Seksyen 13(2)(e) memperuntukkan tiada seorang pun boleh menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang diadukkan jika tidak mematuhi standard atau spesifikasi yang ditetapkan oleh mana-mana peraturan yang dibuat di bawah akta ini. Seseorang yang didapati melanggar peruntukan ini dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.
KKM turut menawarkan Skim Pensijilan Makanan Autentik yang bertujuan memberikan pengiktirafan ke atas produk makanan yang disahkan autentik / tulen dan memenuhi kriteria yang ditetapkan di dalam Skim Pensijilan ini. Ini termasuklah produk madu, daging, kopi dan sarang burung walit. Sehingga kini, tujuh (7) syarikat telah memperolehi Pensijilan Autentik untuk produk madu dari KKM.
Pada masa ini KKM sedang menjalankan kerjasama dengan Agensi Nuklear Malaysia serta Jabatan Pertanian bagi menentukan ketulenan madu menggunakan teknik terkini iaitu menggunakan teknik isotop sebagaimana disarankan oleh standard makanan antarabangsa Codex.
KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Pengguna adalah disaran membaca label dan memilih produk makanan yang mempunyai logo Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) seperti Autentik, MeSTI, GMP dan HACCP dari KKM. Sebarang kemusykilan berhubung isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang
http://moh.spab.gov.my atau
facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM)
www.facebook.com/bkkmhq.
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
14 FEBRUARI 2024LOGO AUTENTIK KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIASUMBER : Kementerian Kesihatan MalaysiaUNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Farahdila Wati binti Mohd Khamde KhuzainiPegawai Perhubungan Awam
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Kesihatan Malaysia
Tel : +603-8883 3470
Faks : +603-8888 6187
--BERNAMA