ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 30, 2024 -Selasa

 
  GRAND SEIKO MEMBUKA BUTIK UTAMA TERBESAR MEREKA DI DUNIA DI MADISON AVENUE DI NEW YORK

Friday 16/02/2024

AsiaNet 0200022

TOKYO, 16 Feb., 2024 /Kyodo JBN/ --

Seiko Watch Corporation dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa sebuah “Butik Utama Grand Seiko” Amerika Syarikat yang baharu secara rasmi membuka pintu mereka di Madison Avenue yang ikonik dengan satu acara pembukaan besar-besaran pada 8 Februari, sekali gus menandakan satu peristiwa penting di dalam sejarah mereka. 

Imej: https://kyodonewsprwire.jp/release/202402076339?p=images

Bertempat di 540 Madison Avenue di Bandar Raya New York, kedai kemegahan berbilang peringkat yang baharu itu ialah Butik Grand Seiko yang terbesar di dunia. Dengan satu kehadiran yang mengagumkan di sudut Madison Avenue dan 55th Street, ia menjanjikan satu pengalaman yang sukar ditandingi bagi peminat dan pakar minat jam tangan, dengan meraikan kekayaan warisan keindahan seni dan inovasi bagi jenama itu.

Kedai kemegahan itu menampilkan satu reka bentuk yang elegan dan kontemporari yang mencerminkan mesej jenama Grand Seiko, “Hidup dalam Masa ini,” yang melambangkan semangat dinamik dan keinginan mereka untuk bertindak dengan cara yang mencabar norma yang ditetapkan bagi pembuatan jam.

Hiasan dalaman butik yang lapang dan canggih ini merakamkan intipati estetika dan budaya Jepun. Di pintu masuk dan di seluruh kedai itu, reka bentuk yang diilhamkan oleh satu bentuk tradisional kayu Jepun yang dikenali sebagai “kumiko” menghiasi pembinaan baharu itu. Pameran jam tangan, yang diperbuat daripada kayu yang berwarna terang, menunjukkan komitmen Grand Seiko terhadap seni ketukangan, ketepatan dan kualiti Jepun yang tersendiri.

Di dalam butik seluas 580 meter persegi setinggi dua tingkat itu, pelanggan dijemput untuk meneroka koleksi jam tangan Grand Seiko yang banyak, termasuk model Spring Drive, mekanikal dan kuarza mereka. Satu bilik persendirian yang khusus adalah tempat kepada Koleksi Karya Agung yang amat berharga. Setiap sudut dan perincian bagi butik itu telah dipertimbangkan dengan teliti untuk mewujudkan satu suasana yang unik dan menarik bagi menerokai dunia Grand Seiko. 

“Amerika Syarikat telah mempercepatkan pertumbuhan Grand Seiko di luar Jepun, dan butik baharu ini membuka satu lembaran baharu bagi pembangunan jenama itu,” kata Akio Naito, Presiden bagi Seiko Watch Corporation. “Berada di satu lokasi utama yang sebegitu, saya pasti ia akan membolehkan lebih ramai pelanggan dan peminat jam tangan dari seluruh dunia untuk menikmati pengalaman Grand Seiko dari sudut pandangan Jepun yang unik dan semangatnya yang tidak berkesudahan untuk kesempurnaan.”

Kedai kemegahan Grand Seiko Madison Avenue itu dibuka dari hari Isnin hingga Sabtu, dari pukul 10:00 pagi hingga 6:00 petang, dan pada Ahad dari 12:00 tengah hari hingga 5:00 petang. Untuk maklumat lanjut mengenai Grand Seiko dan kedai utama Madison Avenue itu, sila layari https://www.grand-seiko.com.

Maklumat mengenai Grand Seiko
Sejak penciptaan pertama mereka pada tahun 1960, Grand Seiko telah mempesonakan pakar minat jam tangan di seluruh dunia dengan jam tangan yang mempunyai ketepatan yang sangat tinggi, mudah baca yang tertinggi dan estetika Jepun yang unik. Dibuat oleh satu daripada beberapa "pembuat" yang sebenar, Grand Seiko menggabungkan teknologi yang terkini dan seni ketukangan yang paling tinggi untuk mencipta pergerakan mekanikal, Spring Drive dan kuarza mereka, yang menjanakan kesemua ciptaan Grand Seiko. Setiap jam tangan berakar umbi di dalam warisan Jepun dan mencerminkan kerohanian masa Jepun yang diilhamkan sepenuhnya oleh alam semula jadi dan dihidupkan oleh “takumi,” atau ahli pakar pertukangan.

Sumber: Seiko Watch Corporation

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.