Turut hadir dalam program pada hari ini adalah Dato’ Azlan Abu Rais, Ahli Lembaga Pengarah Pernas dan Encik Muhammad Shaheedzam Shamsuddin, Ahli Jawatankuasa Pembangunan & Ekonomi Masjid Ar-Rahah.
PERBADANAN NASIONAL BERHAD (PERNAS)
Pernas adalah sebuah syarikat pegangan pelaburan ditubuhkan pada 29 November 1969 yang dimiliki oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) dengan mandat untuk menerajui pembangunan industri francais di Malaysia.
Mulai 2004, Pernas mempunyai sasaran untuk menerajui perkembangan industri francais di Malaysia dan membangunkan jumlah usahawan francais, melalui kepakarannya dengan menawarkan perkhidmatan serta produk-produk yang berkualiti seperti berikut:
- Skim pembiayaan francais untuk perniagaan dan usahawan francais yang merangkumi semua keperluan perniagaan francais termasuk perbelanjaan modal and keperluan modal kerja;
- Pembiayaan ekuiti untuk membantu meningkatkan pemilikan ekuiti bumiputera dalam sektor francais strategik; dan
- Khidmat nasihat merangkumi sokongan kepada pembangunan usahawan bumiputera dan perniagaan francais untuk meningkatkan daya saing dalam persekitaran perniagaan.
Berpusat di Ibu Pejabat di Bangsar South, Pernas juga mempunyai lima pejabat koridor iaitu Pejabat Koridor Utara, Pejabat Koridor Pantai Timur, Pejabat Koridor Selatan, Pejabat Koridor Sabah dan Pejabat Koridor Sarawak yang bersedia menjalankan peranan mereka dalam membangunkan lebih ramai francaisor dan francaisi.
SUMBER: PERBADANAN NASIONAL BERHAD (PERNAS)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Datin Suriani Abdul Rahman
Ketua Jabatan Komunikasi Strategik Pernas
Tel: 03-2082 7788 samb. 7941
E-mel:suriani.rahman@pernas.my
--BERNAMA