ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Julai 27, 2024 -Sabtu

 
  GARIS PANDUAN UMUM E-INVOIS (VERSI 2.2), GARIS PANDUAN SPESIFIK E-INVOIS (VERSI 2.0) DAN SOFTWARE DEVELOPMENT KIT (SDK) TELAH BOLEH DIAKSES DI LAMAN MIKRO E-INVOIS

Friday 09/02/2024



KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) ingin memaklumkan bahawa Garis Panduan Umum e-Invois (Versi 2.2), Garis Panduan Spesifik e-Invois (Versi 2.0) dan Software Development Kit (SDK) versi Beta telah dimuat naik ke Laman Mikro e-Invois di Portal Rasmi HASiL sebagai rujukan dan panduan kepada pembayar cukai.  

SDK tersebut menerangkan secara khusus berkenaan perkara-perkara seperti berikut: 

·  Application Programming Interfaces (APIs)
·  Standard inputs dan outputs
·  Standard kod ralat
·  Penerangan jenis dokumen
·  Logik pengesahan
·  Jadual kod
·  Garis panduan integrasi
·  Soalan lazim (FAQ)

Pembayar cukai boleh mengakses dan memuat turun semua garis panduan dan SDK menerusi pautan https://www.hasil.gov.my/e-invois/.   

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung SDK boleh disalurkan menerusi e-mel sdkmyinvois@hasil.gov.my

Untuk sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami melalui:  

a) Hasil Contact Centre (HCC) di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);

b) HASiL Live Chat; dan

c) Borang Maklum Balas di Portal Rasmi HASiL di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/ 

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Perhubungan Awam dan Multimedia | Jabatan Khidmat Korporat
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 

Tarikh: 09 Februari 2024 


SUMBER: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI
Bahagian Perhubungan Awam dan Multimedia | Jabatan Khidmat Korporat
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Hasil Contact Centre: 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.