ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Julai 27, 2024 -Sabtu

 
  SYARIKAT PERMULAAN DICABAR MEMBANTU INDUSTRI GLOBAL DALAM PEMBANGUNAN TEKNOLOGI TANGKAPAN KARBON UNTUK MENCAPAI SIFAR BERSIH

Friday 23/02/2024



LONDON, 23 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Satu program perintis antarabangsa yang menyatukan syarikat permulaan dalam bidang teknologi bersama-sama pengeluar terkemuka dalam usaha untuk mencapai sifar bersih telah dilancarkan."

Cabaran Terbuka Innovandi 2024 dikendalikan oleh Persatuan Simen dan Konkrit Global (GCCA) yang merupakan satu badan antarabangsa industri terkemuka yang memberikan tumpuan dalam membantu industri simen global mengurangkan pelepasan dan mencapai konkrit bersih sifar pada akhirnya.
 
Penyertaan adalah digalakkan dari syarikat permulaan di seluruh dunia yang berminat untuk turut terlibat dalam pembangunan penggunaan dan penyimpanan penangkapan karbon untuk simen dan konkrit berkarbon rendah. Pencarian teknologi inovatif yang merangkumi proses bersepadu di mana termasuk dengan penangkapan CO2 di hujung paip dan penggunaannya serta membantu mencegah pembebasan karbon ke atmosfera.
 
Ini merupakan Cabaran Terbuka Innovandi yang ke-3 dan dijalankan berdasarkan kejayaan tahun sebelumnya. Cabaran pertama pada tahun 2022, juga memberikan tumpuan kepada pembangunan teknologi tangkapan karbon dan dua syarikat permulaan telah berjaya mencapai ke peringkat percubaan. Lima belas syarikat permulaan yang telah disenarai pendek untuk menjalankan pembangunan konkrit karbon rendah dalam Cabaran Innovandi ke-2 tahun lalu, kini sedang dalam perbincangan dengan pihak pengeluar berkenaan menjalinkan perkongsian.
 
Claude Loréa, Pengarah Simen, Inovasi dan ESG GCCA, berkata: "Industri kami komited untuk mencapai sifar bersih dan pembangunan teknologi tangkapan karbon merupakan satu bahagian utama dalam rangka kerja itu. Program Cabaran Terbuka Innovandi kami yang terkemuka di dunia telah menunjukkan kemajuan yang luar biasa hanya dalam tempoh dua tahun, dengan kerjasama diantara syarikat permulaan dan syarikat ahli kami. Kami tidak sabar untuk melihat apa yang boleh diketengahkan oleh peserta tahun ini, untuk membina jaluran yang lebih luas yang sudah berada di seluruh dunia.

Semua ahli GCCA yang menyumbang kepada 80% daripada kapasiti pengeluaran simen global merupakan dari luar China dan beberapa pengeluar terkemuka di China telah memberikan komitmen untuk mencapai sifar bersih pada tahun 2050 melalui GCCA Hala Tuju Sifar Bersih 2050 Masa Depan Konkrit – merupakan industri global yang pertama membuat perancangan terperinci seperti itu. GCCA juga baru-baru ini menandatangani satu perjanjian yang julung pertama kalinya untuk bekerjasama dengan Persatuan Simen China (CCA) dalam penyahkarbonan.
 
Pembangunan teknologi baharu adalah bahagian penting dalam hala tuju industri ke arah sifar bersih dan teknologi tangkapan dan penyimpanan karbon yang dijangka akan menyumbangkan kira-kira 36% daripada jumlah pengurangan pelepasan menjelang 2050.
 
Kilang simen berskala industri yang pertama dilengkapi dengan teknologi penangkapan CO2 dijadualkan lengkap secara mekanikal di tapak Heidelberg Materials di Brevik, Norway pada akhir tahun 2024 dengan beberapa kilang lagi dijangka akan dibuka pada tahun 2030.
 
Thomas Guillot, Ketua Pegawai Eksekutif GCCA, berkata: "Kami sedia maklum bahawa teknologi CCUS berfungsi dengan baik melalui projek perintis dan projek yang sedang dijalankan di seluruh dunia, tetapi sangat penting untuk meneroka inovasi lain yang terdapat di luar sana iaitu di luar industri kami, yang boleh membantu mempercepatkan misi sifar bersih kami.

“Kami menggalakkan permohonan dari syarikat permulaan di seluruh dunia untuk menyertai kami dalam perjuangan yang terdesak ini untuk menghadkan pemanasan global. Jika anda seorang usahawan baharu dari Austria ke Australia, dari Brazil ke Bangladesh, berserta idea atau teknologi inovatif untuk membangunkan CCUS, maka anda patut turut serta.”

Jonathan Cool, Ketua Pegawai Eksekutif Ultra High Materials, sebuah syarikat permulaan yang mengambil bahagian dalam Cabaran Terbuka tahun lepas, menggalakkan orang lain untuk menyertainya: “Sokongan, bimbingan, pendedahan mengenai keahlian GCCA dan kemudahan peluang untuk bekerjasama dengan ahli GCCA sangat berkesan, cekap dan ia memberi kesan yang bermanfaat bagi kita semua. Sekiranya diberikan peluang untuk melaluinya sekali lagi, kami pasti akan melakukannya.”
 
Syarikat permulaan yang berminat untuk menyertai Cabaran Terbuka Innovandi yang ketiga ini boleh klik di sini untuk maklumat lanjut. Tarikh akhir penyertaan adalah 15 April.
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Sila hubungi
Untuk maklumat lanjut atau permintaan untuk wawancara, sila hubungi:
Simon Thomson, Ketua Media, GCCA simon.thomson@gccassociation.org / +44 7380 972282
 
Sumber: Persatuan Simen dan Konkrit Global 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.