ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Julai 27, 2024 -Sabtu

 
  RANCANG PERCUTIAN DENGAN TENANG, ELAK SEKATAN PERJALANAN KE LUAR NEGARA

Friday 09/02/2024



KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Menjelang cuti persekolahan Sesi 2023/2024, pastinya pelbagai perancangan percutian telah direncanakan. Namun dalam keseronokan merancang percutian, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) ingin mengingatkan kepada pembayar cukai agar menyemak status tunggakan cukai dan sekatan perjalanan terlebih dahulu agar percutian ke luar negara tidak tergendala.
 
Untuk makluman, tindakan sekatan perjalanan di bawah Seksyen 104 dan 75A Akta Cukai Pendapatan (ACP 1967) dan Seksyen 22 Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah (AKCHT 1976) adalah antara tindakan yang diambil oleh HASiL ke atas mana-mana individu yang tidak menjelaskan tunggakan cukai mereka setelah tindakan-tindakan berikut diambil:
 
1. Pengeluaran surat tuntutan bayaran tunggakan cukai
 
2. Panggilan telefon
 
3. Pengeluaran e-mel pemakluman tunggakan
 
4. Pengeluaran surat pemberitahuan tindakan sivil di mahkamah
 
5. Tindakan guaman sivil

Sehingga 31 Disember 2023, bilangan kes sekatan perjalanan melibatkan pengarah syarikat adalah sebanyak 12,846 kes manakala indvidu adalah sebanyak 179,719 kes.

Bagi menyemak status semasa percukaian, pembayar cukai boleh melayari portal MyTax yang boleh dicapai melalui pautan https://mytax.hasil.gov.my/ dan juga semakan status sekatan perjalanan di laman web Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di https://sspi.imi.gov.my/sspi/. Sekiranya pembayar cukai mempunyai rekod tunggakan cukai serta dikenakan tindakan sekatan perjalanan, mereka adalah dimohon untuk membuat bayaran atau menghubungi pejabat HASiL yang mengendalikan fail cukai mereka untuk tujuan rundingan bayaran ansuran bagi membolehkan mereka meneruskan perjalanan ke luar negara.

Melalui pendekatan Awareness, Education, Services (AES) dalam pelaksanaan operasi percukaian, HASiL sentiasa terbuka dan komited untuk menjadi pemudahcara kepada pembayar cukai. Oleh itu, pembayar cukai adalah dinasihatkan untuk tampil ke pejabat HASiL bagi berbincang dan berunding dalam mencari jalan penyelesaian yang terbaik sekiranya berhadapan dengan sesuatu kesalahan atau kesulitan.

Pembayaran tunggakan cukai pendapatan boleh dibuat melalui:
 
• Portal MyTax melalui Perkhidmatan ezHasil > ByrHASiL atau pautan terus https://byrhasil.hasil.gov.my/; atau
• Portal perbankan internet bank komersial yang dilantik sebagai ejen kutipan HASiL; atau
• Mesin deposit tunai/ Mesin juruwang automatik (ATM) bank ejen kutipan HASiL.
 
Untuk sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami melalui:
a) Hasil Contact Centre (HCC) di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di Portal Rasmi HASiL di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Perhubungan Awam dan Multimedia | Jabatan Khidmat Korporat
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Hasil Contact Centre: 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my
 
Tarikh: 09 Februari 2024 

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Hasil Contact Centre: 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
​Portal Rasmi : www.hasil.gov.my 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.