ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Februari 25, 2024 -Ahad

 
  INGREDION INCORPORATED MELAPORKAN HASIL SUKU KEEMPAT DAN HASIL PENUH TAHUN 2023 KUKUH

Friday 09/02/2024



• Pendapatan operasi* suku keempat 2023 terlapor dan terlaras masing-masing meningkat 29% dan 21%

EPS* tahun penuh 2023 terlapor dan terlaras ialah $9.60 dan $9.42, masing-masing meningkat 31% dan 26% termasuk hasil perniagaan Korea Selatan yang masing-masing menyumbang $0.47 dan $0.45

• Tunai daripada operasi tahun penuh 2023 ialah $1,057 juta, meningkat daripada $152 juta pada 2022

• Syarikat menjangkakan pandangan tahun penuh 2024 bagi EPS terlapor dalam julat $10.20 hingga $11.15 dan EPS terlaras dalam julat $9.15 hingga $9.85, mencerminkan impak divestitur perniagaan Korea Selatan

WESTCHESTER, Ill., 9 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Ingredion Incorporated (NYSE: INGR), pembekal global terkemuka bagi penyelesaian ramuan industri pembuatan makanan dan minuman hari ini melaporkan hasil untuk suku keempat 2023 dan tahun penuh 2023. Hasil dilaporkan adalah menurut prinsip perakaunan yang diterima umum (“GAAP”) di A.S. bagi tahun 2023 dan 2022 serta tahun penuh 2023 dan 2022, termasuk item yang dikecualikan daripada ukuran kewangan bukan GAAP yang dibentangkan oleh Syarikat.

“Perniagaan kami mencapai prestasi yang luar biasa dan kekal bertahan sepanjang 2023, menyumbang kepada lebih 20% peningkatan pendapatan operasi bagi kedua-dua suku keempat dan tahun penuh. Tindakan penetapan harga bersasar dan inisiatif penjimatan kos proaktif kami membantu mengatasi inflasi dan naik turun bahan mentah mendorong kepada perkembangan suku ke suku perkembangan margin kasar keenam berturut-turut. Tambahan lagi, wang tunai daripada operasi melebihi $1 bilion dolar dan kami memulangkan $295 juta dolar kepada pemegang saham dalam setahun,” kata Jim Zallie, presiden dan CEO Ingredion.

“Kami terus membuat kemajuan signifikan dalam memperkukuh portfolio kami yang pelbagai dan seimbang dengan ramuan dan penyelesaian. Ramuan keistimewaan berkembang dalam satu digit pertengahan, walaupun volum bertentangan memandangkan pelanggan mengurangkan stok dan menguruskan inventori lebih rendah. Dalam separuh tahun kedua 2023, kami melihat pemulihan stabil volum disebabkan permintaan pelanggan yang kukuh. Sepanjang tahun tersebut, pasukan kami mempamerkan ketangkasan dan kehebatan operasi sepanjang mereka terus mengimbangi jadual pengeluaran dan mengoptimumkan tahap inventori pada hujung tahun.”

“Memandang tahun 2024 yang akan datang, kami yakin bahawa pengaturan semula operasi perniagaan kami akan menjajarkan sumber dan kebolehan kami dengan keperluan pelanggan untuk mensasarkan peluang perkembangan yang lebih baik. Kami dalam kedudukan yang baik untuk membawa perkembangan menguntungkan dan peluasan margin serta menjana aliran tunai yang kukuh. Kami percaya Peta Hala Tuju Memacu Perkembangan kami akan terus membimbing penciptaan nilai jangka panjang untuk pemegang saham kami dalam pada kami mengukuhkan hubungan pelanggan dan memacu inovasi dan kehebatan operasi untuk mencapai kemenangan di pasaran,” Zallie mengulas.

*Perolehan sesaham tercair terlaras (“EPS terlaras”), pendapatan operasi terlaras dan kadar cukai pendapatan berkesan terlaras adalah ukuran kewangan bukan GAAP. Lihat seksyen II Maklumat Kewangan Tambahan yang bertajuk “Maklumat Bukan GAAP” berikutan Penyata Kewangan Disatukan Ringkas yang disertakan dalam siaran akhbar ini untuk penyelarasan ukuran kewangan bukan GAAP ini dengan ukuran GAAP yang secara langsung paling sebanding.

Diluted Earnings Per Share (EPS)

 
**Jumlah mungkin tidak boleh dikira disebabkan oleh pembundaran;

Sorotan Kewangan

• Pada 31 Disember 2023, jumlah hutang dan tunai termasuk pelaburan jangka pendek masing-masing ialah $2.2 bilion dan $409 juta berbanding $2.5 bilion dan $239 juta pada 31 Disember 2022.

• Tunai daripada operasi adalah $1,057 juta, meningkat daripada $152 juta pada 2022, mencerminkan perubahan dalam modal kerja dan pendapatan bersih tempoh semasa.

• Kos kewangan bersih terlapor bagi suku keempat ialah $26 juta berbanding $34 juta pada tempoh setahun yang lalu.

• Kadar cukai efektif terlapor dan terlaras bagi suku keempat masing-masing ialah 24.4% dan 24.9% berbanding masing-masing sebanyak 7.3% dan 20.1% bagi tempoh setahun yang lalu. Peningkatan dalam kadar cukai yang dilaporkan terhasil kebanyakannya daripada insentif tidak boleh dicukai berkaitan operasi Amerika Selatan kami yang direkod pada suku keempat tahun 2022.

• Perbelanjaan modal ialah $314 juta, pelupusan bersih, meningkat $21 juta daripada tempoh setahun yang lalu.

Business review

Total Ingredion
 
Jualan Bersih

• Jualan bersih suku tahun keempat dan tahun penuh masing-masing menurun -3% dan meningkat 3% daripada suku tahun keempat dan tahun sebelumnya, 2022. Pengurangan dalam suku tahun tersebut disebabkan oleh penurunan volum, yang sebahagiannya diimbangi oleh campuran harga dan kesan pertukaran asing. Untuk tahun penuh, peningkatan tersebut disebabkan oleh campuran harga yang sebahagiannya diimbangi oleh penurun jumlah dan impak pertukaran asing. Tidak termasuk kesan pertukaran asing, jualan bersih suku tahun keempat dan tahun penuh masing-masing menurun -4% dan meningkat 4% daripada suku tahun keempat dan tahun sebelumnya, 2022.

Pendapatan Operasi

• Pendapatan operasi terlapor dan terlaras masing-masing ialah $202 juta dan $203 juta, peningkatan sebanyak masing-masing 29% dan 21% berbanding suku tahun keempat 2022. Peningkatan ini disebabkan oleh bahan mentah dan kos input serta campuran harga yang menggalakkan, sebahagiannya diimbangi oleh jumlah yang lebih sedikit. Tidak termasuk kesan pertukaran asing, pendapatan operasi terlapor dan terlaras masing-masing meningkat sebanyak 27% dan 19%, dari tempoh yang sama pada tahun lepas.
• Pendapatan operasi terlapor dan terlaras untuk tahun penuh masing-masing ialah $957 juta dan $969 juta, peningkatan sebanyak masing-masing 26% dan 23% berbanding tahun sebelumnya. Peningkatan dalam pendapatan operasi terlapor dan terlaras adalah disebabkan oleh campuran harga yang menggalakkan, sebahagiannya diimbangi oleh kos bahan mentah dan input yang lebih tinggi serta jumlah yang lebih rendah. Tidak termasuk kesan pertukaran asing, pendapatan operasi tahun penuh terlapor dan terlaras masing-masing meningkat 28% dan 25% daripada tahun lalu.

North America

• Pendapatan operasi suku keempat untuk Amerika Utara ialah $143 juta, peningkatan $21 juta dari tempoh tahun lalu, dan pendapatan operasi tahun penuh ialah $718 juta, peningkatan $153 juta daripada tahun lalu. Peningkatan bagi kedua-dua tempoh didorong oleh campuran harga yang menggalakkan, sebahagiannya diimbangi oleh kos input yang lebih tinggi dan jumlah yang lebih rendah.)

South America

• Pendapatan operasi suku keempat untuk Amerika Selatan ialah $46 juta, peningkatan $2 juta daripada tempoh tahun lalu, dan pendapatan operasi tahun sehingga kini ialah $142 juta, penurunan $27 juta daripada tahun lalu. Peningkatan dalam pendapatan operasi suku tahun keempat adalah disebabkan oleh kesan pertukaran asing yang menggalakkan dan prestasi kukuh oleh usahasama Argentina kami, kebanyakannya diimbangi oleh campuran harga lebih rendah di pasaran Brazil dan Banjaran Andes. Kesan daripada penurunan nilai peso Argentina pada Disember 2023 tidak ditunjukkan dalam hasil usahasama kami, yang dilaporkan sela satu bulan. Untuk tahun penuh, penurunan dalam pendapatan operasi adalah disebabkan oleh volum lebih rendah dan kos tenaga lebih tinggi, kebanyakannya daripada peralihan dandang biojisim di Brazil. Tidak termasuk kesan pertukaran asing, pendapatan operasi segmen masing-masing menurun sebanyak -7% dan -18%, untuk suku keempat dan tahun penuh.

Asia-Pacific

• Pendapatan operasi suku kedua untuk Asia Pasifik ialah $38 juta, peningkatan $15 juta daripada tempoh tahun lalu, dan pendapatan operasi tahun penuh ialah $126 juta, peningkatan $33 juta daripada tahun lalu. Peningkatan dalam kedua-dua tempoh adalah disebabkan oleh kos input lebih rendah dan $7 juta faedah pelanggan dalam suku tersebut, sebahagiannya diimbangi oleh volum lebih rendah. Tidak termasuk kesan pertukaran wang asing, pendapatan operasi segmen meningkat 65% dan 38%, untuk suku keempat dan tahun penuh.

Europe, Middle East, and Africa (EMEA)
 
• Pendapatan operasi suku keempat untuk EMEA ialah $25 juta, peningkatan $5 juta daripada tempoh tahun lalu, dan pendapatan operasi tahun sehingga kini ialah $156 juta, peningkatan $46 juta daripada tahun lalu. Perubahan tersebut didorong oleh campuran harga yang menggalakkan, sebahagiannya diimbangi oleh volum yang lebih rendah dan kesan pertukaran asing. Tidak termasuk kesan pertukaran wang asing, pendapatan operasi segmen masing-masing meningkat 30% dan 53%, untuk suku keempat dan tahun penuh.

Dividen dan Pembelian Balik Saham
Bagi tahun penuh 2023, Syarikat membayar $194 juta dividen kepada pemegang saham dan mengisytiharkan suku dividen $0.78 setiap saham pada suku keempat yang dibayar pada suku pertama 2024. Pada 2023, Syarikat membeli semula baki 1.0 juta bahagian saham biasa pada kos bersih $101 juta. Untuk menyokong jumlah pulangan pemegang saham, Syarikat berdedikasi untuk mengembalikan nilai kepada pemegang saham melalui dividen tunai dan pembelian balik saham.

Pandangan Tahun Penuh 2024
Syarikat menjangkakan pandangan tahun penuh 2024 bagi EPS terlapor untuk berada dalam julat $10.20 hingga $11.15 yang termasuk kesan dapatan yang dijangkakan divestitur perniagaan Korea Selatannya dilengkapkan pada 1 Februari 2024 dan EPS yang dilaraskan untuk berada dalam julat $9.15 hingga $9.85, mencerminkan kesan divestitur perniagaan Korea Selatan.

Tidak termasuk kesan divestitur perniagaan Korea Selatan, Syarikat menjangkakan jualan bersih setahun penuh 2024 untuk kekal sehingga naik satu digit rendah mencerminkan permintaan volum yang lebih banyak diimbangi sebahagiannya oleh campuran harga. Pendapatan operasi terlapor adalah dijangkakan untuk meningkatkan dua digit rendah ke pertengahan termasuk dapatan yang dijangka pada divestitur. Pendapatan operasi terlaras dijangkakan untuk meningkat satu digit pertengahan.

Kos korporat dijangka meningkat satu digit rendah.

Untuk tahun penuh 2024, Syarikat menjangkakan kadar cukai efektif terlapor dan terlaras 24.0% hingga 26.0% dan 25.5% hingga 26.5%.

Wang tunai daripada operasi untuk tahun penuh 2024 dijangka untuk berada dalam julat $750 juta hingga $900 juta yang menggambarkan peningkatan dijangka dalam baki modal bekerja kami. Perbelanjaan modal untuk tahun penuh dijangkakan kira-kira $340 juta.

Bagi suku tahun pertama 2024, Syarikat menjangkakan jualan bersih untuk menurun satu digit pertengahan serta pendapatan operasi terlapor dan terlaras untuk menurun 25-35%, termasuk kesan penurunan nilai peso Argentina.

Butiran Panggilan Persidangan dan Siaran Web
Ingredion akan mengadakan panggilan persidangan pada hari Selasa, 6 Februari 2024, jam 8 pagi Waktu Pusat / 9 pagi Waktu Timur, dihoskan oleh Jim Zallie, presiden dan ketua pegawai eksekutif, dan Jim Gray, naib presiden eksekutif dan ketua pegawai kewangan. Panggilan akan disiarkan dalam web dalam masa nyata dan boleh diakses di https://ir.ingredionincorporated.com/events-and-presentationsPembentangan yang mengandungi maklumat kewangan dan operasi tambahan boleh diakses melalui laman web Syarikat dan akan tersedia untuk dimuat turun beberapa jam sebelum panggilan bermula. Main semula akan tersedia untuk masa yang terhad di https://ir.ingredionincorporated.com/financial-information/quarterly-results.

Perihal Syarikat

Ingredion Incorporated (NYSE: INGR), yang beribu pejabat di pinggir bandar Chicago, ialah penyedia penyelesaian ramuan global terkemuka yang berkhidmat kepada pelanggan di lebih 120 buah negara. Dengan jualan bersih tahunan 2023 hampir $8 bilion, Syarikat menukar bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran dan bahan berasaskan tumbuhan lain kepada penyelesaian bahan nilai tambah untuk pasaran makanan, minuman, pemakanan haiwan dan perindustrian. Dengan pusat inovasi Idea Labs® Ingredion di seluruh dunia dan kira-kira 12,000 pekerja, Syarikat mencipta bersama dengan pelanggan dan memenuhi tujuannya untuk menyatukan potensi manusia, alam semula jadi dan teknologi untuk menjadikan kehidupan lebih baik. Layari ingredion.com untuk maklumat lanjut dan berita terkini tentang Syarikat.

Pernyataan Prospektif

Siaran berita ini mengandungi atau mungkin mengandungi pernyataan prospektif dalam pengertian Seksyen 27A Akta Sekuriti 1933, sebagaimana yang dipinda dan Seksyen 21E Akta Bursa Sekuriti 1934 sebagaimana yang dipinda. Syarikat berhasrat agar pernyataan prospektif dilindungi oleh peruntukan pelabuhan selamat bagi pernyataan tersebut.

Penyataan prospektif termasuk, antara lain, apa-apa penyata mengenai jangkaan Syarikat untuk EPS terlapor dan terlaras tahun penuh 2024, jualan bersih, pendapatan operasi terlapor dan terlaras, kos korporat, kadar cukai efektif terlapor dan terlaras, tunai daripada operasi, modal kerja, perbelanjaan modal, jangkaan Syarikat serta pendapatan operasi terlapor dan terlaras bagi jualan bersih suku pertama 2024, dan sebarang penyata lain mengenai prospek Syarikat dan operasi masa depan, keadaan kewangan, volum, aliran tunai, perbelanjaan atau item kewangan lain, termasuk rancangan atau strategi pengurusan dan objektif untuk mana-mana perkara di atas dan sebarang andaian, jangkaan atau kepercayaan yang tersirat bagi mana-mana perkara di atas.

Pernyataan ini kadangkala dapat dikenal pasti melalui penggunaan perkataan prospektif, seperti “mungkin”, “akan”, “perlu”, “menantikan”, “menganggap”, “yakin”, “merancang”, “mengunjurkan”, “menganggar”, “mengharap”, “berniat”, “terus”, “pro forma”, “meramal”, “menjangka”, “mendorong”, “peluang”, “potensi”, “sementara” atau ungkapan lain yang serupa atau negatifnya. Semua pernyataan selain daripada pernyataan fakta sejarah dalam siaran berita ini adalah pernyataan prospektif.
Pernyataan ini adalah berdasarkan keadaan atau jangkaan semasa, tetapi tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian tertentu yang kebanyakannya sukar untuk diramal dan di luar kawalan kami. Walaupun kami yakin bahawa jangkaan kami yang digambarkan dalam pernyataan prospektif ini adalah berdasarkan anggapan yang munasabah, pelabur diingatkan bahawa kami tidak dapat memberikan jaminan bahawa jangkaan kami akan terbukti benar.

Keputusan dan perkembangan sebenar mungkin berbeza secara material daripada jangkaan yang dinyatakan atau tersirat oleh pernyataan ini, berdasarkan pelbagai risiko dan ketidakpastian, termasuk kesan konflik antara Rusia dan Ukraine, termasuk kesan ke atas ketersediaan dan harga bahan mentah dan bekalan tenaga serta ketidaktentuan dalam pertukaran asing dan kadar faedah; mengubah keutamaan penggunaan yang berkaitan dengan sirap jagung fruktosa tinggi dan produk lain yang kami hasilkan; kesan keadaan ekonomi global dan keadaan politik, ekonomi, perniagaan dan pasaran umum yang mempengaruhi pelanggan dan pengguna di pelbagai wilayah geografi dan negara tempat kami membeli bahan mentah atau mengeluarkan atau menjual produk kami, dan kesan faktor ini terhadap volum jualan kami, harga produk kami dan keupayaan kami untuk mengutip belum terima kami daripada pelanggan; pembelian masa hadapan produk kami oleh industri utama yang kami berikan khidmat dan lokasi kami memperoleh sebahagian besar jualan kami, termasuk, tanpa had, makanan, minuman, pemakanan haiwan; ketidakpastian penerimaan produk yang dibangunkan melalui pengubahsuaian genetik dan bioteknologi; keupayaan kami untuk membangunkan atau memperoleh produk dan perkhidmatan baharu pada kadar atau kualiti yang mencukupi untuk mendapat penerimaan pasaran; peningkatan persaingan dan/atau tekanan pelanggan dalam industri penapisan jagung dan industri berkaitan, termasuk berkenaan dengan pasaran dan harga untuk produk utama kami dan produk bersama kami, terutamanya minyak jagung; turun naik harga, gangguan rantaian bekalan dan kekurangan yang menjejaskan input kepada proses pengeluaran dan saluran penghantaran kami, termasuk bahan mentah, kos tenaga dan ketersediaan serta pengangkutan dan logistik, keupayaan kami untuk membendung kos, mencapai belanjawan dan merealisasikan sinergi yang diharapkan, termasuk berkenaan dengan keupayaan kami untuk menyelesaikan projek penyelenggaraan dan pelaburan yang dirancang tepat pada masanya dan mengikut bajet serta berkenaan dengan kos pengangkutan dan penghantaran; kesukaran beroperasi di kemudahan pembuatan dan liabiliti kami yang berkaitan dengan keselamatan dan kualiti produk; kesan perubahan iklim dan langkah undang-undang, kawal selia dan pasaran untuk menangani perubahan iklim; keupayaan kami untuk berjaya mengenal pasti dan menyelesaikan pemerolehan atau pakatan strategik dengan syarat yang menguntungkan serta keupayaan kami untuk berjaya mengintegrasikan perniagaan yang diperoleh atau melaksanakan dan mengekalkan pakatan strategik dan mencapai sinergi yang dijangkakan berkenaan dengan semua perkara di atas; risiko ekonomi, politik dan lain-lain yang wujud dalam menjalankan operasi di negara asing dan dalam mata wang asing; tingkah laku pasaran kewangan dan modal, termasuk berkenaan dengan turun naik mata wang asing, turun naik dalam kadar faedah dan pertukaran serta turun naik pasaran dan risiko berkaitan perlindungan nilai terhadap turun naik tersebut; kegagalan untuk mengekalkan hubungan buruh yang memuaskan; keupayaan kami untuk menarik, membangun, memotivasikan dan mengekalkan hubungan baik dengan tenaga kerja kami; kesan ke atas perniagaan kami akibat bencana alam, peperangan, ancaman atau tindakan keganasan, penularan atau penerusan wabak, atau berlakunya peristiwa penting lain di luar kawalan kami; kesan caj kemerosotan nilai ke atas nama baik perniagaan atau aset jangka panjang kami; perubahan dalam dasar, undang-undang atau peraturan kerajaan dan kos pematuhan undang-undang, termasuk pematuhan peraturan alam sekitar; perubahan dalam kadar cukai kami atau pendedahan kepada liabiliti cukai pendapatan tambahan; peningkatan dalam kos pinjaman kami yang mungkin disebabkan oleh peningkatan kadar faedah; keupayaan kami untuk mengumpul dana pada kadar yang berpatutan dan faktor lain yang mempengaruhi akses kami kepada dana yang mencukupi untuk pertumbuhan dan pengembangan masa hadapan; pelanggaran keselamatan berkenaan dengan sistem teknologi maklumat, proses dan tapak; turun naik dalam pasaran saham dan faktor lain yang boleh menjejaskan harga saham kami; risiko yang menjejaskan penerusan dasar dividen kami; dan keupayaan kami untuk mengekalkan kawalan dalaman yang berkesan ke atas pelaporan kewangan.

Pernyataan prospektif kami hanya memberikan gambaran mulai tarikh pengeluaran, dan kami tidak menanggung sebarang kewajipan untuk mengemas kini sebarang pernyataan prospektif untuk menggambarkan peristiwa atau keadaan selepas tarikh pernyataan berikutan maklumat baharu atau peristiwa atau perkembangan pada masa hadapan. Jika kami mengemas kini atau membetulkan satu atau lebih pernyataan ini, pelabur dan pihak lain tidak boleh menyimpulkan bahawa kami akan membuat kemas kini atau pembetulan tambahan. Untuk mendapatkan penerangan lanjut tentang risiko ini dan risiko lain, lihat “Faktor Risiko” dan maklumat lain yang disertakan dalam Laporan Tahunan kami pada Borang 10-K untuk tahun berakhir 31 Disember 2022 dan dalam laporan kami yang berikutnya tentang Borang 10-Q dan Borang 8-K yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa.

Ingredion Incorporated
Condensed Consolidated Statements of Income
 
Ingredion Incorporated
Condensed Consolidated Balance Sheets


Ingredion Incorporated
Condensed Consolidated Statements of Cash Flows
 
Ingredion Incorporated
Supplemental Financial Information


II. Maklumat Bukan GAAP

Untuk menambahkan hasil kewangan disatukan yang disediakan mengikut prinsip Perakaunan yang diterima umum (“GAAP”) A.S., kami menggunakan ukuran kewangan sejarah bukan GAAP yang tidak termasuk item GAAP tertentu seperti kos pemerolehan dan penyepaduan, caj penstrukturan semula dan kemerosotan nilai , item cukai Mexico serta item khusus yang lain. Kami biasanya menggunakan istilah “terlaras” apabila merujuk kepada amaun bukan GAAP ini.

Pihak pengurusan menggunakan ukuran kewangan bukan GAAP secara dalaman untuk membuat keputusan yang strategik, meramalkan hasil pada masa hadapan dan menilai prestasi semasa. Melalui pendedahan tentang ukuran kewangan bukan GAAP, pihak pengurusan berhasrat untuk memberikan perbandingan yang lebih bermakna dan konsisten bagi hasil dan arah aliran operasi kami untuk tempoh yang dibentangkan. Ukuran kewangan bukan GAAP ini digunakan sebagai tambahan dan bersama-sama dengan hasil yang dibentangkan menurut GAAP dan menggambarkan cara tambahan untuk melihat aspek operasi kami yang memberikan pemahaman yang lebih lengkap tentang faktor dan aliran arah yang menjejaskan perniagaan kami apabila dilihat dengan hasil GAAP kami. Ukuran bukan GAAP ini perlu dianggap sebagai tambahan dan bukannya sebagai pengganti atau lebih penting berbanding ukuran sepadan yang dikira menurut GAAP.

Ukuran kewangan bukan GAAP tidak disediakan menurut GAAP, jadi, maklumat bukan GAAP kami tidak semestinya dapat dibandingkan dengan ukuran dengan tajuk yang sama yang dibentangkan oleh syarikat lain. Penyesuaian bagi setiap ukuran kewangan bukan GAAP kepada ukuran GAAP yang paling dapat dibandingkan disediakan dalam jadual di bawah.

Ingredion Incorporated
Reconciliation of GAAP Net Income attributable to Ingredion and Diluted Earnings Per Share (“EPS”) to
Non-GAAP Adjusted Net Income attributable to Ingredion and Adjusted Diluted EPS
(unaudited)


Nota

(i) Sepanjang tiga dan dua belas bulan yang berakhir 31 Disember 2022, kami mencatatkan, masing-masing, sebanyak $4 juta dan $5 juta bagi caj pemerolehan dan penyepaduan sebelum cukai yang berkaitan terutamanya dengan pelaburan kami dalam usaha sama Argentina.

(ii) Dalam tempoh tiga dan dua belas bulan yang berakhir 31 Disember 2023, kami masing-masing mencatatkan, masing-masing, sebanyak $1 juta dan $10 juta bagi caj sebelum cukai yang berkaitan selain daripada kemerosotan nilai sementara pada pelaburan kaedah ekuiti kami. (ii) Dalam tempoh dua belas bulan yang berakhir pada 31 Disember 2022, kami mencatatkan sebanyak $4 juta daripada baki caj berkaitan penstrukturan semula sebelum cukai untuk program Cost Smart kami.

(iii) Dalam tempoh dua belas bulan yang berakhir pada 31 Disember 2023, kami mencatatkan caj sebelum cukai sebanyak $5 juta yang berkaitan terutamanya dengan kesan pemberhentian kerja yang berpangkalan di A.S. Ini telah diimbangi sebahagiannya oleh $4 juta pemulihan insurans. Dalam tempoh tiga dan dua belas bulan yang berakhir pada 31 Disember 2022, kami mencatatkan caj sebelum cukai, masing-masing, sebanyak $11 juta dan $20 juta yang berkaitan terutamanya dengan kesan pemberhentian kerja yang berpangkalan di A.S.

(iv) Dalam tempoh dua belas bulan berakhir pada 31 Disember 2023, kami mencatatkan faedah cukai sebanyak $15 juta. Kami juga mencatatkan faedah cukai sebanyak $2 juta dan $4 juta masing-masing untuk tiga dan dua belas bulan berakhir pada 31 Disember 2022. Manfaat cukai ini adalah hasil daripada pergerakan peso Mexico berbanding dolar A.S. dan kesannya kepada pengukuran semula penyata kewangan Mexico kami dalam tempoh tersebut.

(v) Item ini berkaitan dengan liabiliti dan luar jangka cukai tahun sebelumnya bersih, impak daripada Cukai Super Pakistan, Notis IRS 2023-55 dan hasil cukai bagi tambahan bukan GAAP di atas. Ini telah diimbangi oleh faedah ke atas manfaat cukai yang diiktiraf sebelum ini untuk insentif tempatan Brazil tertentu yang sebelum ini boleh dicukai.

Ingredion Incorporated
Reconciliation of GAAP Operating Income to Non-GAAP Adjusted Operating Income
(unaudited)


Untuk nota (i) hingga (iii), lihat nota (i) hingga (iii) yang termasuk dalam Penyesuaian Pendapatan Bersih GAAP yang berpunca daripada Ingredion dan EPS Tercair kepada Pendapatan Bersih Terlaras Bukan GAAP disebabkan oleh Ingredion dan EPS Tercair Terlaras.

Ingredion Incorporated
Reconciliation of GAAP Effective Income Tax Rate to Non-GAAP Adjusted Effective Income Tax Rate
(unaudited)


Untuk nota (i) hingga (iv), lihat nota (i) hingga (iv) yang termasuk dalam Penyesuaian Pendapatan Bersih GAAP yang berpunca daripada Ingredion dan EPS Tercair kepada Pendapatan Bersih Terlaras Bukan GAAP disebabkan oleh Ingredion dan EPS Tercair Terlaras.

Ingredion Incorporated
Reconciliation of Expected GAAP Diluted Earnings per Share (“GAAP EPS”)
to Expected Adjusted Diluted Earnings per Share (“Adjusted EPS”)
(unaudited) 


Perkara di atas merupakan penyesuaian EPS tercair bagi tahun penuh 2024 yang kami jangkakan terhadap EPS tercair terlaras bagi tahun penuh 2024 yang kami jangkakan. Jumlah di atas mungkin tidak menggambarkan caj masa depan tertentu, kos dan/atau keuntungan yang sememangnya sukar untuk diramal dan dianggarkan disebabkan oleh pemasaan, kesan dan kepentingannya yang tidak diketahui, seperti kos pemerolehan dan penyepaduan, kos kemerosotan nilai dan penyusunan semula serta item lain tertentu yang biasanya kami kecualikan daripada panduan EPS terlaras kami. Atas sebab ini, kami lebih yakin dengan keupayaan kami untuk meramalkan EPS terlaras berbanding keupayaan kami untuk meramalkan EPS GAAP.

Pelarasan kepada EPS GAAP untuk tahun 2024 termasuk bersih selepas cukai (keuntungan) daripada penjualan perniagaan Korea Selatan kami.

Ingredion Incorporated
Reconciliation of Expected U.S. GAAP Effective Tax Rate (“GAAP ETR”)
to Expected Adjusted Effective Tax Rate (“Adjusted ETR”)
(unaudited)
 
Perkara di atas merupakan penyesuaian GAAP ETR tahun penuh 2024 yang kami jangkakan terhadap ETR terlaras tahun penuh 2024 yang kami jangkakan. Amaun di atas mungkin tidak menggambarkan caj akan datang, kos dan/atau perolehan tertentu yang sememangnya sukar untuk diramalkan dan dianggarkan disebabkan pemasaan, kesan dan/atau kepentingan yang tidak diketahui. Jumlah ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pelarasan kepada GAAP ETR untuk kos pemerolehan dan penyepaduan, kos kemerosotan nilai dan penstrukturan semula serta item lain yang tertentu. Kami biasanya mengecualikan pelarasan ini daripada panduan ETR terlaras kami. Atas sebab ini, kami lebih yakin dengan keupayaan kami untuk meramalkan ETR terlaras berbanding keupayaan kami untuk meramalkan GAAP ETR.

Pelarasan kepada GAAP ETR untuk tahun 2024 termasuk kesan penjualan perniagaan Korea Selatan kami.

HUBUNGI:
Pelabur: Noah Weiss, 773-896-5242
Media: Becca Hary, 708-551-2602

SUMBER: Ingredion Incorporated

--BERNAMA
 

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.