ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 29, 2024 -Isnin

 
  DUA JUTAWAN BANK MUAMALAT DIUMUM, SSI 2024 DILANCARKAN DENGAN HADIAH LUAR BIASA

Friday 22/03/2024



KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) hari ini mengumumkan dua jutawan Super Saver 2023 dan Sijil Simpanan Islamik (SSi) seterusnya melancarkan kempen SSi 2024 yang bermula daripada 1 Mac sehingga 31 Disember 2024 dengan jumlah hadiah keseluruhan bernilai lebih RM5 juta.

Sejak diperkenalkan tahun lalu, seramai 754 pelanggan bertuah telah memenangi pelbagai hadiah lumayan dengan jumlah keseluruhan RM3 juta menerusi cabutan Super Saver dan SSi iaitu cabutan Superb ‘Million’, Superb ‘Bergaya’, Superb Cash100K, Superb ‘Travel‘, Superb ‘Cash1000’, Superb ‘Pensioner’, Superb ‘Salary’, Superb ‘State’, Superb ‘New Gen’ dan satu cabutan khas iaitu Istimewa ‘SSi Millionaire’.
 
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin, berkata, berikutan jumlah penyertaan yang begitu menggalakkan bagi SSi, pihaknya membuat keputusan untuk melancarkan siri kedua, SSi 2024 dengan penambahan jumlah keseluruhan hadiah dari RM3 juta pada tahun lalu kepada lebih RM5 juta bagi tahun ini untuk empat belas kategori yang lebih berganda dan salah satu kategori ini turut terbuka bagi pelanggan menerusi perniagaan kecil yang berminat untuk menyertai SSi 2024.
 
“Ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada pelanggan-pelanggan Bank Muamalat khususnya yang menyertai kempen SSi, di samping terus menggalakkan budaya menyimpan dalam kalangan rakyat Malaysia bagi menjamin masa depan mereka dan membina ‘Kehidupan Lebih Baik, Bersama’.

“Dengan SSi, pelanggan Bank Muamalat bukan sahaja dapat menyimpan secara inovatif, patuh Syariah dan fleksibel, tetapi berpeluang memenangi hadiah lumayan yang kita sediakan,” katanya.

Dalam majlis sama, Bank Muamalat telah mengumumkan pemenang Jutawan SSi melalui cabutan khas iaitu Istimewa ‘SSi Millionaire’, Siti Rohani binti Osman berasal dari Gurun yang telah membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM1 juta.

Setakat 29 Februari 2024, jumlah penyimpan SSi adalah melebihi 18,200 dengan simpanan melebihi RM105 juta.

Bagi SSi 2024 Bank Muamalat menawarkan peluang dan hadiah lebih hebat dengan hadiah cabutan berupa RM1 juta bagi dua pemenang melalui kategori SSi Jutawan Hebat, manakala bagi SSi Pacuan Bergaya menyediakan tiga buah kereta iaitu Honda Civic 1.5L, Smart #1 Pro, Audi Q3 SL Line 1.4 TFSI dan pelbagai lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai SSi 2024, sila layari www.muamalat.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Bank Muamalat di talian 03-2600 5500, atau kunjungi cawangan Bank Muamalat yang berhampiran.

Mengenai Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat)
Bank Muamalat adalah perbankan Islam terkemuka yang komited untuk menyediakan "Kehidupan Lebih Baik, Bersama" dengan penyelesaian kewangan yang inovatif sejajar dengan prinsip Syariah. Dengan dedikasi untuk mencipta perubahan positif dalam industri kewangan dan fokus yang kukuh kepada kepuasan pelanggan, Bank Muamalat menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang disesuaikan untuk individu, perniagaan dan institusi. 

SUMBER: Bank Muamalat Malaysia Berhad 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Syahida Azureen 
Tel: +6012 242 3696
Emel: syahida.azureen@muamalat.com.my 

Nama: Mohd Nazrul Hafizi 
Tel: +6017 921 1384
Emel: mohd.nazrul.hafizi@muamalat.com.my

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.