Schmitt, Naib Presiden bagi Jualan Global di Faurecia, Andrew Happer, Presiden bagi HBPO Asia, dan Depoorter Nicolas, Naib Presiden bagi Kejuruteraan di Bosch Rexroth China. Andrew Happer mengulas, “’Rakan Pembangunan’ dan pingat ‘Residen Kehormat’ melambangkan satu semangat kekitaan yang kuat. Sepanjang 10 tahun yang lalu, HBPO telah mencapai keputusan yang lebih baik daripada yang dijangkakan hasil daripada perkembangan pesat industri auto di E-bandar Beijing, dan kami telah mendapat banyak manfaat daripada pembangunan yang berkualiti tinggi bagi industri teknologi tinggi di E-bandar Beijing.”

Semasa minggu pertukaran kebudayaan perindustrian China-Perancis, pelbagai acara akan diadakan, seperti “Mengetahui Inovasi Bandar” - Jelajah Media China dan Perancis di E-bandar Beijing, dan “Bandar yang Sesuai Didiami” – Pameran Lukisan  Belia China dan Perancis. Acara-acara ini direka untuk mengukuhkan pertukaran dan persefahaman bersama di antara China dan Perancis, memanfaatkan potensi dan peluang besar bagi kerjasama di antara kedua-dua buah negara di dalam industri, menggalakkan peralihan kepada kerjasama berkualiti tinggi, dan membuka peluang baharu untuk kerjasama.

Sejak ia ditubuhkan 32 tahun lalu, E-bandar Beijing telah membawa masuk 157 projek daripada 102 syarikat Fortune 500, yang menempatkan sejumlah 1,273 perusahaan pelaburan asing. Pada tahun 2024, E-bandar Beijing akan terus melaksanakan sistem dasar “2+X” untuk pelaburan asing, dengan menyediakan perkhidmatan yang berinovatif bagi menyokong pembangunan pasaran dan usaha perekrutan bagi perusahaan yang dibiayai oleh pihak asing, dan mempromosikan model perkhidmatan yang dipercepat, diperkemas dan dioptimumkan.
 
Sumber: E-bandar Beijing  
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.